Showing posts with label motor. Show all posts
Showing posts with label motor. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

Kuda Hitam

Dah 2 minggu dah aku pakai moto baru ni. Mileage pun dah 500km lebih. Maka dengan ini dengan dengan rasminya aku perkenalkan moto baru aku, SYM VTS200. Pernah tengok tak moto ni? Kalau area KL dan belah utara seperti Penang ke..banyak le orang pakai moto ni.. Tempat2 lain agak kurang le. Sebenarnya moto ni dari spesis scooter. Dah berada di pasaran Malaysia lebih 3 tahun dah. Berasal dari Taiwan. Taiwan?? Boleh dipercayai ke jenama ni? Tu la, selalunya orang kite ni, pandang pada jenama. Kalau moto, selain dari Yamaha ke, Honda ke..susah le sikit. Pada aku yang penting kualiti. Kalau tak, takkan Modenas tukar brand adik VTS ni jadi Elegan.

Setelah memandu uji selama lebih kurang 2 minggu, keputusannya setakat ni memang bagus. Aku pun agak berani bawak laju kerana moto ni besar dan berat. Tak melayang macam kapcai. Cuma masaalah nak cilok celah kerata. Pasal body dia lebar dan besar, tak boleh le nak buat macam kapcai. Pada mulanya agak kekok jugak nak bawak moto ni. Lama2 dah ok le, tak dapat pakai superbike, pakai superscooter dah le..rasa macam bawak easyrider pun ada. Paling best tempat letak barangnya yang luas. Senang nak bawak barang. Helmat pun boleh simpan bawah tempat duduk. Tak payah nak usung sana sini. Aku siap pasang 'tong ikan' kat belakang. Lagi banyak boleh simpan barang.

Kepada yang berminat nak pakai scooter besar, aku memang rekomen moto ni. Kalau nak lagi best, angkat yang 250i..lagi power!! Harga pun power jugak... Akhir kata, kalau pegi tempat2 yang tak de moto ni, orang akan pandang... Biasala..SYM...Saya Yang Macho...hahahahaha!!

Friday, October 01, 2010

Hanya Sampai Disini.

Hari ni maka dengan rasminya tamat lah sudah khidmat moto LC aku. Esok dia akan bertukar tangan kepada pemilik yang baru. Selama 2 tahun aku guna moto ni, agak puas hati. Terbaik dalam ketegori kapchai!! Banyak kenangan suka duka melenjan moto ni berulang alik pergi balik kerja. Antara yang paling trajis, baru 2 bulan pakai moto ni dah eksiden. Sampai 2 bulan aku tak boleh bengkok kaki. Tu antara kenangan pahit. Kenangan manis pun banyak... sampai tak tau nak cerita yang mana satu..dalam entry2 aku terdahulu dah banyak yang aku cerita.

Kenapa aku letgo moto ni...pasal gatal tangan nak tangkap moto lain le pulak... Aku dapat call tadi yang moto baru aku dah siap regester kat JPJ dah..dah boleh ambik petang ni. Tapi petang ni hujan le pulak. Maka sabar je la..esok baru aku ingat nak gi ambik.

Friday, November 20, 2009

Hujan


Aku bukan nak cerita pasal Band Hujan. Aku tak berapa tau pun. Nak cerita pasal musim hujan sekarang ni.. Sepanjang minggu ni buleh dikatakan aku balik kerja, pasti meredah hujan. Pagi petang hujan. Bagi rider yg macam aku ni.. terpaksa le meredah hujan. Aku nak cerita pasal aku, motor dan hujan. Ni cerita sampingan je ni. Tiap2 petang kalau aku balik kerja, selalu terserempak dengan ada satu awek ni naik motor Yamaha Ego. Kalau aku follow belakang dia, memang le pandangan aku terganggu!! Faham2 je la.. So selalu le aku kena memotong. Kekadang awek ni bawak agak laju jugak le. Payah nak memotong. Pada satu petang nan hujan renyai2 bahasa, maka aku berhenti le bawah jambatan untuk pakai baju hujan. Kalau tak sampai rumah habis lencun le. Kebetulan awek tu pun berhenti jugak. Aku yang konon2 nak peramah ni.. mula bertanya le..'Pakai baju hujan ke?'...Dia dgn selamba menjawab 'Tak nampak ke?..takkan nak pakai swim suit pulak?'. Aduhai..terkena aku sebiji dalam sejuk2 hujan ni. Maka dengan selambanya, siap pakai baju kebal kalis hujan, aku terus blah...
Kesimpulannya...masa hujan2 ni tak payah le tegur2 awek..huhuhuhu! Sedar le diri, awak tu dah tua. Agak ego jugak rider Yamaha Ego ni...patut pun.



