Wednesday, December 30, 2009

Sudah Potong??


Ni betul2 punya iklan. Kalau tak potong lagi mari le datang sini.

Sunday, December 20, 2009

The Real Thing.


Sebenarnya aku menyelongkar kotak2 lama aku. Nak cari keset Skid Row. Entah mana hilangnya. Tapi terjumpa keset ni. Kotak dah tak de. tinggal keset togel aje.

Faith No More album The real thing. Satu-satunya album yang aku layan dari Faith No More. Album keluaran 1989. Memang tahun2 aku tengah kemaruk Heavy Metal. Apa je yang best kata Tommy(tokey keset kat Pertama) aku memang sambar. Memang banyak koleksi keset aku datang dari kedai Tommy kat Pertama Complex. Kebetulan ketika tu aku berkerja kat Medan Mara, sebelah aje. Memang kedai Tommy ni tempat aku lepak2 la.
Mungkin otai2 rock tau le kedai ni.
Apahal cerita kedai keset le pulak...Kembali kepada tajuk. Faith No More ni aku kenal terus ke album ni. Sebenarnya ada 2 album studio sebelum ni. Tak berapa nak layan. Tapi album The Real Thing ni masuk pulak kepala aku. Tu pun gara2 lagu Epic. Memang killer song dalam album ni.
Lepas album ni..aku layan gak Angel Dust. Tapi kurang membuat aku terpegun. Dan album seterusnya aku dah tak layan.
Kepada sesiapa yang tak pernah dengar...boleh le cuba...
Mula dengan lagu ni...Epic!!

Friday, December 18, 2009

Maal Hijrah 1431


Selamat menyambut tahun baru Hijrah. Semoga tahun ini membawa seribu rahmat untuk semua umat Islam.
Sempena tahun baru ni, seperti biasa sama2 le kita berhijrah kearah yang lebih baik.
Sedikit nak cerita pasal bola. Bukan pasal EPL..tapi bola tempatan. Lama beno aku tak tengok bolasepak Malaysia ni. Petang semalam tergerak hati nak tengok. Walaupun pada mulanya aku memang malas nak tengok. Pasal setiap kali aku teruja nak tengok je, Malaysia pasti kecundang. Tapi kali ni..Malaysia seperti yg ramai sedia maklum, dah pun menang. Katanya dah 20 tahun kempunan pingat Emas di sukan SEA. Kali terakhir Malaysia menang pingat Emas..1989. Aku tengok ramai2 kat Dataran Merdeka kalau tak silap aku...siaran langsung. Lepas pada tu bolasepak Malaysia makin suram..
Dari pingat gangsa...dan terusnya langsung tak dapat pigat.
Apa2 pun aku ucapkan tahniah pada budak2 team Malaysia ni. Semoga ni sebagai satu pemulaan. Aku nak tengok Malaysia kembali ke persada bolasepak Asia dan seterusnya mengidam nak tengok Malaysia beraksi di pentas Piala Dunia.
Semoga Hijrah ni membawa seribu perubahan. Salam Maal Hijrah 1431 kepada semua.

Tuesday, December 01, 2009

Perodua Alza...Kereta ke, MPV?


Maka akhirnya aku berpeluang le meng'test drive' Perodua Alza ni. Terlebih dahulu aku terangkan yang test drive unit ni memang le yang terbaik keluar dari kilang. Tak sama dari segi solekan luar mahupun dalam, berbanding yang kat dalam showroom tu. Aku diberitahu, ni le lebihkurang versi Advance yang akan keluar bulan Mac 2010 nanti.(Tapi dah boleh tempah sekarang).
Pertama sekali aku nak cerita pasal keupayaan enjin 1.5 DVVT. Dengan test drive keliling kedai Perodua aje..apalah yang aku boleh katakan. Kereta baru, memang le best. Senyap..suspension pun ok. Power? aku tak test masuk highway atau panjat bukit Genting. So payah nak kata. Pada aku oklah untuk saiz enjin dan body.
Yang keduanya ruang dalaman. Yang ni terpulanglah pada pandangan masing2. Tak perlulah bandingkan dengan Exora. Pasal masing2 dalam kelas yang lain. Apa yang boleh aku kata, kalau nak wagon yang part time MPV...maka Alza dalam ketegori ini. Tapi kalau fulltime MPV 7 seater. Ini bukanlah keretanya.

Ciri2 dalaman pulak. Aku agak tak berkenan dengan meter ditengah2 dashboard. Tapi entahla...dah Toyota punya trademark. Tapi tu kecik punya hal. Lampu meter memang cantik..biru je nampak...gear position, balance minyak..semua dalam bentuk digital. Handbreak dah jadi footbreak. Ni untuk yang auto la.

Tempat duduk pun ok le pada aku. Cuma 3rd row punya tempat duduk tak boleh baringkan satu2. Tempat barang sangat sempit. Kalau nak bawak barang, jawabnya tempat duduk belakang kena baringkan aje. Keseluruhannya...Oklah kalau nak kereta wagon yg nampak sporty. Untuk fulltime MPV..tak sesuai.

Seterusnya harga...emmmm!! Agak mahal pada pandangan aku. Sepatutnya harga dalam lingkungan RM50k hingga RM60k aje. Ni yang basic pun dah RM56k. Tak de ciri2 keselamatan pun. Yang premium dah RM64k. Pun tak ada apa2 yang menarik. Cuma ada ciri2 keselamatan aje.(dua airbeg,EBS dan lain2).
Seterusnya aku nak cerita yang versi Advance pulak.(Seperti dalam gambar). Harganya RM70k. Berbaloi ke? Beza dengan versi Premium cuma tambah skert keliling, leather seat(nampak suram je),GPS dan kemera pandang belakang. Dengan beza RM6k...hanya dapat benda2 yang boleh pasang kat Brother dengan harga yang jauh lebih rendah. Terutama GPS. Kalau built-in memang le aku teruja. Tapi ni pasang atas dashboard. Dengan wayer beserabot. Apa ni??? Baik beli Garmen kat Lok Yatt. Baru RM1k..dapat baik punya units. Leather seat pun tak termasuk panel pintu. Macam pasang kat kedai Ah Hong je. Cuma kamera pandang belakang, yang ni ada sedikit best.
So camana? berbaloi tak nak kuar RM70k untu Perodua Alza Advance ni...

