Sebenarnya aku baru je pasang kotak kat motor aku. Senang le sikit nak bawak baju kebal kalis hujan aku. Maklumlah petang2 musim ni...selalu hujan. Kotak ni pun dapat free je. Masa balik JB minggu lepas aku tengok2 dalam stor rumah bapak aku...eh ada kotak Givi pulak. Bapak aku dah tak pakai, so aku pun mintak je laa. Sebelum ni malas nak pasang...pasal tak balance le kalau nak merempit. Tapi sekarang ni, kira keperluan le, kan senang nak bawak barang. Peduli apa kekawan kutuk kata motor orang tua.. Dah tu, aku pun bukan muda sangat pun lagi...huhuhu..
Nak dijadikan cerita...kejadian ni berlaku pagi semalam. Tengah aku sedap2 merempit..tetiba kotak Givi aku buleh tertanggal dari racknya.... berdentum jatuh ke jalan...adus.. nasib baik masih kat jalan dalam lagi. Belum sampai jalan utama lagi...kalau tak dah tentu kotak aku hancur berkecai disapu kereta... Bayangkan le masa tu, aku berhenti tepi jalan mengutip kotak aku kat tengah jalan. Nasib baik kereta tak banyak. Mat2 motor yg lalu semua senyum kambing je kat aku...hehehe..nasib baik tak de yg kenal. Kalau tak abis aku kena kutuk!!!
Camana buleh tanggal?...tu le aku ingat dah lock betul2. Rupanya, tak masuk betul2. Nasib baik Kotak GiVi...kalau cap ayam, lama dah berkecai...hehehe..
**********************************************************************************
Ingat nak rebiu Air Katira untuk Takilala...tapi masa balik JB hari tu terlupa la nak ambik gambo. Rebiu tanpa gambo tak gempak le.. Kat KL setakat ni, tak terjumpa lak air Katira ni..aku balik JB je ada air ni...tu pun kat bazar Ramadhan. Suruh Berteromber je la rebiu...Katira Ulu Tiram Pressing!!!
9 comments:
gua kalo drive moto ada kotak ni, rasa mcm bwk treler jek..rasa panjang jek moto tuh.
ye la, psl gua bukan pemandu motor yg tegar, sekali sekala jek bwk skang ni.
dulu time study, kotak2 ni brader2 yg keje spore yg pakai.
waa..balik jb jer mesti ada buah tangan angkut balik eh...huhuhu..
air kathira?..hmm..setiap kali nak berbuka dah tak teringat la nak ambik gambo2 ni semua..kepala dah set tunggu azan jer...hahaha..
senag nak bwk brg2 kalau naik moto..lg satu kalau jln jauh tpt kerja boleh isi pam tyr n spanar ker tiub ker..tak ler kena pow ngan runner tukar tiub huhuhu
dulu, ada juga budak2 yg jadik crew kathira abu bakar tu, diorang punya port kat Dahlia, lama tak jumpa.
famili diorang bawak fatboy, sportster... budak2 naik lori je pegi set-up meja kat pasar ramadan around...
fuh nasib tak kena org masa kotak givi tu jatuh .. kalau tak parah....
isk aku belum pernah rasa la air katira tu....
J...
Aku pun mula rasa cam tu gak..
Berteromber..
Biasa laa, faraid namanya..
Matakucing...
Aku gi kerja jauh. So memang sesuai....
Eddie...
Oooo camtu..
Jairo...
Tu le pasal...apa pun sedap air kathira kalau buat berbuka puasa..
ye la, masuk hari ni dah 15 hari puasa. Mana rebiu air katira ni? huhuhu. Aku mmg dah lupa rasa dia mcmana. huhuhu.
this year aku belum minum lagik air katira ni
nasib a tak kena cermin keta belakang huhuhu
Post a Comment