Seterusnya nak cerita pasal baju kebal kalis hujan aku ni. Ni le baju yang aku gunakan untuk meredah hujan setiap petang.(kekadang pagi). Agak berpuas hati jugak la. Ride sejauh 35km dalam hujan lebat. Tak basah pun baju kat dalam. Agak ramai yang pakai baju Givi. Tapi aku pilih Racing Boy. Pasal harganya agak murah berbanding Givi. Qualiti lebih kurang sama je. Dah setahun aku gunakan baju ni. Beli masa musim hujan tahun lepas.



Tapi semalam, masa meredah hujan..akhirnya baju ni bocor jugak. Basah le sikit. Tak pe la...patut pun, dah setahun. Aku rasa nak beli satu lagi la.

Friday, September 04, 2009

Aduhai Kotak Givi Ku....

Sebenarnya aku baru je pasang kotak kat motor aku. Senang le sikit nak bawak baju kebal kalis hujan aku. Maklumlah petang2 musim ni...selalu hujan. Kotak ni pun dapat free je. Masa balik JB minggu lepas aku tengok2 dalam stor rumah bapak aku...eh ada kotak Givi pulak. Bapak aku dah tak pakai, so aku pun mintak je laa. Sebelum ni malas nak pasang...pasal tak balance le kalau nak merempit. Tapi sekarang ni, kira keperluan le, kan senang nak bawak barang. Peduli apa kekawan kutuk kata motor orang tua.. Dah tu, aku pun bukan muda sangat pun lagi...huhuhu..
Nak dijadikan cerita...kejadian ni berlaku pagi semalam. Tengah aku sedap2 merempit..tetiba kotak Givi aku buleh tertanggal dari racknya.... berdentum jatuh ke jalan...adus.. nasib baik masih kat jalan dalam lagi. Belum sampai jalan utama lagi...kalau tak dah tentu kotak aku hancur berkecai disapu kereta... Bayangkan le masa tu, aku berhenti tepi jalan mengutip kotak aku kat tengah jalan. Nasib baik kereta tak banyak. Mat2 motor yg lalu semua senyum kambing je kat aku...hehehe..nasib baik tak de yg kenal. Kalau tak abis aku kena kutuk!!!
Camana buleh tanggal?...tu le aku ingat dah lock betul2. Rupanya, tak masuk betul2. Nasib baik Kotak GiVi...kalau cap ayam, lama dah berkecai...hehehe..
**********************************************************************************

Ingat nak rebiu Air Katira untuk Takilala...tapi masa balik JB hari tu terlupa la nak ambik gambo. Rebiu tanpa gambo tak gempak le.. Kat KL setakat ni, tak terjumpa lak air Katira ni..aku balik JB je ada air ni...tu pun kat bazar Ramadhan. Suruh Berteromber je la rebiu...Katira Ulu Tiram Pressing!!!

Friday, June 19, 2009

Yang Mana Satu...Idaman Kalbu...

Kedai Welly Batu Caves

Hari ni aku lalu depan kedai Welly, pasal nak tegangkan rantai 'superbike' aku...hehehe...superbike??? Aku pegi belakang kedai Welly, motor aku tak layak servis kat sini. Buat gelak dek orang je...Aku nampak banyak le model2 baru yg sampai. Peh! pening nak pilih. Tapi apa pun aku memang minat model ZX-6R. Dah follow dari tahun 2006 lagi model ni...tiap2 tahun berubah. Dari ekzos kat bawah, sampai naik bawah tempat duduk...pas tu turun bawah balik. Model 2009 ni nampak lebih sporty!!



Ni le ZX-6R model 2009

Tapi apakan daya..setakat hari ni aku hanya mampu berangan je. Modal tak cukup untuk aku sambar satu. Aku minat dgn superbike ni dah lama dah. Dari era 80an lagi. Dulu aku cukup giler dgn Yamaha YPVS. Mat motor panggil Y-pang!! Kalau kepada yg tak tau...motor ni le yg Zek pakai masa ngorat Azura dulu..Dlm filem Azura laa..! Tapi pada masa tu..aku pakai RX-s je...dapat convert jadi RX-Z pun dah berbaloi. Dulu org tak panggil mat rempit. Pasal kite org tak le seganas mat rempit sekarang ni. Dulu kitaorang cuma lepak2 kat DayaBumi je...Paling2 nakal pun wheelie depan Pejabat Pos Besar tu je..pas tu lap kat roundabout depan tu...tengok cecah telinga tak masa peng tu! Lagi satu pot kat Dataran...pas tu konvoi ke Doraisamy...makan nasi lemak malam minggu. Tapi tu semua dah tinggal kenangan je. Teringin rasa nak balik zaman tu... Best oii...
Berbalik citer superbike yg aku minat giler ni.. Ingatkan bila dah habis hutang kereta, buleh le kumpul2 sikit duit buat downpayment. Hampeh...tah kemana habis duit aku. Lagi pun wife aku tak berapa kasi le aku pakai superbike ni..yg terutamanya pasal nak berhutang tu.. Abis tu nak beli cash, mana mampu...hehehe! So.. mimpi je la aku. Mana le tau ada rezeki tersepak. Jalan2 tersepak duit seguni ke... buleh le aku sambar ZX-6R idaman kalbu ni...