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Haji 1430


Selamat Hari Raya Aidil Adha. Selamat menunaikan Ibadah Qurban. Dan selamat menunaikan ibadah haji bagi yang ditanah suci Mekah. Terutama kepada Ibu Bapa aku yang tengah berada di Mena ketika ini...(katanya dlm telefon semalam). Semoga selamat dan selamat kembali nanti dengan ibadah yang sempurna..Amin!!


View Larger Map
Boleh tengok kedudukan Mecca ke Mena...

Friday, November 20, 2009

Hujan


Aku bukan nak cerita pasal Band Hujan. Aku tak berapa tau pun. Nak cerita pasal musim hujan sekarang ni.. Sepanjang minggu ni buleh dikatakan aku balik kerja, pasti meredah hujan. Pagi petang hujan. Bagi rider yg macam aku ni.. terpaksa le meredah hujan. Aku nak cerita pasal aku, motor dan hujan. Ni cerita sampingan je ni. Tiap2 petang kalau aku balik kerja, selalu terserempak dengan ada satu awek ni naik motor Yamaha Ego. Kalau aku follow belakang dia, memang le pandangan aku terganggu!! Faham2 je la.. So selalu le aku kena memotong. Kekadang awek ni bawak agak laju jugak le. Payah nak memotong. Pada satu petang nan hujan renyai2 bahasa, maka aku berhenti le bawah jambatan untuk pakai baju hujan. Kalau tak sampai rumah habis lencun le. Kebetulan awek tu pun berhenti jugak. Aku yang konon2 nak peramah ni.. mula bertanya le..'Pakai baju hujan ke?'...Dia dgn selamba menjawab 'Tak nampak ke?..takkan nak pakai swim suit pulak?'. Aduhai..terkena aku sebiji dalam sejuk2 hujan ni. Maka dengan selambanya, siap pakai baju kebal kalis hujan, aku terus blah...
Kesimpulannya...masa hujan2 ni tak payah le tegur2 awek..huhuhuhu! Sedar le diri, awak tu dah tua. Agak ego jugak rider Yamaha Ego ni...patut pun.



Seterusnya nak cerita pasal baju kebal kalis hujan aku ni. Ni le baju yang aku gunakan untuk meredah hujan setiap petang.(kekadang pagi). Agak berpuas hati jugak la. Ride sejauh 35km dalam hujan lebat. Tak basah pun baju kat dalam. Agak ramai yang pakai baju Givi. Tapi aku pilih Racing Boy. Pasal harganya agak murah berbanding Givi. Qualiti lebih kurang sama je. Dah setahun aku gunakan baju ni. Beli masa musim hujan tahun lepas.



Tapi semalam, masa meredah hujan..akhirnya baju ni bocor jugak. Basah le sikit. Tak pe la...patut pun, dah setahun. Aku rasa nak beli satu lagi la.

Monday, November 16, 2009

Intai-intai Perodua MPV


Seperti yang dijanjikan oleh Perodua, maka akan keluarlah MPV baru dari Perodua tak lama lagi. Apa tajuk Perodua ni, aku pun tak berapa pasti. Kalau tak silap Perodua Alza. Walau apa pun namanya, tu tak penting sangat. Yang pentingnya adakah harganya berpatutan dengan apa yang ditawarkan. Pada aku MPV ni macam MyVi dipanjangkan je nampaknya. Dengan enjin 1.5 agak-agaknya macam Avanza je la.
Mengikut kata salemen Perodua, dah boleh tempah dah sekarang ni.. Harga dalam lingkungan RM55K je gitu.. tak pasti lagi ni...
Apa2 pun aku akan buat rebiu khas bila dia dah kuar kat showroom Produa. Buat masa ni tengok2 le dulu gambo2 skodeng dari Kilang Perodua ni...





Thursday, November 12, 2009

Great White Punya Gigitan...



Sebuah lagi band rock yang aku kenal melalui Mama Juwie dari URTV pertengahan 80an. Masa tu mana ada internet. Info punya le susah. Aku kenal terus je ke album ke-4 Once Bitten... Rebiu Juwie kat URTV kata lagu tangkap leleh, Save Your Love memang leleh.. aku pun gi le cari keset. Memang best lagu slow rock ni. Maka bertambah le satu lagi koleksi list rock band yg aku follow.

Kepada sesiapa yang tak tau pun kewujudan band ni, band ni berasal dari LA,Ca. Lama dah ditubuhkan. Penghujung 70an lagi, cuma album Once Bitten... adalah album Platinum pertama mereka. Rilis tahun 1987. Apa yang aku suka pasal band ni? Suara vocal dia, Jack Russell...memang gaya 80's rock.. Dan lagi satu dah tentu le guitar solo dari Mark Kendall...mendayu2.. Mungkin dia bukan le guitar hero. Tapi pada aku, solo2 dia memang mengancam..tu menjadi antara sebab aku follow Great White ni.

Layan le lagu yang memperkenalkan aku pada Great White.



Dan Layan guitar solo dalam intro lagu ni...

Saturday, October 31, 2009

Bakal Blogger

Penolong aku yang bakal mengupdate blog aku... Boleh le aku menyertai 1 hari 1 entry lepas ni.
Hahahaha... Dah lama gak tak update blog ni, sejak bermasaalah ari tu. Malas nak update. Tak tau le masih bermasaalah lagi ke tak. Ni yang nak test ni.


Moga-moga dah ok le blog aku ni... Baru le bersemangat nak buat entry yang rangup2 sikit. Banyak gak bahan2 yang terkumpul untuk dikongsi bersama... harap2 entry aku dah buleh update kat blogroll kekawan.

Friday, October 23, 2009

Error bx-59cppw

Blogger.com mengalami masaalah seketika tadi. Ingat aku sorang je yang mengalami masaalah. Rupanya satu dunia. Apahal Google ni... ke terlampau ramai yg berblogger sekarang ni. Sampai server pening. Apa2 pun semua dah kembali pulih.
Seminggu sebelum ni, entry aku tak update kat blog member2... Dah orang tak tau yg aku ada buat entry baru...asyik paparkan yg minggu lepas je...adoiiii...!! Rasanya ramai yg mengalami masaalah ni. Harap2 dah okey le lepas ni...

