Showing posts with label fotografi. Show all posts
Showing posts with label fotografi. Show all posts

Monday, May 09, 2011

Titian Perjalanan - Merapu sesorang!!

Hari minggu semalam, aku menghantar mertua aku balik ke kampung setelah seminggu diaorang duduk kat rumah aku. Biasa le orang tua, bukan nak sangat duduk lelama kat rumah anak menantu ni. Jadi pagi semalam aku hantar le diaorang balik. Balik ke KL aku drive sesorang. So hanya aku, 'Bahagia' dan '60 Dewa' aje. Bermula le pengembaraan aku yg merapu.


Perjalanan tengahari panas. Nasib baik ekon 'Bahagia' aku tu ok. Tapi tak de tinted...bahang terasa jugak. Jalan kampung...biasa la lengang je.


Persinggahan pertama. Gua Kota Gelanggi. Pernah dengar tak? Aku pun baru sekali je masuk dalam gua ni. Tu pun masa hari majlis kawin aku dulu, dengan rombongan yang menghantar aku dulu. Masa tu boleh masuk free. Sekarang dah kena bayo dah.




Pemandangan batu gua Kota Gelanggi dari jauh. Aku tak masuk pun, pasal kena bayo. Aku teruskan perjalanan. Melalui Kg Pulau Tawar.


Singgah sebentar di Masjid Pulau Tawar. Ni masjid baru. Tapi tak de orang pun. Alahai.


Aku teruskan perjalanan menyusuri Jalan Pulau Tawar. Sunyinya....Tak de kereta yg lalu pun. Patut la lembu boleh buat pot kat tengah jalan. Bila lalu jalan ni, teringat le balik setahun yg lepas. Jalan ni le yg aku lalu ulang alik masa aku 'mengerjakan' Sg Pahang tahun lalu.


Dan aku singgah le kejap kat sini. Makam Mat Kilau. Kenal tak? Tak de kena mengena dengan M Daud Kilau. Mat Kilau ni pahlawan masa penjajah dulu. Nak tau lebih lanjut, bacalah sejarahnya.


Makam ni terletak ditepi jalan. Kawasan ni agak sunyi.....


Makam Mat Kilau nun jauh kat dalam tu. Sebenarnya kawasan ni adalah kawasan perkuburan untuk Kampung ni...apa nama kampungnya, aku pun lupa.


Zoom in dengan 60 Dewa yg dikawenkan dengan Sigma 18-250mm.


Seterusnya aku melalui Bukit Nikmat. dan terus ke Durian Hijau. Dan lalu kat sini. Gunung Senyum. Nampak dari kejauhan. Gunung Senyum ni tempat perkelahan. Ada air terjun.


Ni adalah jalan dari Durian Hijau menuju ke Rumpun Makmur. Macam lalu kat kebun bapak aku je rasanya.



'Bahagia' aku berehat sekejap berlatarbelakangkan Gunung Senyum. Selepas dari ni dah masuk ke Kuala Kerau. Jalan dah mula sibuk. Aku pun dah mula merempit. Maka berakhir la sesi merakam gambo. Setakat tu je la yg sempat aku rakamkan.

Monday, February 21, 2011

Jom Melawat Air Terjun.

Cuti hujung minggu lepas, aku melawat air terjun. Nak ambik gambo air terjun. Tak puas hati pasal tak dapat main slow shutter masa pegi Hutan Lipur Sg Pandan hari tu. Kali ni gi yang dekat aje. Hutan Lipur Sg Kancing...kat jalan Rawang-Selayang. Ingat nak ajak sifu2 sekali. Tapi semua yg taraf sifu ada progrem lain. So pegi le aku dengan yg taraf prabet2 je.. Berbekalkan tripod cap ayam A1...dan Cokin ND filter pinjam... maka aku pun hentam je ambik gambo...

Compo tah kemana...exposure tah kemana...ni le hasilnya.. memandangkan filter pun pinjam, maka tak de le braket untuk filter yg saiz dengan lens aku...maka filter pun pegang dengan tangan je... Aduhhh...hentam je la.. kira perasan jadi je laaa... padahal hancusss!!

