Friday, November 20, 2009

Hujan


Aku bukan nak cerita pasal Band Hujan. Aku tak berapa tau pun. Nak cerita pasal musim hujan sekarang ni.. Sepanjang minggu ni buleh dikatakan aku balik kerja, pasti meredah hujan. Pagi petang hujan. Bagi rider yg macam aku ni.. terpaksa le meredah hujan. Aku nak cerita pasal aku, motor dan hujan. Ni cerita sampingan je ni. Tiap2 petang kalau aku balik kerja, selalu terserempak dengan ada satu awek ni naik motor Yamaha Ego. Kalau aku follow belakang dia, memang le pandangan aku terganggu!! Faham2 je la.. So selalu le aku kena memotong. Kekadang awek ni bawak agak laju jugak le. Payah nak memotong. Pada satu petang nan hujan renyai2 bahasa, maka aku berhenti le bawah jambatan untuk pakai baju hujan. Kalau tak sampai rumah habis lencun le. Kebetulan awek tu pun berhenti jugak. Aku yang konon2 nak peramah ni.. mula bertanya le..'Pakai baju hujan ke?'...Dia dgn selamba menjawab 'Tak nampak ke?..takkan nak pakai swim suit pulak?'. Aduhai..terkena aku sebiji dalam sejuk2 hujan ni. Maka dengan selambanya, siap pakai baju kebal kalis hujan, aku terus blah...
Kesimpulannya...masa hujan2 ni tak payah le tegur2 awek..huhuhuhu! Sedar le diri, awak tu dah tua. Agak ego jugak rider Yamaha Ego ni...patut pun.



Seterusnya nak cerita pasal baju kebal kalis hujan aku ni. Ni le baju yang aku gunakan untuk meredah hujan setiap petang.(kekadang pagi). Agak berpuas hati jugak la. Ride sejauh 35km dalam hujan lebat. Tak basah pun baju kat dalam. Agak ramai yang pakai baju Givi. Tapi aku pilih Racing Boy. Pasal harganya agak murah berbanding Givi. Qualiti lebih kurang sama je. Dah setahun aku gunakan baju ni. Beli masa musim hujan tahun lepas.



Tapi semalam, masa meredah hujan..akhirnya baju ni bocor jugak. Basah le sikit. Tak pe la...patut pun, dah setahun. Aku rasa nak beli satu lagi la.

9 comments:

Ijau D. Koceng said...

lain kali nak tegur awek tu kena ubah ayat "miau... baju ujan awak tu bocor kat ketiak la" kompom! mesti dia gabra check ketiak

*miau - gantinama yg aku guna utk awek yg aku xtau namanya ;) sblm berkenalan la

SkiD said...

Ijau...
Ooo itu macam ka?..maklum le dah lama tak ngayat awek!!

eddie dewanaga said...

lu tak salah pun, trying to be friendly, awek tu sombong tak bertempat...

speedrider said...

ami ARAI puny pulak bro. RM190.00. Baca review semuanya kata bagus

SkiD said...

eddie..
biasa la tu...kekadang kita cuma nak beramah mesra aje...mungkin tak kena waktu dan tempat kot!!

Speedrider...
Ooo ye ke?..nak try tengok lak nanti..

matakucing said...

ala biasa la awek tu..lawa ker??..tp givi tetap menjadi pilihan ramai, aku pon pakai givi. tp givi dah byk klon.

berteromber said...

x reti pasal baju hujan..pasal motor kat rumah pun dah naik lembik tayar pasal dah berbulan tak gerak..err..kalau pasal ngayat awek..skit2 skil lama tu masih ok...hahaha..

aku hujan ni tension baju sekolah anak aku tak kering jer...nasib minggu depan dah cuti sekolah...hehe

SkiD said...

matakucing...
Tak le lawa sangat...biasa2 je..
Givi klon tu tak tahan...harga pun murah..

Berteromber...
Tu la...musim hujan ni..baju jemur pun tak kering. Eh! anak ko dapat 5A UPSR kan? Nak beli hadiah apa?

deaf-angel said...

aloha fren, amacam.

cuaca tak tentu ler skarang ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...