Saturday, October 17, 2009

Edge of Thorns-Satu Pengenalan....

1994...kalau tak silap aku...aku diperkenalkan dengan band ni.. Savatage. Satu band yg agak tak menonjol di arena rock antarabangsa. Malah kat Malaysia ni, tak ramai yang kenal. Sedangkan muzik mereka memang mantap. Thank to Berteromber..dia yg kenalkan aku dgn band ni.


Aku bermula dengan album Edge Of Thorns. rilis tahun 1993. Dengar je terus aku minat. Solo-solo Criss memang power...Aku memang suka dengan album2 yg punya solo yg panjang2 dan mengancam. Album ni memang best. (Berteromber...pulang balik CD aku...huhuhu. Takpe la, kira hadiah le tu)

Savatage sebenarnya dah lama ditubuhkan. Band dari Miami Florida. Ditubuhkan oleh adik beradik Oliva. Jon dan Criss. Album2 terdahulu..Jon adalah vocalist dan pemain piano dan keyboard. Zaman aku kenal Savatage, Jon dah pun keluar..(pasal dia dah gemok dan malas nak tour..hehehe tu aku yg kata) Maknanya album Edge of Thorns ni pakai vocalist baru Zac Stevens. Tapi sayangnya selepas album ni keluar...Criss Oliva pun meninggal dunia kerana kemalangan kereta. So kedua2 adik beradik Oliva dah tak de dalam Savatage.

Masa tu le aku mula mencari album2 terdahulu. Aku diberitahu yg album Gutter Ballet adalah album terdahulu yg terbaik... Pada ketika tu, payah le nak cari keset ni. Memang tak de.

Tapi apa2 pun dah zaman sedut menyedut ni...apa2 pun ada. Senang le aku nak melayan apa2 yg aku miss dulu. Sehingga la baru2 ni aku aku layan Konsert Savatage kat Jepun (1994). Dalam konsert ni Jon kembali kerana pesan adiknya Criss, kalau sesiapa diantara mereka berdua tak de, seorang dari mereka mesti teruskan Savatage. Tu sebab konsert ni menarik bagi aku. Tempat Criss diganti oleh Alex Skolnick...sapa tak kenal Alex?..Solo2 dia dalam Testament..
Dalam konsert ni Alex memang meniru dan seboleh2nya menyamai Criss Oliva. Walaupun Jon dah tak menjadi vocalist lagi...tapi suara Zac yg seakan2 suara Jon, memang best.
Konsert ni memang best. In memory of Criss Oliva.


So layan le sedutan dari konsert Live In Japan 1994






Dan yang ni...Gutter Ballet...kelasik tu...

Wednesday, October 14, 2009

One More Reason...Tersilap tapi OK!!

1988, tahun yang paling rock pada aku yang suka pada lagu2 rock ni. Masa tu mana ada internet ni. Info pun payah nak dapat. Kat URTV pun ada le sikit info, tu pun kerana Mama Juwie masa tu rock jugak. Nak beli majalah omputeh, mahal le pulak. Maklum le import. So belek2 gitu2 je la kat kedai.
Member2 citer ada satu band baru dari LA. Tengah panas ni, lagu dia baru naik meletop2. Nama dia 'Gun' gitu le...aku pun tak berapa perasan sangat. So aku belek2 le majalah (aku tak ingat majalah apa..kalau tak silap Metal Eadge)..dah le baca free kat kedai, so baca laju2 le..ada halaman band baru... Oooo 'LA Guns'... cepat2 le aku gi kedai keset, terus cari LA Guns. Sambar le satu. Balik terus pasang dengan terujanya...emm ok gak.. Tapi apasal tak de lagu yang macam member aku kata tu.
Kebetulan malam tu, aku dengo American Top 40 dgn Cassey Kasim.(camana eja nama dia ni?) Minggu tu lagu no 1 Sweet Child O Mine... Gun n' Roses. Alamak...aku salah beli daaa... Tu la masa tu info memang limited sangat. Nak Cari Gun n' Roses terbeli LA Guns. Pasal diaorang ni memang sama2 dari satu bandar. Nama pun dekat2...gambar poster pun lebih kurang...
Tapi tak pe la. anyway dari situ le aku kenal LA Guns...ok jugak la.. Gun n' Roses tak payah cerita la...
1989 GnR terus popular... tapi LA Guns tak berapa menonjol..tapi diaorang keluar album kedua..so aku follow jugak la..Cocked & Loaded. Tapi setakat tu je la aku follow..
So layan lagu LA Guns dari album pertama
Ni pulak lagu dari album kedua...

Wednesday, September 30, 2009

Aku Kembali.....

Sekejap je berlalu...sibuk2 puasa...dah raya.. ni dah berlalu semuanya. Dah kembali meneruskan kerja2 seharian. Cuma sepanjang bulan Syawal ni banyak le rumah terbuka dan opis terbuka mengundang untuk dikunjungi. Tentu ramai yang balik kampung cuti raya yg lalu. Yang perantau macam aku ni, memang le tiap2 tahun raya balik kampung. Kat radio pun dekat2 nak raya tu, selalu pasang lagu Allahyarham Sudirman- Balik Kampung. Kali ni aku nak cerita pasal lagu ni.

Lagu Balik Kampung ni termuat dalam album Lagu Dari Sebuah Bilik, keratan ke 4 side B yang dikeluarkan tahun 1984 oleh EMI. Sudirman memang terkenal dengan album berkonsep. Konsep kampung, bandar, petrotik dan macam2 le. Album ni lebih kepada konsep mengenal diri sendiri. Lagu Balik Kampung ni ciptaan Sudirman sendiri. Mengikut apa yang aku ingat, apa yang Sudirman ceritakan, lagu ni menceritakan kegembiraan dia nak pulang ke kampung masa cuti semestar, masa dia belajar kat UM dulu. Tu sebab tak de pun sebut pasal raya dalam lirik lagu ni. Tapi tah macam-mana tetiba lagu ni jadi tema raya. Aku pun tak tau bila lagu ni dinaik taraf jadi lagu raya sehingga salah kalau DJ radio pasang masa tak raya. Sebenarnya lagu ni tak de kena mengena dengan raya pun. Cuma menceritakan keseronokan nak balik kampung masa cuti sekolah ke, cuti raya ke.. atau bila2 cuti panjang le... So tak salah le kalau pasang masa hari2 biasa.

