Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Tokina 11-16mm f/2.8 AT-X Pro DX Lens

Dah makin dekat nak raya dah ni. Tinggal beberapa hari je ni. So kali ni aku nak cerita pasal lens seperti yang tersebut diatas. Ini adalah lens Ultrawide angle. Apa bendanya tu, wide-angle ni untuk gambo yang frame lebar... errr gitu ke? lebih kurang le. Contohnya raya ni, nak ambik gambo keluarga ramai2. Ruang dalam rumah agak terhad. Susun punya susun tetap tak muat frame. Nak undur kebelakang lagi dah rapat dinding. So masa ni le lens ultrawide angle ni berguna. Begitu le lebih kurang.
Lens ni memang untuk landscape photography. Tapi cun jugak untuk gambo potrait. Kelebihannya adalah pada aperture f2.8. Kira dah jadi fast lens le ni. Ramai yang kata, tak guna f2.8 pada landscape.(pasal DOF dia nipis). Tapi sebenarnya untuk indoor agak berguna jugak.
Dari segi focal length memang le tak jauh...dari 11-16mm aje. Dah lebih kurang prime lens aje. tak jauh sangat jarak zoom dia.
Baru2 ni aku gi melawat kedai member kat Low Yatt. Orang lain sibuk shoping baju raya, tapi bagi pengemar photograpy, dia orang sibuk shoping barang2 kamera. Maklum le, nak buat beraya gak tu. Lebih2 yang dapat bonus melampau2 tu. Ada satu mamat ni tanya aku pasal lens yang sesuai untuk gambo keluarga di pagi raya. So aku tanya le, dah ada lens wide-angle? bajet berapa? So kata dia bajet dalam RM2K..(baru dapat bonus raya kot) Aku pun suggest lens ni. Macam aku pulak saleman kedai tu. Test punya test, last2 jadi jugak angat. Tak pasal2 aku dapat duit kopi dari towkey kedai.
Ni adalah contoh2 gambo dari lens ni. Tak de gambo skodeng. Pasal tak leh zoom rapat.
Dari segi vignetting pulak, tak berapa ketara. Tak de le kalau ambik gambo muka orang tu, abis senget benget.
Memang sesuai untuk gambo landscape...

Thursday, August 18, 2011

Canon EF 75-300mm f/4-5.6 III USM

Dah lama aku nak buat entry pasal gajet photograpi... Tapi tak berkesempatan. Nak update blog pun aku tak sempat. Tapi bulan puasa ni, aku menyempatkan diri untuk bercerita tentang minat aku ni. Tujuannya untuk memberi sedikit info pada member2 yg baru2 nak berjinak dengan sistem DSLR ni. Untuk yang dah pro tak payah le baca karangan merapu aku ni. Pasal aku pun bapak budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan!! hahahaha!! Ok.. kerana aku guna sistem Canon, maka aku cerita pasal hal2 berkaitan dengan Kenong je laa.
Kali ni nak cerita pasal lens Canon. Biasa le, bila beli DSLR dapat kit-lens. biasanya yang 18-55mm aje. Pada yang baru2 dapat kamera ni, biasanya terus nak skodeng je laaa... So kit-lens memang tak menepati citarasa. Jadi pada yang nak zoom jauh sikit, aku cadangkan beli le lens ni. Kenapa?.. kerana jaraknya menjangkau 300mm focal. dan yang penting termurah dalam siri zoom lens dari Canon. Harganya bawah RM900.
Hasilnya agak memuaskan jugak le. Ni terpulang kat mata masing2. Kalau nak gambo yang biasa2 dari jarak jauh, boleh le cuba lens ni. Lens ni dilengkapi dengan sistem USM. Apa tu?..Bukan Universiti Sains Malaysia. Tapi Ultrasonic motor untuk mefocus dengan cepat dan senyap. Cuma lens ni tak berapa sesuai untuk tempat yang kurang cahaya. Kalau tangan parkinson lagi teruk. Gegar le jawapnya. Kerana lens ni tak de IS. (pengstabil image)
Ni antara contoh2 gambo yang aku shoot dengan lens ni. Boleh le... padan dengan harganya....