Maka moral of the story...lain kali ajak le sifu, baru buleh menuntut ilmu...tak le bawak ilmu sesat.
Komen sifu: "ko nak ambik shot apa? panorama hutan berair terjun ke, air terjun je?"
Kedua...jangan pakai tripod cap ayam A1... cari cap ayam belanda....hahahaha!!
Tak pe-tak pe....pas ni aku repeat balik!!

Thursday, February 10, 2011

Cuti-cuti Malaysia

Sambung lagi pasal cuti aku di Kuantan masa cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Sebelum ke rumah pengantin (entry lepas) aku sempat jugak singgah ke Air Terjun Sg Pandan. Kalau tak tau...dia juga dikenali dengan Air Terjun Sg Pancing, pasal lalu dari jalan Felda Sg Pancing. Jauh jugak le masuk kedalam. Kalau hari cuti ni kena bayar le. RM 2 untuk seorang dewasa. Kalau reramai parah jugak le nak bayo.
Hajat aku ke sini bukan nak mandi pun. Pasal tak bawak pun baju untuk mandi. Semuanya anak beranak aku dah pakai baju cantik2 nak gi kenduri kawen. Yang utamanya nak ambik gambo tempat ni..Tapi apa nak buat...anak aku yang kecik buat perangai...kena le aku dukung dia. Camana nak jadi photographer..kalau kena kelek anak. Dapat jugak le sikit2 shoot.

Tapi kawasan ni memang menarik laa... Masa aku bertugas kat Pahang tahun lepas sempat jugak le aku kesini. Hari biasa tak kena bayar. Kalau bawak keluarga untuk berkelah memang best la. Ada tempat untuk parking kereta. Tak payah parking sepah2 tepi jalan.

Aku kat sini pun tak lama...tak sampai sejam pun agaknya. Pasal dah nak pegi rumah pengantin.
Seterusnya petang tu aku ke Kemaman. Tapi tak de benda yg menarik untuk dicerita.

Anak-anak semasa berhenti solat Asar di Masjid Kemaman.

Saturday, January 29, 2011

Sepetang Bermain Layang-layang

Cuti hujung minggu biasanya aku bawak anak aku yang kecik berjalan2. Boring jugak asyik lepak kat rumah je. Sekarang ni memang setiap petang hari minggu memang aku kena ke Sg Pusu Gombak. Dua minggu sekali kena hantar anak aku yg sulung balik ke Asrama dia kat Gombak. Kalau minggu yg dia tak balik, kena le pulak melawat dia kat asrama. Balik dari situ aku biasanya singgah kat Taman Metropolitan Kepong. Terkenal sebagai tempat orang main layang-layang. Biasanya petang minggu memang sesak. Nak parking pun payah.

Anak aku yg kecik suka le dapat main kat playground kat situ. Aku layan main lelayang je laa. Dan seperti biasa, mengasah lensa kamera aku laa.. Aku memang suka street candid ni.. Tapi jarang le dapat konsentret. Asyik kena jaga anak je..camana?? Banyak le moment2 menarik yg aku terlepas. Layan le 2,3 keping gambo aku ni...malas nak upload bebanyak.


Wednesday, January 26, 2011

Post Pertama Tahun Ni


Aduiii...lama beno aku tak jengah blog aku ni...bukan bersawang lagi, dah nak runtuh dah!! Alasanya, sibuk dan yg utamanya malas. Bukan tak ada idea nak bercerita, bahan2 yg nak dibuat rencah pun banyak. Tapi malas yang menghalang segalanya. Agaknya aku update ni pun dah tak de dah orang nak baca...hahahaha!!
Semenjak dua menjak ni aku makin aktif berfotografi. Walaupun hasilnya tak de le kelas mana pun.
Kira sekarang ni tengah jadi hobi utama le ni. Macam masa aku tengah demam Mountain Bike dulu juga le. Pegi mana pun jarang tinggal kamera. Walaupun agak payah nak bawak pasal berat dan beso gedabak. Kira jadi amatur fotog yg tegar dah ni... so aku tepek le sekeping dua hasil dari aku panjat Gunung Nuang Hulu Langat. Panjat gunung ni pun kerana kerja. Kira macam sambil menyelam, kembung perut le...(terlebih minum air).