Nota: Sumber dari ingatan aku masa baca URTV sewaktu waktu dahulu. Masa tu Sudirman ada ruangan dalam URTV. Dan selalu dia lukis kartun.

Wednesday, September 16, 2009

Raya Dah Dekat...

Cepatnya rasa Ramadhan hampir berlalu. Tup-tup dah minggu terakhir puasa. Tinggal beberapa hari je lagi nak raya. Surau2 pun dah mula kosong. Dulu ada 8 saf, ni dah tinggal 3 je.. Patutnya kita makin kuat ibadah 10 hari atau malam yang terakhir ni. Kan kat situ dijanjikan Lailatul Qadar. Habis nak wat camana...rasa nak beraya lagi kuat. Hari ni bebudak opis aku menghias dinding opis dgn kad raya. Terasa le suasana nak raya... Opis sebelah aku(MTD) kata tol free nak ke pantai timur. Malam tadi conform kat berita TV. Memang free jumaat ni. tapi dari 12 malam sampai 5 pagi je..macam tak ikhlas je nak bagi. Kalau nak bagi free..bagi le siang-siang. Plus pulak bagi potongan 20%. Pun waktu malam jugak. Nama pun Plus(campur)...takkan tolak pulak. begitulah.....
Opis aku mula cuti Jumaat ni. Seminggu. Memang disuruh cuti seminggu. Ambik cuti masing2. Pasal kalau datang pun hari rabu ke, khamis minggu depan ke.. tak wat kerja gak. Mood raya le katakan. Buat banyakkan karan opis je. Bos bab jimat2 ni memang suka. So daripada ngabiskan karan, baik cuti seminggu.
Aku pun Insyaallah, akan pulang ke kampung Jumaat ni..jalan dah tentu jem. Kereta dah ready, Smart tac dah top-up. alahhh redah je laaa...

Friday, September 11, 2009

Duit Raya

Dah dekat nak raya ni, ramai le yang rajin gi tukar duit kat bank untuk buat duit raya. Nak bagi kat bebudak yang datang rumah atau nak bagi kat anak buah masa balik kampung nanti. Kalau tukar duit kat bank tu, memang siap mintak sampul angpau sekali...Lain bank lain rupa dan corak sampul tu. Sebenarnya bagi duit raya ni, atau lebih tepat kalau kita kata bersedekah lebih afdal dibuat dalam bulan Ramadhan ni. So kalau nak bagi, bagi le sebelum raya... Tapi bukan pasal tu yang aku nak cerita...nak cerita duit2 yang tak patut di beri untuk duit raya...

Antaranya duit RM50 ni...bukan kerana nilai dia 50 henggit, tapi pasal rupa duit tu. Cuba tengok betul2 duit tu sebelah kanan. Dipotong ngam2 dekat tulisan 50 henggit tu. Ni dinamakan duit cacat. Pagi pengemar koleksi duit2 cam ni...duit ni berharga tu...so kalau ada tu..simpan je laa..

Seterusnya...duit RM50 jugak...duit2 nilai lain pun ada...ni contoh je...tengok sain gabnor tu..kat tepi kan?..So ni kira rare le. Cuba check dalam poket. Tengok duit masing2. Ada tak yang sain kat tepi tu?..Ada???..Kalau ada simpan le...ada pengemar koleksi duit sanggup tawarkan harga yg tinggi untuk duit jenis ni...so jangan buat duit raya.

Haa..yg ni. Dah tak de dalam pasaran. Setahu aku ada 4 edisi duit ni. Yang aku ada ni first edisi. Tengok nombor singgit kat sudut kiri bawah tu...sign dolar lagi, belum RM.

Yang ni 3rd edition. Tengok tulisan singgit kat sudut kiri bawah tu...no 1 hinggit tu tak nampak jelas dalam bulatan tu.

Yang ni pun dah tak de dalam pasaran...Masih pakai simbol dolar. Sekarang duit 5 hinggit dah plastik dah. Tak de yg kertas. Kalau ada tu simpan2 le. Jangan buat duit raya.

Yang ni duit syiling singgit. Semuanya keluaran Khas. Pun tak sesuai buat duit raya.

Yang ni pulak duit 2 hinggit. Dah ditarik dari pasaran. Kalau ada tu simpan2 le buat kenang kenangan.

Haaa.. yang ni lagi tak buleh buat duit raya. Sekeping ada 3 hinggit. Ni namanya duit uncut. Pernah jumpa tak duit cam ni?...
Sebenarnya banyak lagi. Tapi tu je la sebahagian duit2 yg tak releven nak bagi buat duit raya.

Tuesday, September 08, 2009

Pancit Lagi!!

Pagi ni, isteri aku nak pergi kerja...tetiba masuk rumah balik. 'Kereta Kancil pancit lagi...' Apahal laaa...pancit lagi. Nasib baik ada satu kereta lagi. 'Awak bawak le kereta satu lagi, takkan nak tukar tayar pepagi buta ni..' kata aku. Masa tu pukul 6.10 pagi...Baru mula puasa dah nak kena tukar tayar...adussss...
Sebenarnya ni kali kedua tayar kancil aku pancit (atau dipancitkan) dalam bulan Ramadhan ni.. yg pertama dulu, dua2 belah tayar belakang...lagi sengal..!! Kali ni sebelah kiri belakang je. Kejadian ni bukan yang ni je...Kesemuanya seingat aku dah 6 kali termasuk 2 kali bulan puasa ni. Bila aku pam tayar tu, tak de pulak bocor. Yang aku pelik dua2 tayar belakang je yg selalu kena. Sapa le yang mendajal ni. Ada sekali kejadian tu, isteri aku tak perasan tayar tu pancit. Maklum le pompuan dan lagi pun dia kuar kerja pepagi (6.10 pagi biasanya) mana nak perasan. Dah jalan jauh, nasib baik baru lebih kurang 5 km dari rumah..tayar pun pecah. Dia telepon pepagi tu, kena le aku gi tukar kereta, bawak kereta satu lagi hantar kat dia, Kancil aku tukar tayar spare dan bawak balik. Korang boleh bayang le tukar tayar dalam gelap kul 6.30 pagi, tepi jalan yg tak de lampu jalan. Bahaya tuuu!!
Pagi tadi pun 6.30 pagi tukar tayar. Nasib baik depan rumah. Kena tukar pagi ni jugak, kalau tak payah le nak hantar anak aku gi sekolah.

