Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Apa Kata Sotong??

FIFA World Cup 2010 dah nak sampai kemuncaknya.. Selama sebulan, malam2 dipenuhi dengan bola, bola dan bola...semua cerita bola. Yang menang, yang kalah... yang tak puas hati, macam-macam ada...!! Cuma World Cup kali ni dimeriahkan dengan tukang ramal...bukan pawang atau dukun, tapi si Paul Sotong! Untuk final ni, si sotong dah pilih Espana... emm jadi ke tidak ramalan sotong ni..kita tunggu je laa. Tapi aku pilih Belanda. bukan pasal apa, dah 3 kali dia gi final, kasi le menang.
Pasal ramalan sotong tu, kita boleh layan suka2 je... kalau betul jangan percaya sesangat pulak... syirik tu. Hai sotong-sotong... buat sotong kering kang!!

Sunday, June 13, 2010

World Cup 2010

Kerja2 aku kat Sg Pahang dah hampir habis. So cuti sekolah ni, aku pun cuti sekali. Tinggalkan Sg Pahang seketika. World Cup pun mencelah. Aku tak berapa mengikuti sangat WC kali ni...tak tau team mana dalam group mana. Tapi bila ada live...aku main redah tengok je. Teringin jugak nak tengok dengan Astro Byond. Tapi kalau cocok kat TV Singer 14 inci boleh ke? hehehe!! Maklum le Messi dengan Lampard yang datang depan rumah suruh pasang Astro Byond.
Apa2 pun game yang aku tengok betul2 adalah game malam tadi.. Argentina dgn Nigeria. Memang patut pun Messi jadi jurujual Astro Byond...hehehehe...!! Pasal dia le aku tengok Argentina. Walau pun dia tak score. Tapi apa2 pun game lepas tu. Tengok dalam kadar hampir terlena. England vs USA. Team England kali ni dikatakan antara team yg bakal jadi juara. Tapi, alahai...USA pun tak boleh pukul. Lebih2 lagi gol bodoh yg boleh terlepas tu... tak patut, tak patut!!!
Sekarang ni aku tak berapa minat sangat tengok bola ni. Tak macam masa dulu2. Teruja sangat bila musim World Cup ni. Apa2 pun kenangan World Cup yang aku tak boleh lupa, dan paling best yg aku ingat, Espana 82. Masa tu mana ada live bersepah macam sekarang. Tak de sapa nak taja pun. Maka atas daya usaha kaki bola seMelaysia. Maka dapat le buat live dari derma rakyat Malaysia. Game live yang aku tunggu masa tu, Brazil vs Itali. suku akhir tak salah aku. Masa tu Brazil memang peberet team. Game live kul 2 pagi kalau tak silap. Punya la tunggu depan TV Hitachi 14" hitam putih. Last2 tertido...adoiiii. Tau2 dengar berita pagi tu, Brazil kalah 3-2...gara2 hattrick Paulo Rossi yang duduk tunggu bola depan gol. Dan yang seterusnya menjadi sejarah. Rossi jadi penjaring terbanyak, separuh akhir dia score 2 gol. Final 1 gol. Dan Dino Zoff mempopularkan keeper jadi keptan. Itulah Espana 82.
Dan akhir sekali Selamat Demam Bola...

Friday, December 18, 2009

Maal Hijrah 1431


Selamat menyambut tahun baru Hijrah. Semoga tahun ini membawa seribu rahmat untuk semua umat Islam.
Sempena tahun baru ni, seperti biasa sama2 le kita berhijrah kearah yang lebih baik.
Sedikit nak cerita pasal bola. Bukan pasal EPL..tapi bola tempatan. Lama beno aku tak tengok bolasepak Malaysia ni. Petang semalam tergerak hati nak tengok. Walaupun pada mulanya aku memang malas nak tengok. Pasal setiap kali aku teruja nak tengok je, Malaysia pasti kecundang. Tapi kali ni..Malaysia seperti yg ramai sedia maklum, dah pun menang. Katanya dah 20 tahun kempunan pingat Emas di sukan SEA. Kali terakhir Malaysia menang pingat Emas..1989. Aku tengok ramai2 kat Dataran Merdeka kalau tak silap aku...siaran langsung. Lepas pada tu bolasepak Malaysia makin suram..
Dari pingat gangsa...dan terusnya langsung tak dapat pigat.
Apa2 pun aku ucapkan tahniah pada budak2 team Malaysia ni. Semoga ni sebagai satu pemulaan. Aku nak tengok Malaysia kembali ke persada bolasepak Asia dan seterusnya mengidam nak tengok Malaysia beraksi di pentas Piala Dunia.
Semoga Hijrah ni membawa seribu perubahan. Salam Maal Hijrah 1431 kepada semua.

Thursday, May 28, 2009

Glory...Glory..Barcelona!!

Nyanyi sikit lagu glory..glory Barcelona....ikut rentak lagu Glory Man Utd....hehehe! Seperti yang telah menjadi sejarah...pagi tadi, apa2 pun tahniah utk FC Barcelona. Dari 3 England team hanya 1 Spain di semi final...akhirnya yang satu tu jadi juara. camno...itu le bola...

Segalanya bermula seawal minit ke 10 lagi. Bila Eto'o sumbat gol, habis tersumbat mulut penyokong mati kejung Man Utd. Aku pun melopong gak...hehehe! Separuh masa kedua..entah minit berapa, aku pun dah tak catch-up, Messi menutup sisa-sisa harapan...gitu le kesudahannya. Pada penyokong FC Barcelona..tahniah. Team anda memang berhak menang.
Bagi penyokong Man Utd, sabo je la.. tahun lepas dah dapat kan...tahun ni bagi orang lain lak le...
Utk Bro Berteromber...simpan je le lagu We're Champions tu...Party is over... sabau je laaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...