Saturday, May 08, 2010

Rumah Tinggal.....

Minggu ni aku masih lagi menyusuri Sg Pahang. Dari pekan, sampai ke kampung...last2 dah masuk hutan. Line hanpon pun tak de. Pada yang menanti aku rebiu album2 new wave 80an, sori guys!! aku belum ada masa lagi. Nanti le lepas kerja aku kat sungai ni selesai... aku rebiu satu persatu...
Kali ni aku nak cerita bukan pasal sungai. Tapi rumah2 yang ditinggalkan sepanjang Sg Pahang ni. Banyak betul rumah2 yang ditinggalkan kosong. Tak tau le kerana apa. Mungkin tuannya berpindah. Contohnya macam rumah yg aku tinggal ni. Ataupun tuannya dah meninggal...dan warisnya tak duduk kat sini. Maklumlah, orang muda biasanya lebih selesa tinggal kat bandar.

Macam2 design ada. Ada yg tradisional betul. Tapi sayang..bila dah tak de orang duduk, biasanya rumah akan cepat usang. Dan seterusnya runtuh. Boleh kata dalam tiap2 kampung yang aku lalu dari Paloh Hinai, sampai ke Cenor, pasti ada rumah2 yang ditinggalkan kosong.

Kalau kat bandar, tentu dah jadi sarang penaggih. Tapi kat sini...emmm sarang apa ek??..
Kalau malam tentu seram ni...hehehehe!! kalau nak jadi pendekar bujang lapuk...boleh le bertapa kat rumah ni.... Cobaaannnn!!!

Antara rumah2 yang sempat aku tangkap gambo...tak leh lama2. Nyamok banyak oiii..berapa tin ridsert dah aku sembor... tetap kena serang jugak.

Kalau berani, boleh le mintak nombor ekor malam2 ni. Hehehehe!!

Yang ni dah dimakan hutan. Kalau dulu2 tentu cantik rumah ni..menghadap ke sungai tu.

Mana le perginya tuan rumah ni...

Yang ni pun tak sempat siap....terbengkalai....!! Kena mintak bantuan dgn BN nak siapkan ni...

Ok kembali kepada sungai. Antara pemandangan yang aku lalui.

Aktiviti petang selepas penat meredah hutan dan sungai. Meriah jugak kalau semua team dah balik. Kampung yg sunyi sepi jadi haru biru...

Saturday, April 10, 2010

HDR-Satu Percubaan.