Ingat nak pakai tayar camni je...baru le tak buleh pancit

Yang aku muskil tu, sapa le punya angkara agak nya. Memang Kancil aku parking kat luar, pasal kat dalam dah penuh dengan kereta satu lagi dan motor aku. Rasa2 aku kena pasang CC TV jugak kalau camni...

Monday, September 07, 2009

Renungan Ketika Berbuka Puasa.

Kenapalah bulan puasa ni aku malas nak menulis...Dah lebih setengah bulan Ramadhan kita harungi...Hari ni negeriku cuti Nuzul Quraan. Duk rumah tak buat apa pagi ni, so baca e-mail...aku tertarik pada 1 e-mail yg dihantar oleh seorang sahabat. Begini ceritanya:-

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
“Mana emak? “
“Mak pergi menoreh,” jawabnya.
“Mana bapak?”
“Bapak pergi kerja…”
“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.
“Awak ada berapa orang adik-beradik?”
“Sepuluh.”
“Adik ni yang ke berapa?”
“Saya yang kelapan.”
“Mana abang-abang kamu pergi?”
“Tolong emak menoreh.”
“Adik puasa hari ini?”
“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”
“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.
“Bapak kerja apa?”
“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”.
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah pakcik..”
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata “Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”
Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”
“Cuma RM3.00 sehari.”
“Ayahnya bekerja macam mana”
“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
************************************************************************************
Ulasan
Mungkin sebahagian besar daripada kita selalu mendengar kisah-kisah sebegini atau pun mungkin telah membaca kisah ini sebelum ini. Hatta kita pun tidak tahu mungkin kisah ini hanyalah rekaan semata-mata atau pun sesuatu yang benar-benar terjadi di dalam masyarakat kita. Persoalannya di sini kita melihat bagaimana tanggungjawab berpuasa itu yang telah diwajibkan ke atas setiap muslim untuk menunaikannya.
Tidak kira samada seseorang itu miskin atau kaya, ianya wajib dilaksana. Dan bagi mereka yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Allah swt di akhirat kelak sebagaimana yang telah dijelaskan oleh RasululLah saw.
Di tempat kita mungkin kisah seperti di atas jarang berlaku kerana umum mengetahui Malaysia merupakan lubuk rezeki bagi sesetengah orang.Tetapi bagaimana dengan keadaan masyarakat muslim di luar Maalaysia? Mungkin ianya terjadi di Kemboja , Sri Lanka , Vietnam dan lain-lain tempat.
Hatta di zaman khalifah yang empat dulu pun berlaku di mana seorang ibu hanya memasak beberapa ketul batu untuk memujuk anak-anaknya. Jadi sama-samalah kita mengambil pengajaran dari kisah ini untuk sama-sama menderma lebihan dari harta kita kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sesungguhnya pahala untuk mereka yang bersedekah di dalam bulan Ramadhan ini amat tinggi nilainya.
Bersempena bulan Ramadhan 1430H ini, sama-samalah kita bersedekah dan ajaklah saudara-saudara kita untuk sama-sama turut serta. InsyaAllah hasilnya akan kita perolehi di akhirat nanti.
Jangan lepaskan peluang-peluang beramal di depan anda berlalu begitu sahaja, raihlah sebanyak mungkin pahala sementara Ramadhan masih ada….

Friday, September 04, 2009

Aduhai Kotak Givi Ku....

Sebenarnya aku baru je pasang kotak kat motor aku. Senang le sikit nak bawak baju kebal kalis hujan aku. Maklumlah petang2 musim ni...selalu hujan. Kotak ni pun dapat free je. Masa balik JB minggu lepas aku tengok2 dalam stor rumah bapak aku...eh ada kotak Givi pulak. Bapak aku dah tak pakai, so aku pun mintak je laa. Sebelum ni malas nak pasang...pasal tak balance le kalau nak merempit. Tapi sekarang ni, kira keperluan le, kan senang nak bawak barang. Peduli apa kekawan kutuk kata motor orang tua.. Dah tu, aku pun bukan muda sangat pun lagi...huhuhu..
Nak dijadikan cerita...kejadian ni berlaku pagi semalam. Tengah aku sedap2 merempit..tetiba kotak Givi aku buleh tertanggal dari racknya.... berdentum jatuh ke jalan...adus.. nasib baik masih kat jalan dalam lagi. Belum sampai jalan utama lagi...kalau tak dah tentu kotak aku hancur berkecai disapu kereta... Bayangkan le masa tu, aku berhenti tepi jalan mengutip kotak aku kat tengah jalan. Nasib baik kereta tak banyak. Mat2 motor yg lalu semua senyum kambing je kat aku...hehehe..nasib baik tak de yg kenal. Kalau tak abis aku kena kutuk!!!
Camana buleh tanggal?...tu le aku ingat dah lock betul2. Rupanya, tak masuk betul2. Nasib baik Kotak GiVi...kalau cap ayam, lama dah berkecai...hehehe..
**********************************************************************************

Ingat nak rebiu Air Katira untuk Takilala...tapi masa balik JB hari tu terlupa la nak ambik gambo. Rebiu tanpa gambo tak gempak le.. Kat KL setakat ni, tak terjumpa lak air Katira ni..aku balik JB je ada air ni...tu pun kat bazar Ramadhan. Suruh Berteromber je la rebiu...Katira Ulu Tiram Pressing!!!

Wednesday, September 02, 2009

Cara Endos Tukar Enjin-Kes Kancil 850 Ke 660 L5 Turbo.