Thursday, October 14, 2010

Kuda Hitam

Dah 2 minggu dah aku pakai moto baru ni. Mileage pun dah 500km lebih. Maka dengan ini dengan dengan rasminya aku perkenalkan moto baru aku, SYM VTS200. Pernah tengok tak moto ni? Kalau area KL dan belah utara seperti Penang ke..banyak le orang pakai moto ni.. Tempat2 lain agak kurang le. Sebenarnya moto ni dari spesis scooter. Dah berada di pasaran Malaysia lebih 3 tahun dah. Berasal dari Taiwan. Taiwan?? Boleh dipercayai ke jenama ni? Tu la, selalunya orang kite ni, pandang pada jenama. Kalau moto, selain dari Yamaha ke, Honda ke..susah le sikit. Pada aku yang penting kualiti. Kalau tak, takkan Modenas tukar brand adik VTS ni jadi Elegan.

Setelah memandu uji selama lebih kurang 2 minggu, keputusannya setakat ni memang bagus. Aku pun agak berani bawak laju kerana moto ni besar dan berat. Tak melayang macam kapcai. Cuma masaalah nak cilok celah kerata. Pasal body dia lebar dan besar, tak boleh le nak buat macam kapcai. Pada mulanya agak kekok jugak nak bawak moto ni. Lama2 dah ok le, tak dapat pakai superbike, pakai superscooter dah le..rasa macam bawak easyrider pun ada. Paling best tempat letak barangnya yang luas. Senang nak bawak barang. Helmat pun boleh simpan bawah tempat duduk. Tak payah nak usung sana sini. Aku siap pasang 'tong ikan' kat belakang. Lagi banyak boleh simpan barang.

Kepada yang berminat nak pakai scooter besar, aku memang rekomen moto ni. Kalau nak lagi best, angkat yang 250i..lagi power!! Harga pun power jugak... Akhir kata, kalau pegi tempat2 yang tak de moto ni, orang akan pandang... Biasala..SYM...Saya Yang Macho...hahahahaha!!

Saturday, April 10, 2010

HDR-Satu Percubaan.

HDR...apa tu HDR...HDR singkatan High Dynamic Range Imaging. Ia adalah cara memproses gambar. Pada yang baru kenal dunia photography...cam aku laa.. memang gila dan teruja sangat dgn HDR ni. Kagum sungguh dengan gambo2 yang dihasilkan dalam bentuk HDR ni. Mula la nak belajar camana nak buat. Aku tak pandai nak jelaskan cara lebih terperinci...takut silap cerita. Karang marah pulak otai2 photographer. Nak tau lebih lanjut, boleh baca sendiri kat Wiki ni...Aku cuma boleh cerita sikit2 je la apa yg aku tau. Kenapa kita nak buat proses HDR ni..., paling senang jawab ialah...seni!! Bila dah jawab seni, tak boleh nak kata apa laa...Kalau banyak soal jawab karang...marah pulak orang2 seni ni. Mengikut jawapan yang tok guru aku citer..(kalau sesat dia, maka sesat jugak le aku), terjadinya proses HDR ni, kerana nak menyerlahkan
semua detail dalam satu gambo. Contohnya laa...kalau kita ambik gambo pemandangan, ada langit dan ada tanah. Agak susah nak balance cahaya langit dan bumi.(macam lagu Search le pulak). Kalau tanah terang, langit akan terlalu cerah...tak nampak detail. Begitu jugak, kalau langit agak detail dan sederhana terang, tanah pulak terlalu gelap. Secanggih mana pun kamera, tak dapat nak expose kedua2nya sekata. Maka terjadilah proses HDR ni..Ada macam2 cara nak buat HDR ni. Mengikut cara yang betul (mengikut kata tok guru aku la) kena ada 2 peringkat. Pertama...kamera yang boleh buat pelbagai esposure. Kedua.. kena ada software memproses.
Dan yang penting sekali..tukang buat tu..mesti tau apa yang dia buat. Kita perlukan sekurang-kurangnya 3 keping gambar dengan 3 jenis exposure yang berlainan. Lagi banyak....lagi bagus. Macam mana nak ambik gambo ni?.. Kalau aku cerita semuanya...panjang sangat pulak. Kita singkatkan kepada memproses. Banyak software dalam pasaran yang mampu proses HDR ni. Untuk aku, aku gunakan Photomatix dan Adobe Photoshop CS4. Mula2 cantumkan ketiga2 gambar tu dgn Photomatix. Buat ton mapping. Pas tu edit sesedap rasa dalam Photoshop. Ta..Daaaa...jadi dah!! macam senang je..ye tak?..memang senang pun..hehehe!! Yang susahnya, kalau orang tak nak ajar kita...kedekut ilmu...tu yang susah! Pada aku laa.. HDR ni sesuai untuk gambar2 pemandangan. Tak sesuai untuk potrait. Karang jadi lebam2 le pulak muka orang dalam gambo tu. Boleh tengok contoh2 gambo HDR kat Flickr.