HDR...apa tu HDR...HDR singkatan High Dynamic Range Imaging. Ia adalah cara memproses gambar. Pada yang baru kenal dunia photography...cam aku laa.. memang gila dan teruja sangat dgn HDR ni. Kagum sungguh dengan gambo2 yang dihasilkan dalam bentuk HDR ni. Mula la nak belajar camana nak buat. Aku tak pandai nak jelaskan cara lebih terperinci...takut silap cerita. Karang marah pulak otai2 photographer. Nak tau lebih lanjut, boleh baca sendiri kat Wiki ni...Aku cuma boleh cerita sikit2 je la apa yg aku tau. Kenapa kita nak buat proses HDR ni..., paling senang jawab ialah...seni!! Bila dah jawab seni, tak boleh nak kata apa laa...Kalau banyak soal jawab karang...marah pulak orang2 seni ni. Mengikut jawapan yang tok guru aku citer..(kalau sesat dia, maka sesat jugak le aku), terjadinya proses HDR ni, kerana nak menyerlahkan
semua detail dalam satu gambo. Contohnya laa...kalau kita ambik gambo pemandangan, ada langit dan ada tanah. Agak susah nak balance cahaya langit dan bumi.(macam lagu Search le pulak). Kalau tanah terang, langit akan terlalu cerah...tak nampak detail. Begitu jugak, kalau langit agak detail dan sederhana terang, tanah pulak terlalu gelap. Secanggih mana pun kamera, tak dapat nak expose kedua2nya sekata. Maka terjadilah proses HDR ni..Ada macam2 cara nak buat HDR ni. Mengikut cara yang betul (mengikut kata tok guru aku la) kena ada 2 peringkat. Pertama...kamera yang boleh buat pelbagai esposure. Kedua.. kena ada software memproses.
Dan yang penting sekali..tukang buat tu..mesti tau apa yang dia buat. Kita perlukan sekurang-kurangnya 3 keping gambar dengan 3 jenis exposure yang berlainan. Lagi banyak....lagi bagus. Macam mana nak ambik gambo ni?.. Kalau aku cerita semuanya...panjang sangat pulak. Kita singkatkan kepada memproses. Banyak software dalam pasaran yang mampu proses HDR ni. Untuk aku, aku gunakan Photomatix dan Adobe Photoshop CS4. Mula2 cantumkan ketiga2 gambar tu dgn Photomatix. Buat ton mapping. Pas tu edit sesedap rasa dalam Photoshop. Ta..Daaaa...jadi dah!! macam senang je..ye tak?..memang senang pun..hehehe!! Yang susahnya, kalau orang tak nak ajar kita...kedekut ilmu...tu yang susah! Pada aku laa.. HDR ni sesuai untuk gambar2 pemandangan. Tak sesuai untuk potrait. Karang jadi lebam2 le pulak muka orang dalam gambo tu. Boleh tengok contoh2 gambo HDR kat Flickr.

Ni le hasil2 yang aku buat. Modelnya moto LC aku la...


Tak tau le ok ke tak...tapi tu le hasil2 HDR aku...

Yang ni pun aku 'HDR'kan jugak...hehehe!! sebenarnya aku nak rebiu CD ni...nanti le lepas ni...

Wednesday, March 31, 2010

F1 di KLCC

Musim F1 datang lagi... kali ni Sepang jadi persinggahan ke 3 musim ni. Dengan peraturan baru, 3 team baru.. kepada peminat2 F1, dah tentulah tertunggu acara ni pada tahun ni. Lebih2 lagi Micheal Schumacher kembali beraksi. Kali ni Petronas selaku pengganjur dan penaja, telah menaja sebuah pasukan baru. Mercedes GP Petronas. Kali ni aku memang langsung tak de dapat tiket free. Tak de la harapan aku nak ke Sepang. Nak beli tiket, emmm mahal tu. Yang murah, duduk atas rumput je.


Nak jugak tengok!! so Petronas pun buat acara Karnival F1 di KLCC. Yang ni free. Dapat tengok dekat2 kereta F1. Bukan replika macam kat dalam shopping Complex tu. Maka aku pun tak lepaskan peluang le. Walaupun hanya team Mercedes GP aje yang ada. Ok le tu...

Kalau tahun2 sebelum ni Petronas taja team BMW Sauber. Tapi kali ni baru dapat tengok Schumacher bawak kereta F1 atas jalan raya depan mata. Masa dia kat Ferarri dulu mana ada. Tengok kat Sepang pun, nampak dari jauh je...

So ni le dia gambar2 yang sempat aku ambik...berpuluh2 lagi yg tak jadi..hahahaha! Walaupun hujan turun renyai2 petang ni...orang tetap ramai. Yang baru keluar opis pun pergi tengok.

Nico Rosberg. Lajunya... hujan2 ni..takut terbabas je..

Nico...tak cukup ruang nak berpusing..

Safety Car pun ada...

Micheal Schumacher buat driff...

Schumacher buat driff lagi...

Kereta F1 dari belakang..lampu merah tu dipasang waktu hujan.

Lajunya menuju ke arah aku...licin jalan tu....suspen aku!!

Schumacher membuat pusingan terakhir...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...