Bebulan puasa ni malas aku nak rebiu CD Rock. So aku nak bawak tajuk cara2 nak endos enjin bila buat tukar enjin. Dalam kes aku ni, tukar enjin Kancil 850 ke L5 660 Turbo. Mengikut atas kertas memang senang je. Tapi bila buat..adoiii...macam2 masaalah. Ok..aku cerita bab prosedur dulu...ni aku cerita pasal Kancil..kalau 2.0 turbo nak masuk Wira 1.5 tu..kes lain..setahu aku sekarang dah tak boleh. Memula beli enjin dulu laa..Cari le kat halfcut...cari yang cantik sikit, rega mahu murah!! Jangan lupa minak resit dan surat kastam. Dalam kes aku..aku beli enjin L5 Turbo, harga RM2400. Enjin pasang dulu laa...siap pasang lenjan abis2...testing ok ke tak enjin tu..Kalau tak ok, tukar lain le... Kalau semua dah ok. Baru masuk fasa 2, nak endos enjin kat JPJ.

Ni bab yg rumit sikit. sikit je...tapi kalau ikut peraturan, senang je. Tapi camana pun tak leh siap 1 hari.. Bahan2 yang perlu ada untuk endos enjin adalah seperti ni...
Dokumen yg wajib ada:
1. Borang Pemberitahuan Tukar Enjin
2. Gran Pendaftaran Asal.
3. Resit Pembelian Enjin yang Asal
4. Surat Kastam K2 yang Disahkan.(Dapat dari kedai beli enjin)
5. Insuran Baru
6. Surat Pelepasan Dari Bank(kalau masih dalam hutang)
Dokumen2 ni kena buat dalam 4 salinan. Setelah cukup kertas kerja, mula le kerja2 di lapangan.

Dokumen2 diatas hendaklah dikemukakan ke Bahagian Taknik JPJ kat Putrajaya. Pada yang duduk diluar Selangor, boleh pos aje. Kalau rajin godeh kat Aras 2 Block D Putrajaya tu, cepat le siap surat sokongan kawalselia JPJ tu. Kalau malas, dok tunggu je, dalam masa 2 minggu kuar le surat tu.

Lepas dapat surat tu dan dokumen2 tadi, kena le pegi Puspakom. Jangan gi Puspanita lak. Surat kelulusan kawalselia JPJ ni berjangka hayat selama 6 bulan je. So kena bawak kereta untuk inspeksen dalam jangkamasa tu kat Puspakom. Kena bayo RM60 kat Puspakom. Kalau tak de masaalah, kereta standard modified, memang senang lepas. Puspakom akan keluarkan surat kelulusan untuk endos no enjin baru kat JPJ. Jangka hayat surat ni pulak adalah 3 bulan. So jangan tunggu lama2 bila dah lulus. Gi JPJ cepat2.

Ok sekarang tinggal kes nak endos no enjin baru kat Geran je. Bawak semua dokumen yang diberi tadi ke JPJ. Ingat, kena inform pihak insuran untuk kuarkan cover note baru masa nak ke JPJ ni. Biasanya sekarang dah online. Kita telepon je Insuran, bila kita nak ke JPJ. Pas tu ambik no kat kaunter. Tunggu jap. Pas tu awek JPJ tu panggil...gi le mengadap. Bagi semua dokumen. Dia tengok2 jeling2...kalau tak banyak songeh lepas le..tapi kekadang siap tanya..apasal nak pakai Turbo?...alamak...suka hati aku le..Pas tu dia pun tukar no enjin kat geran. Tulis tangan je. Yang mahal tu pasal cop JPJ kat sebelah tu.

Dah siap. Jadi buleh le merempit dengan Kancil L5 Turbo tanpa was2 lagi...

Tapi, kalau susah sangat...dan malas nak buat sendiri...upah kat Runner je. Pun kena hati2 pilih runner. Ada yang cakap je lebih, bayo nak mahal. Tapi tak lepas2. Kena cari runner putar alam yang tahu semua pintu JPJ. Depan belakang tepi tengah... Tak cukup sifat pun buleh lepas.. Biasa la...ada fulus...buleh lulus..

Tuesday, September 01, 2009

RON 97 Atau RON 95

Seperti diketahui mulai 1 September 2009, harga minyak (RON 97) naik lagi sebanyak 25sen. Dengan itu kerajaan memperkenalkan minyak RON 95 dengan harga RM1.80 seliter. Apakah beza RON95 dan RON97?... Aku yang tak arif pasal penyelidikan gred minyak ni tak le tau sangat. Tapi aku dah cuba le kedua2 jenis minyak ni kat motor aku. Tak le ada beza sangat. Tak tau le kalau kat kereta. Research Octane Number atau RON ni setahu aku untuk ukuran ketahanan bahan api dari engine knocking. Secara senangnya makin tinggi nombor RON makin tinggi rintangan pada engine knocking. Dari segi prestasi injin...tak tau le sejauh mana bezanya.
So tepuk poket tengok wallet...nak RON95 ke RON97?...Lu fikir le sendiri...

Friday, August 21, 2009

Musuh Ketat Kita Di'ISA'kan.

Selepas Maghrib petang ni, maka masuklah kita ke Bulan Ramadhan. Dulu masa aku kecik2 orang tua2 kata hantu setan kena rantai dah. Maka malam2 bulan puasa ni tak takut langsung jalan malam. Pasal tak de hantu...gitu pulak!!
Tapi bila dah dewasa ni, maka mula le kita faham apa yang sebenarnya terjadi. Musuh ketat kita(dan menjadi kekawan pada sesetengah kita) iaitu syaitan telah pun di ISA. Tangkap tanpa bicara. Untuk memudahkan kita beribadat. Tapi kekadang terasa ia masih menganggu kita! Sungguh menghairankan, Kenapa jadi cam tu?
Kabarnya dia dah pun tertambat. Sudah diikat sepanjang bulan Ramadhan. Ni bukan dengar2 atau mitos. malah Nabi Muhammad SAW sendiri yang memberitahu mengenainya...
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka,pintu neraka jahanam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat"
Soalnya, bagaimana kefahaman kita tentang hal ini?
Beginilah kita umpamakan. Syaitan tu seperti anjing yang tertambat. Adakah anjing yang tertambat tak buleh menggigit? Tentulah kalau kita jauhi anjing tu, selamat le kita. Tapi macam mana pulak yang duduk hampir dengan anjing tu? Duduk disebelah sambil mengacah-acah anjing yang geram tertambat tu. Tak mustahil manusia yg dungu ni akan terkena gigit. Malah gigitan tu lebih serius kerana anjing tu tengah marah. Begitulah halnya dengan syaitan ni...
Apabila Ramadhan mengikat syaitan dari bebas berkeliaran, ia hanyalah proses mengurangkan potensi syaitan menghasut manusia berbuat jahat. Seperti sabda Nabi SAW "Sesungguhnya syaitan tu bergerak didalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar." hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Maka hawa nafsu kita masih ada...tundukkan dengan puasa yang sebenar2 puasa.
Untuk kekawan semua, sama2 lah kita menjalani ibadah puasa ni seperti ini lah Ramadhan terakhir kita. Selamat Berpuasa semua. Maafkan aku kiranya ada yang terlanjur bahasa sepanjang berblog ni... Salam Ramadhan kepada semua.

