Tuesday, September 08, 2009

Pancit Lagi!!

Pagi ni, isteri aku nak pergi kerja...tetiba masuk rumah balik. 'Kereta Kancil pancit lagi...' Apahal laaa...pancit lagi. Nasib baik ada satu kereta lagi. 'Awak bawak le kereta satu lagi, takkan nak tukar tayar pepagi buta ni..' kata aku. Masa tu pukul 6.10 pagi...Baru mula puasa dah nak kena tukar tayar...adussss...
Sebenarnya ni kali kedua tayar kancil aku pancit (atau dipancitkan) dalam bulan Ramadhan ni.. yg pertama dulu, dua2 belah tayar belakang...lagi sengal..!! Kali ni sebelah kiri belakang je. Kejadian ni bukan yang ni je...Kesemuanya seingat aku dah 6 kali termasuk 2 kali bulan puasa ni. Bila aku pam tayar tu, tak de pulak bocor. Yang aku pelik dua2 tayar belakang je yg selalu kena. Sapa le yang mendajal ni. Ada sekali kejadian tu, isteri aku tak perasan tayar tu pancit. Maklum le pompuan dan lagi pun dia kuar kerja pepagi (6.10 pagi biasanya) mana nak perasan. Dah jalan jauh, nasib baik baru lebih kurang 5 km dari rumah..tayar pun pecah. Dia telepon pepagi tu, kena le aku gi tukar kereta, bawak kereta satu lagi hantar kat dia, Kancil aku tukar tayar spare dan bawak balik. Korang boleh bayang le tukar tayar dalam gelap kul 6.30 pagi, tepi jalan yg tak de lampu jalan. Bahaya tuuu!!
Pagi tadi pun 6.30 pagi tukar tayar. Nasib baik depan rumah. Kena tukar pagi ni jugak, kalau tak payah le nak hantar anak aku gi sekolah.

Ingat nak pakai tayar camni je...baru le tak buleh pancit

Yang aku muskil tu, sapa le punya angkara agak nya. Memang Kancil aku parking kat luar, pasal kat dalam dah penuh dengan kereta satu lagi dan motor aku. Rasa2 aku kena pasang CC TV jugak kalau camni...

9 comments:

Abang Ben said...

pasang jaga bro... baru la mafia sikit.

eddie dewanaga said...

ambil masa sikit, peratikan sapa yg rajin bikin keja ni, diorang ni kalau kita lepa je... siaplaa...

nanti dapat, lu pelangkong je diorang sorang-sorang...

Takilala said...

Sah dianiaya. pasang CCTV bro!! tak pun kasi jampi kat tayar tu, bila org tu nak buat je tgn melekat kat tayar. huhuhu.

berteromber said...

cuba tukar pulak..kasi kancil parking dalam..tengok bocor lagi tak..

SkiD said...

Abg Ben...
Pasang jaga?..pembantu rumah indon pun tak mampu...

Eddie...
Bulan puasa ni aku banyak bersabar...sabar sangat le ni...

Takilala...
Tu la, aku ingat nak santau je..huhuhu

Berteromber...
Biar tukar tayar kereta kecik..kalau yg beso, tak larat le aku..

J said...

ahh.. tadi rm500 bertukar tgn..
ekon rosak, ingat gas abih..cek punya cek..kompressor, tukar rekon punya..tuka filter..servis cooling coil..bla2...adehh..

tp skang dah sejuk mcm kt ofis la..huhu


skid,
gua ada disk blakang sepasang, lu mau? gua tolak murah2..

SkiD said...

J...
Berapa lu mau tolak? nak raya ni...banyak nak pakai duit. nanti lepas raya buleh citer...

J said...

skid,
tarak hal..
nanti citer..gua tolak murah dr harga pasaran la..

Portdy said...

sungguh jahat ini orang huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...