Wednesday, August 08, 2012

Salam Ramadhan


Dah lama sangat aku tak jengah blog aku ni... tengok format untuk menulis pun dah lain. Nak insert gambar pun aku terkial2. Apa2 pun aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Tak lama lagi dah nak abis puasa. Pas tu dah Raya.
Bulan puasa ni pun aku tetap sibuk dengan kerja2 semasa. Out station tu dah menjadi lumrah dah. Ni pun aku baru balik dari Sandakan Sabah. Mungkin minggu terakhir puasa ni aku nak relex sikit. Banyak benda pribadi nak buat. Pertama nak kejar payment2 yg tertunggak... nak raya apa... nak servis kereta aku utk balik kampung. Kesian kereta aku ni. Jadi tukun depan rumah. Jarang sangat pakai. Nak shopping pulak...nak gak beli baju raya. Emm apa lagi? cat rumah? tak payah laaa... malas, bukan raya kat rumah ni pun.
Yu je la nak cerita. Semoga ibadah puasa kita diterima...amin.

Saturday, February 25, 2012

Tunjuk Laut...Nak tunjuk jugak!

Tu le selepas tengok entry Bro Berteromber pasal Tanjung Leman, aku nak gak share pasal aku ada gak koleksi gambo2 sekitar jeti nak ke Pulau Sibu.
Ni laluan masuk dan keluar dari jeti...ada batu penghadang ombak...red flag tu maknanya ombak kuat dan tak boleh berenang!! Tapi bot tetap boleh turun laa...
Jalan masuk ke jeti...kawasan parking!! Ramai gak yg nak ke pulau rupanya, walaupun ombak kuat.
Batu dan laut...tiada pantai. Macam boleh buat tajuk lagu rock je...
KFC di kejauhan... untuk pengetahuan semua, gambo2 dirakam pakai hanpon je... malas nak pikul DSLR..lens berat sangat!!
errr yg ni bukan Tanjung Leman. Ni kat Tele, daerah Medan, Sumatera Utara. Berlatarbelakangkan Lake Toba dan Pulau Somasir.. Tinggi tempat ni, sejuk dan nyaman.
Gambo pakai hanpon gak!!

Wednesday, February 15, 2012

KUL-DENPASAR-DILI

Untung jugak jadi surveyor ni...puas berjalan. Boleh kata dah dekat seluruh semenanjung dah.
Kali ni langkah aku panjang sikit. Keluar dari Malaya ni... Tah apa ke nasib, dapat projek luar negara le pulak. Kemana? Timor Leste. Dulu dalam Indonesia, kemudian mintak merdeka...sekarang dah jadi negara sendiri. Tak de flight terus ke Dili (ibu negara Timor Leste) Jadi kena ke Bali dulu...pas tu baru ke Dili.

Lapangan terbang Ngurah Rai Denpasar Bali.
Kerana tak de flight terus sambung...kena bermalam kat Bali sekejap. Tak sempat nak ronda2 kat Bali. Pasal pagi2 lepas sarapan terus ke airport untuk ke Dili. Airport Dili ni kecik je. Puduraya lagi beso. Kelengkapan airportnya pun alah kadar je...
Pemandangan Bandar Dili
Projek aku bukan kat Dili. Tapi kat bandar belah pantai selatan bernama Suai. Jaraknya 180km dari Dili. Tapi....memakan masa hampir 7 jam!! kenapa? jalannya bergunung ganang dan rosak teruk. Macam main 4x4 kat sini. Hanya 4x4 aje yg boleh tiba ke Suai.
Lebuhraya Dili-Suai...bayangkan!!
Kerana dulu masa nak merdeka...kat sini ada perang!! ye perang!! maka ramai le polis dari UN. Polis dari Malaysia pun ada. Dari segi keselamatan...dah ok dah. Tak de masaalah. Kat sini ugama resmi dia Kristian. Nak makan susah le sikit. Bukan kerana tak de makanan halal. Tak de kedai makan langsung. Tak de R&R sepanjang jalan ke Suai. Nak kencing pancut je dalam gaung.
Satu-satunya masjid di Dili..kawasan ni ramai org Indon.
Mereka gunakan matawang Dollar Amerika. Aduhhh mahal sesangat. Kesian rakyat dia. Tak de kuasa membeli langsung. Banyak lagi aku nak cerita...tapi malas pulak nak mengatur ayat. So kepada sesiapa yg terbukak blog aku ni...layan aje le gambo2 yg aku tepek ni...
Tujuan utama datang kemari....jom skodeng!!
Ni landasan Airport Suai..dah tak guna pun, nak upgread.
Penuh dgn tahi lembu..dah macam safari pun ada!!
Pemandangan memang meruntun kalbu.
Panas pun boleh tahan.
Sekitar tempat projek aku.
Jom layan landscape
Jalan masuk Airport Suai yang tak sesuai.
Rumah penduduk kampung dekat sebelah Airport.
Yg aku tak tahan, parabola bersepah2...300 chanel tu...tak de bil bulan2 macam Astro!!
Pemandangan biasa bila aku berkerja. Ramai sangat peminat!!
Sungainya yg unik...besar tapi airnya alahai...
Rajin tul diaorang buat pagar dari pelepah Tar!!
Tu je le dulu...kalau aku rajin aku upload lagi. Dan sambung cerita lagi. Mungkin cerita sikit pasal Bali. Pasal balik tu aku sempat singgah dan merayau2 di Bali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...