p/s: Patutnya aku letak entry ni kat B-Side aku...tapi sama je laaa..ya tak?

Thursday, August 20, 2009

Anak Bulan

Maka petang ini, seperti setiap tahun, upacara melihat anak bulan dijalankan di beberapa tempat yang terpilih. Kalau kat KL setahu aku, anak bulan akan dicerap di Menara KL. Dan juga seperti kebiasaan, anak bulan jarang2 kelihatan. Maka permulaan puasa jatuh lusa. Penentuan permulaan Puasa atau Hari Raya selalu menjadi kontroversi sewaktu waktu dahulu...kenapa? kerana penetapan tarikh ini mengikut kerajaan masing2. Aku tak berani komen pasal ni. Tapi dengan kemajuan ilmu astronomi atau dalam Islam dipanggil Ilmu Falak, maka kiraan amat tepat. Tapi rukyah juga perlu iaitu melihat anak bulan. Kerana mengikut warisan sunnah Rasulullah SAW. Maka sepatutnya ada satu badan dunia Islam yg menjaga tarikh2 ni supaya tak bercelaru. Wallahualam!..apa pun selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak...dan selamat menjalani ibadah puasa.

Monday, August 17, 2009

In a Big Country

Aku nak sambung siri Album pilihan aku. Kali ni aku nak ketengahkan satu lagi album the best of. Yang ni tak heavy metal. Tapi masih dalam ketegori rock. Big Country. tentu ramai yg tak kenal. So kena le aku kenalkan. Band ni berasal dari Scotland. Mula muncul pada awal2 80an. Dengan 4 orang anggota, Stuart Adamson, Tony Butler, Bruce Watson dan Mark Brzezicki. Apa keistemewaannya?... Pada aku terletak pada bunyi gitar Stuart Adamson...yg bunyi macam 'bagpipes'...memang lain dari yg lain. Muzik ala2 celtic.. memang menyerlahkan 'scotland highlander'.
Aku teruja dgn Big Country ni seawal tahun 1983 lagi. Bila aku dengar lagu2 macam In a big country dan Fields of Fire. Teringin sangat nak dapatkan album dia 'The Crossing' (album pertama). Pada masa tu susah sangat nak dapat full album ni. Apache pun tak main lagu2 cam ni. So tak de le dalam pasaran. Sampai tahun 1990 baru le aku terjumpa album2 Big Country ni dalam pasaran. Tapi pada masa tu album2 yg aku minat (The Crossing-1983 dan Steeltown-1984) dah ketinggalan zaman. Dan muzik Big Country pada tahun 90an dah tak sama macam masa dulu2. Mungkin diaorang dah kering idea. Aku buleh layan setakat album Seer(1986) aje. Yang selepas tu dah rasa tak ori le pulak. dah tak de rasa Big Country dah.

Kalau tak silap aku tahun 2000 Big Country ni ada buat konsert kat KL. Cuma ketika tu aku tengah tak tangkap pot. Lepas tu tahun 2001 Stuart Adamson mati bunuh diri. Begitulah berakhirnya riwayat Big Country ni.

So layan le lagu Fields of Fire ni Live tahun 1983



Friday, August 14, 2009

Kesihatan dan Aku

Semenjak seminggu kebelakangan ni aku tak berapa sihat. MC dah berapa hari dah..Ubat dah sebakul dah. Tapi tak berapa nak sihat lagi. Boleh le masuk opis. Tapi kat opis lagi teruk keadaan aku. Baik aku duduk rumah, segar sikit. Masuk je opis terasa badan lain macam je. Dengan kerja2 yg dah tertangguh..tak siap. Orang kejar sana sini. Makin teruk le rasa sakit badan aku.

Cuaca pun tak berapa elok je kebelakangan ni. Jerebu!! Dengan wabak H1N1 lagi...apa nak jadi. Pas tu pulak dengar berita, ramai le kenalan2 yg baru meninggal dunia. Alahai..yang nampak sihat pun buleh pergi...ni kan aku yg terasa tak berapa sihat ni... Moga2 Allah panjangkan le usia aku untuk merasa nikmat Ramadhan tahun ini. Bila dekat Ramadhan itu le antara doa yg Ustaz aku sarankan. Moga2 buleh kita melipat gandakan lagi amalan. Life so shot. So bulan apakah yang amalan kite digandakan? Dah tentu Ramadhan. So moga2 panjang usia, sama2 le kita laluinya dengan keberkatanNya.

Wednesday, August 05, 2009

XPDC-Titian Perjalanan Ke Laut Dalam

Aku bukan nak cerita pasal Band XPDC...tapi nak cerita pasal kerja aku minggu ni. Ekspedisi Ke Plantar Minyak Carkawala. Tugas aku kali ni memerlukan aku ke Kelantan. Aku dapat notis pergi pun last minit. Kelamkabut cari tiket Air Asia..tambang murah katanya..tapi kalau beli tiket last minit..jadi tambang mahal le pulak..pandai si Fernandez ni berniaga.


