Sunday, December 20, 2009

The Real Thing.


Sebenarnya aku menyelongkar kotak2 lama aku. Nak cari keset Skid Row. Entah mana hilangnya. Tapi terjumpa keset ni. Kotak dah tak de. tinggal keset togel aje.

Faith No More album The real thing. Satu-satunya album yang aku layan dari Faith No More. Album keluaran 1989. Memang tahun2 aku tengah kemaruk Heavy Metal. Apa je yang best kata Tommy(tokey keset kat Pertama) aku memang sambar. Memang banyak koleksi keset aku datang dari kedai Tommy kat Pertama Complex. Kebetulan ketika tu aku berkerja kat Medan Mara, sebelah aje. Memang kedai Tommy ni tempat aku lepak2 la.
Mungkin otai2 rock tau le kedai ni.
Apahal cerita kedai keset le pulak...Kembali kepada tajuk. Faith No More ni aku kenal terus ke album ni. Sebenarnya ada 2 album studio sebelum ni. Tak berapa nak layan. Tapi album The Real Thing ni masuk pulak kepala aku. Tu pun gara2 lagu Epic. Memang killer song dalam album ni.
Lepas album ni..aku layan gak Angel Dust. Tapi kurang membuat aku terpegun. Dan album seterusnya aku dah tak layan.
Kepada sesiapa yang tak pernah dengar...boleh le cuba...
Mula dengan lagu ni...Epic!!

7 comments:

Takilala said...

yup, pertama kompleks + kedai tommy ..huhuhu.. (Victoria ke apa nama..lupa dah, skrg dia dah buka dua lot kedai kat PC tu + branch kat Shah Alam). Album FNM ni aku minat lagu Epic tu gak. Best.

SkiD said...

Takilala...
Yaa...Victoria Music, nama kedai tu.. Lama beno aku tak jenguk.

Jemz said...

albem FNM pertama bg gua ialah..king for a day..., layan abesss..

lagu epic ni plak, gua carik sebab byk magazine ckp lagu first genre rap+rock..so..kena la dgr..

berteromber said...

FNM??..2 album je yg aku betul2 layan...Real Thing dan Angel Dust...lepas Big Jim Martin blah...aku pun tawar hati dah...

Abang Ben said...

Skid... ni list cd nak jual

http://krenmaut.blogspot.com/2009/08/cd-untuk-dijual-mari-mari.html

[S]itie [B]Um [B]Um said...

=)

deaf_angel said...

fnm

aku suka epic tu sambung ngan pump up the jam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...