Dah dekat nak raya ni, ramai le yang rajin gi tukar duit kat bank untuk buat duit raya. Nak bagi kat bebudak yang datang rumah atau nak bagi kat anak buah masa balik kampung nanti. Kalau tukar duit kat bank tu, memang siap mintak sampul angpau sekali...Lain bank lain rupa dan corak sampul tu. Sebenarnya bagi duit raya ni, atau lebih tepat kalau kita kata bersedekah lebih afdal dibuat dalam bulan Ramadhan ni. So kalau nak bagi, bagi le sebelum raya... Tapi bukan pasal tu yang aku nak cerita...nak cerita duit2 yang tak patut di beri untuk duit raya...
Antaranya duit RM50 ni...bukan kerana nilai dia 50 henggit, tapi pasal rupa duit tu. Cuba tengok betul2 duit tu sebelah kanan. Dipotong ngam2 dekat tulisan 50 henggit tu. Ni dinamakan duit cacat. Pagi pengemar koleksi duit2 cam ni...duit ni berharga tu...so kalau ada tu..simpan je laa..
Seterusnya...duit RM50 jugak...duit2 nilai lain pun ada...ni contoh je...tengok sain gabnor tu..kat tepi kan?..So ni kira rare le. Cuba check dalam poket. Tengok duit masing2. Ada tak yang sain kat tepi tu?..Ada???..Kalau ada simpan le...ada pengemar koleksi duit sanggup tawarkan harga yg tinggi untuk duit jenis ni...so jangan buat duit raya.
Haa..yg ni. Dah tak de dalam pasaran. Setahu aku ada 4 edisi duit ni. Yang aku ada ni first edisi. Tengok nombor singgit kat sudut kiri bawah tu...sign dolar lagi, belum RM.
Yang ni 3rd edition. Tengok tulisan singgit kat sudut kiri bawah tu...no 1 hinggit tu tak nampak jelas dalam bulatan tu.
Yang ni pun dah tak de dalam pasaran...Masih pakai simbol dolar. Sekarang duit 5 hinggit dah plastik dah. Tak de yg kertas. Kalau ada tu simpan2 le. Jangan buat duit raya.
Yang ni duit syiling singgit. Semuanya keluaran Khas. Pun tak sesuai buat duit raya.
Yang ni pulak duit 2 hinggit. Dah ditarik dari pasaran. Kalau ada tu simpan2 le buat kenang kenangan.
Haaa.. yang ni lagi tak buleh buat duit raya. Sekeping ada 3 hinggit. Ni namanya duit uncut. Pernah jumpa tak duit cam ni?...
Sebenarnya banyak lagi. Tapi tu je la sebahagian duit2 yg tak releven nak bagi buat duit raya.
12 comments:
i see.....
(sambil pegi cek duit kat wallet)
err..tak kisah la tu...yg penting duit raya untuk anak aku tahun ni kasi up sikit la..huhuhu
ooo tak pasal2 aku jd fanatik duit kang..kat amcorp byk org jual duit cam ni.
bro, ada simpan duit 20 sekeping..?
dulu gua ada, tapi bila sangkak-buana melanda, habis gua gadai...
Portdy...
amacam? ada?
Berteromber..
nak up camana...wang ehsan tak dapat tahun ni..
Matakucing...
Kat Amcorp memang ada jual..tapi kebanyakannya mahal...
Eddie...
yang RM20 tu aku tak de la. Tengah cari ni...
yg singgit olskool tu aku ada..duit rm1 syiling pon ada nih
@eddie
sama la ngan gua
(alamak, dah jadi macam rumah sendiri pulak)
J...
Kalau ada tu simpan le..buat kenangan...
speedrider...
Welcome...welcome...buat le macam rumah sendiri...
klu ikut peraturan la kan, klu letak gmbr duit kena buh perkataan "contoh"
duit kertas rm2 aku ada smpn lg, rm5 baru versi kertas pun ada... syiling KBBU (kompeni berpiagam borneo utara) pun aku ada, yg ni mmg harta karun la... tggu kena tawarkan atleast rm5k baru aku gadai ;)
duit/wang or money ni kalau bahasa brunei dipanggil usin. bukan nama org aaa. huhuhu.
Ijau...
Memang betul...nampaknya aku dah langgar undang2 le ni..huhuu
Eh tunjuk le pulak harta karun ko tu nanti...
Takilala...
Usin ke? Kalau camtu ada satu kumpulan tu, Jumpa Pakcik Duit le...huhuu
aritu blk kmpg check koleksi notes & coins aku... yg sedihnya coin KBBU tu ntah aku xjumpa... pergh rugi ooo, relic tu
Post a Comment