Lagu Balik Kampung ni termuat dalam album Lagu Dari Sebuah Bilik, keratan ke 4 side B yang dikeluarkan tahun 1984 oleh EMI. Sudirman memang terkenal dengan album berkonsep. Konsep kampung, bandar, petrotik dan macam2 le. Album ni lebih kepada konsep mengenal diri sendiri. Lagu Balik Kampung ni ciptaan Sudirman sendiri. Mengikut apa yang aku ingat, apa yang Sudirman ceritakan, lagu ni menceritakan kegembiraan dia nak pulang ke kampung masa cuti semestar, masa dia belajar kat UM dulu. Tu sebab tak de pun sebut pasal raya dalam lirik lagu ni. Tapi tah macam-mana tetiba lagu ni jadi tema raya. Aku pun tak tau bila lagu ni dinaik taraf jadi lagu raya sehingga salah kalau DJ radio pasang masa tak raya. Sebenarnya lagu ni tak de kena mengena dengan raya pun. Cuma menceritakan keseronokan nak balik kampung masa cuti sekolah ke, cuti raya ke.. atau bila2 cuti panjang le... So tak salah le kalau pasang masa hari2 biasa.
Nota: Sumber dari ingatan aku masa baca URTV sewaktu waktu dahulu. Masa tu Sudirman ada ruangan dalam URTV. Dan selalu dia lukis kartun.
8 comments:
yup..lagu ni takde perkataan raya pon..dulu teringat time top blue hyppo obalik kg..tu jam blue hyppo paling cool la..tahun 2004 kot
betul.. setuju...!
thanks for sharing...
anyway kaset kuno tu
aku pun setuju. lama tak tgk cover kaset EMI dulu2. Mmg primitif.
apa nak buat...org sekarang ingat kg time raya ajer..err..lagi satu..time musim buah..
belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya dan maagf zahir batin utk kau.. cheers
klu dorg remastered semula album2 sudirman dan re-released dlm bentuk cd kan bagus... blh buat koleksi, yg ada skrg pun cuma cd album kompilasi je
aku rasa lagu balik kampung tu start dilabel sbg lagu raya somewhere in 98-2k kot, sama gak mcm lagu halaman asmara (awie/ziana)
oit skid,
sila check topik kancey turbo tebabo!!
Post a Comment