Exhausts Yoshimura...
Tiap2 hari lalu depan Welly...asyik jeling2 je...jeling2 manja lak tu...melihatkan idaman kalbu ku kat dalam showroom tu...Bukan jeling kat awek salegirl tu, jeling kat motor la...hahaha! Kalau dapat, first sekali akan ku tukar ekzos mu...pakai Yoshimura..baru bederum bergegar jalan..
hehehe!..syok berangan ni..pasal tak kena duit. Tapi tak pe la...Sabau ye Skid..nanti ada rezeki ada laa... Sebelum tiba waku itu.. bawak LC aku sekarang ni pun rasa macam superbike dah!


Awek pun buleh pakai superbike..kenapa aku tidak?..ZX-6R model 2008



Thursday, March 12, 2009

Motor oh Motor

Hari ni genap 2 minggu aku menunggang semula motosikal ke tempat kerja. Minggu ni aku rasa dah berani sikit dah..walaupun cuak jugak bila lalu kat simpang. Lebih2 kalau ada keta menjenguk keluar. Phobia oiii... Kenapa cam tu? Sebenarnya semuanya terjadi pada 6/1/2009 hari rabu, kira2 kul 8.10 pagi, waktu aku tengah berkejar ke tempat kerja. Cuaca cantik pagi tu, aku agak laju gak, pasal dah lewat nak sampai opis. Tiba kat satu simpang kat Sg Choh menghala ke Rawang, sebuah Kenari yg dipandu Amoi cun (cun ke?)..yg dah elok2 berhenti sebelum masuk simpang, tiba2 mengubah fikiran, terus meluru masuk, aku dgn kelajuan yg tak berapa laju dan tak berapa perlahan, apa lagi..terus menuju tepat ke kereta amoi tu...Adoiiii..yg aku ingat dah ramai mat2 motor yg berhenti tolong aku kat situ. Alhamdulillah! aku tak cedera teruk, tak de patah2..tak de luka2 teruk, cuma lutut aku je yg terhantuk kuat kat body Kenari tu..ada le luka kat lutut tu. First yg aku ingat, aku tanya kat bro yg tolong angkat aku tu, "moto aku camana bro?" Mamat tu pun marah aku, dia kata seattle pasal aku dulu, baru kira pasal motor..Ha ha ha...moto baru tu bang!!..sayang oiii, baru pakai 3 bulan. Dipendekan cerita. Amoi tu setuju nak bayo segala belanja klinik, dan belanja repair moto aku..haa elok le tu.

Ni bukan motor aku, tapi menjadi idaman aku. Hari2 lalu kat Welly asyik jeling je...


Cerita pasal aku dulu, pas tu baru citer moto. Aku tak leh kerja selama 5 hari, tak leh nak jalan, lutut tak leh nak bengkok. bayang le camana nak masuk tandas. Nasib baik la ni dah ada tandas duduk...kalau dulu2..alahai teruk le. Pas tu 2 bulan baru kaki aku buleh bengkok seperti biasa. Tu pun lepas bapak aku urut. (Masa aku balik JB hantar Kancil aku). Alhamdulillah, sekarang aku dah buleh bawak moto aku semula.


Ni le Yamaha 135 LC aku sebelum eksiden.

Pasal motor aku pulak. Aku agak kecewa le jugak. Maklum la moto baru..tetiba eksiden. Abis bengkok fork depan. Cover depan semua pecah. walau pun dah repair, tak sesedap dulu lagi... Memula dah tak de semangat nak tengok moto tu dah. Tapi lama2 sayang oi beli memahal, tapi tak pakai. akhirnya aku pakai jugak le. So sekarang aku dah bawak motor ke opis semula. Cuma aku agak lebih berhati2 le sekarang. Kurang le sikit merempit, kalau jalan lurus setakat 120km/j je la...(ikut kelajuan meter LC) he he he!!

Ni motor aku setelah direpair selepas eksiden.

Pas ni adakah aku akan terus bawak motor ke opis? Walaupun dah ada Kancil Turbo? Ha ha ha...
dah sedap le bawak motor, tak de jem. Dulu bawak motor pasal minyak mahal. Tapi bila minyak dah murah, tetap syok bawak motor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...