Balai berlepas di LCCT
So aku tiba di LCCT lebih kurang kul 5.45 pm. Flight aku kul 7.20 pm. tak le lama aku melangguk kat LCCT ni. Tiba Kota Bharu pukul 8.15 pm. Driver company yg patut ambik aku tak sampai2. Sampai 9.30 pm aku tunggu, baru sampai. Perut dah lapar..badan dah letih..rasa macam nak baring tido je...Aku terus gi makan dan check in Hotel. Ada ke boss aku bagi Hotel Redal aje..Boleh lee..janji aku buleh tido lena..Pasal esok pepagi lagi dah nak keluar.
Lepak makan2 sementara tunggu flight

Beratur menaiki pesawat Air Asia

Tiba di Lapangan Terbang Kota Bahru

Sarapan nasi berlauk dengan panadol solubel
Pagi 4 ogos..Aku ke Pengkalan Kubur tempat pelancaran ekspedisi. Sebelum tu sempat singgah makan sarapan nasi berlauk kat cabang tiga Geting. Driver aku kata sedap ni. Tapi aku perut orang Johor...mana le buleh masuk pepagi makan nasi dengan ikan tongkol. Macam nak gi noreh getah je. Kena pulak dari malam tadi aku rasa nak demam je. Telan Panadol le apa lagi.


Tempat pelancaran ekspedisi di Pengkalan Kubur

Setibanya aku di tempat lokasi. Orang dah ramai. Ekspedisi ni sebenarnya adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Diketuai Dato' Husam Musa. Tujuan ekspedisi ni adalah untuk menunjukkan plantar minyak Carkawala terletak dalam perairan Kelantan. Dan kerajaan negeri berhak menerima royalti. Sebenarnya aku tak buleh cerita lebih2 pasal isu ni...nanti blog aku kena band..tak pasal2 je. Dan aku pun ikut ekspedisi ni atas arahan boss aku dan hanya untuk ambik point GPS dari pantai ke plantar minyak. Tu je.

Sepatutnya Tok Guru Nik Aziz ada untuk merasmikan dan membaca doa selamat. Tapi dia di Kuantan. Tak sempat balik. Tak tercapai le hasrat aku nak jumpa Tok Guru. Sepatutnya kami naik kapal dari jeti perikanan Pengkalan Kubur Tumpat. Tapi tidak diberi kebenaran dari pegawai Perikanan. Yang dah tentu2 orang Kerajaan Pusat. So bertolak menggunakan Jati Tok Bali di Pasir Puteh.

Jeti Tok Bali Pasir Puteh
Kami menggunakan kapal Maritiam Malaysia. Aku tak ingat nama Keptan kapal ni..ramah sungguh. Dan nampak pro Kerajaan Negeri je...Perjalanan memakan masa selama lebih kurang 6 jam pergi dan 6 jam balik. Makan minum biasa le disediakan kat dalam kapal ni.. Cuma tak selesa le nak makan dalam kapal ni. Terhuyung hayang. Boleh tukang masak kapal ni masak dalam keadaan cam ni...dia kata dah biasa.


Meninggalkan jeti untuk perjalanan yg meletihkan.
Kapal meninggalkan pengkalan Tok Bali pukul 11.30 am. Mula2 nampak ahli rombongan, yg kebanyakannya YB. ada 20 tak silap aku, nampak bersemangat. Kalau le kapal tu karam. Maka ada 20 pilihanraya kecil je jawabnya...na'auzubillah. Perjalanan pergi terasa lama sesangat. Jenuh aku berdiri, duduk, baring. Tak sampai2. Kira2 50 batu nurtika (kata kapten kapal le)..kapal kami ditahan Polis Merin. Tapi semuanya ok bila pihak polis tahu yg ini adalah rombongan Kerajaan Negeri Kelantan.
' Alat permainan' aku

Agaknya dapat ke tuntut royalti ni? Agaknya tu le kata2 Dato Husam kepada YB Mahfuz
Akhirnya setelah puas tengok laut. Kira2 jam 5 ptg..akhirnya plantar minyak telah kelihatan dari kejauhan. Tepat pukul 5.30 ptg kapal kami mula rapat ke plantar minyak. Jarak kapal dan plantar minyak kira2 50 hingga 100 meter. Kami diberitahu oleh kapten kapal, pihak plantar minyak tak benarkan kami rapat. Apatah lagi nak naik ke plantar minyak. Bayangkan la. Bangunan KLCC pun nak naik susah..macam2 pemeriksaan. Inikan pulak plantar minyak dia yg ditengah laut.Pukul 6 kami pun patah balik. Kalau ikutkan jadual, ada sesi memancing. Tapi nampaknya semua ahli rombongan dah flat abis. Yang muntah mabuk laut lagi. Nasib baik aku tak mabuk laut. Cuma pening2 pasal aku demam. Perjalanan balik tu aku bantai tido je...bentang tikar kat atas deck. ada bantal..baik punya landing....sedar2 dah sampai ke pengkalan Tok Bali.



Salah satu plantar minyak carkawala
Kami tiba semula ke jeti kira2 pukul 11.30 pm. Selepas ucapan terima kasih secara ringkas oleh Dato Husam Musa dan ucapan Kapten kapal..Dato Husam mengajak semua crew kapal makan ikan bakar di Semerak. Aku tak berapa selera makan pasal tekak tengah demam ni...rasa tawar je.Kira2 kul 1.30 mlm, kami bersurai dari kedai ikan bakar. Aku balik ke Kota Bahru. Check in Hotel Rainasence..hotel berbintang2...agaknya bos nak tunjuk kat kekawan dia (YB tu la) yg dia bagi anak buah dia duduk Hotel mahal.

Ni le pertama kali aku tengok plantar minyak depan mata

Balai berlepas Airport Kota Baharu
Mula asalnya bos ajak balik naik kereta dgn dia. Aku kata yg aku tak larat nak duduk dalam kereta lama2. Aku nak balik naik flight. Last2 dia ajak aku naik Firefly. Boleh laa...janji sampai cepat. Aku tiba di Subang pukul 10 pagi. Terus balik...Letih oiii...

Pesawat Firefly
Aku tak dapat ambik banyak gambar pasal handphone aku abis bateri...Nak tengok berita selanjutnya..carilah surat kabar pembangkang. Surat kabar arus perdana tak de cerita ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...