Ni le hasil2 yang aku buat. Modelnya moto LC aku la...


Tak tau le ok ke tak...tapi tu le hasil2 HDR aku...

Yang ni pun aku 'HDR'kan jugak...hehehe!! sebenarnya aku nak rebiu CD ni...nanti le lepas ni...

Monday, March 22, 2010

Aku, Pesta Belon Panas dan DSLR.

Selepas balik dari Pesta Belon Panas di Putrajaya hari tu, aku rasa macam teracun le pulak...
Ni bukan racun tikus, tapi racun tenuk. Tengok masing2 dengan lenses yang canggih2 panjang2 berjuntai dekat sedepa... Aku?? alahai... Masa MC pesta buat pengumuman kepada para pengunjung untuk berikan 200 tiket untuk masuk ambik gambo dari dekat Belon2 Panas tu.. aku try juga le pegi jenguk2...Pandang kiri kanan..masing2 pakai lens telephoto mahal dan canggih. Ada sorang mamat tu..jeling2 tengok kamera aku. Tau le lens dia L siri. Agaknya dalam hati dia kata..."pakai kit lens aje". Ataupun lebih teruk lagi.."Alah..kalau sekadar kit lens tak payah le susah2 beratur ambik tiket." Untuk menyedapkan hati aku..suka hati aku le nak pakai apa pun...hehehe! So balik tu...mula le berangan..kalau tangkap L siri pun best tu.. Tapi alamak, lens jenis tu bukan murah... boleh beli sebuah lagi moto LC aku... So alternetifnya...kena cari yg third party la...murah sikit.. Antara telephoto zoom yang murah dan cantik dah tentu le jenis Sigma. Harganya buleh le tercapai akal aku. Antara yg termasuk wishlist aku adalah Sigma 70-200 f/2.8 II EX DG Macro HSM....perhhh cun kalau dapat.
Aku dah test dah masa lepak2 kat kedai kamera Lok Yat. Memang menggancam. Fast lens tu...kalau pegi F1 bulan depan senang2 je nak snap keta Schumacher ke Alonso ke... Tapi harganya pun cun jugak... boleh keluar moto Modenas sebiji. Sabau je la.
Akhirnya yang ini lebih realistik..Sigma 70-300mm f/4-5.6 APO DG Macro. Harganya bawah RM 800. Rasanya sesuai sangat le dengan bajet aku yang ciput ni. Review dari orang2 yang dah pakai pun kata ok je laa...tak le best sangat tapi boleh laa dari tak de.
Candid Dari Pesta Belon Panas Putrajaya 2010.
Seterusnya gambar2 candid yang aku ambik sekitar tapak pesta...pakai lens murah je beb!!

Tumpang shoot amoi ni...dia tengah posing untuk bopren dia..hehehe!!

Sekali lagi aku tumpang sibuk...Abis tu tak de orang nak jadi model aku..

Yang ni pun sama jugak... kalau ada telephoto zoom, lagi rapat boleh shoot.

Ni masa sibuk2 nak ambik tiket free...kat kaunter Urusetia Pesta.

Ni lagi kes tumpang sekaki... aku main shoot je... amoi ni tengah posing untuk kawan dia.
Last untuk edisi kali ni...nampak rangup je... ini dipanggil edisi cuci mata. Oittt..cukup2 le tu.

Wednesday, March 03, 2010

Bokeh!!

Malam semalam, maka terjadilah pertemuan newbies2 fotografer. Pertemuan di Bangi Kopitiam, menjadi medan para amatur bertukar2 pandangan dan apa yang tahu serba sedikit pasal fotografi. Matlamat utama untuk lebih mahir menggunakan DSLR. Jangan pakai program2.. go manual..!! That's what DSLR for...

Antara teknik yang dibincangkan adalah "Bokeh'. Apa tu bokeh?..malas aku nak taip dan cerita panjang2. Semuanya boleh dibaca di sini. So ni le hasilnya... amacam ok tak?

Lepas ni aku nak buat bokeh bentuk hati ke, bentuk bintang ke.. apa2 je lah... Nanti aku akan share hasilnya..

Seterusnya..aku nak buat outing ke air terjun le pulak...nampaknya ada yg berminat. Nak cuba belajar teknik ambik gambo air terjun. Kepada sesiapa yg nak join, kena bawak tripod sendiri...tak main pinjam2 la..

p/s: Bangi Kopitiam tu di Rawang. Jauh dari Bangi....


Monday, March 01, 2010

Test Lens Baru.. EF 50mm f1.8 II

Aku tak de dapat duit tersepak lagi...so hajat nak tangkap macam2 lens. Tapi bajet tak ada. Jadi aku tangkap lens yang paling murah dalam kelas lens Canon, tapi hasilnya memang aku suka. Tak tau le kalau orang lain kata tak suka. hehehe!! Ini lah lens EF 50mm f1.8 II. Lens ni tak boleh zoom. Statik kat 50mm je. Kelebihannya pada aperture yang boleh dibuka besar sehingga f1.8. Yang boleh buat depth of field dengan lebih jelas.

Kepada yang kurang tahu atau faham istilah2 fotografi ni... Aku malas betul nak cerita dan menaip panjang lebar. Google sendiri la.. banyak web dan blog yg menerangkan benda2 ni semua. Lagipun aku pun masih pendatang baru dalam bidang ni. Takut tersilap penjelasan.

Apa2 pun ni la contoh2 shoot dari lens 50mm ni. Perhatikan blur latarbelakang gambo2 tu. Tu yang dimaksudkan depth of field.

klick untuk gambo besar. Mungkin tak le berapa best dan artistik sangat. Maklum la saya budak baru belajar, kalau salah, aku ambik gambo banyak2 lagi...



Model ni aku bayo mahal ni... kegemaran dia..main air....!! Mahal le bil air aku......

Saturday, February 27, 2010

Zombieland

Ini sebahagian dari projek pembangunan yang tidak menjadi. Satu pelaburan yang merugikan kepada pembeli2. Apa boleh buat. Kalau tersilap membuat pelaburan...ni le jadinya.

Sapa yang nak disalahkan?...Pemaju? Kerajaan?..Entah la...Lu pikir la sendiri...

Najib pernah meninjau kesini atas program Juara Rakyat. So apa yang boleh dilakukan? Tengok aje la.

Semuanya terbiar....nasib baik tak de zombie yang tumpang tinggal kat sini....

Cuma lembu2 aje buat tempat lepak. Kalau malam2 aku pun tak berani nak gi sini sesorang. Alangkan waktu siang pun seram je. Bunyi pintu2 kat dalam bangunan ditiup angin...menambahkan lagi suspen...



Monday, February 08, 2010

Cuba Test Try.....

Biasa la, bila dapat benda baru ni...memang teruja yang amat sangat. Macam2 benda aku tangkap gambo... Test skill fotografi aku. Main2 dengan function 500D ni.. ada jadi ada tak jadi.

Tak pasal2 anak kucing aku jadi model. Kat sini aku test depth of field. Dengan kit lens 15-55mm, tu je le hasilnya.. boleh ke?

Ni hero aku tengah main air...tak berapa jadi DOF yang aku buat. Tapi ada le sikit2... Kena belajar lagi ni...

Baik punya posing hero aku ni. Dengan f4.5 tak berapa blur latarbelakang tu. Memang kena cari lens lain le pulak. Nanti lepas ni aku upload landscape le pulak...wildlife ke... nanti le kalau ada masa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...