Monday, August 17, 2009

In a Big Country

Aku nak sambung siri Album pilihan aku. Kali ni aku nak ketengahkan satu lagi album the best of. Yang ni tak heavy metal. Tapi masih dalam ketegori rock. Big Country. tentu ramai yg tak kenal. So kena le aku kenalkan. Band ni berasal dari Scotland. Mula muncul pada awal2 80an. Dengan 4 orang anggota, Stuart Adamson, Tony Butler, Bruce Watson dan Mark Brzezicki. Apa keistemewaannya?... Pada aku terletak pada bunyi gitar Stuart Adamson...yg bunyi macam 'bagpipes'...memang lain dari yg lain. Muzik ala2 celtic.. memang menyerlahkan 'scotland highlander'.
Aku teruja dgn Big Country ni seawal tahun 1983 lagi. Bila aku dengar lagu2 macam In a big country dan Fields of Fire. Teringin sangat nak dapatkan album dia 'The Crossing' (album pertama). Pada masa tu susah sangat nak dapat full album ni. Apache pun tak main lagu2 cam ni. So tak de le dalam pasaran. Sampai tahun 1990 baru le aku terjumpa album2 Big Country ni dalam pasaran. Tapi pada masa tu album2 yg aku minat (The Crossing-1983 dan Steeltown-1984) dah ketinggalan zaman. Dan muzik Big Country pada tahun 90an dah tak sama macam masa dulu2. Mungkin diaorang dah kering idea. Aku buleh layan setakat album Seer(1986) aje. Yang selepas tu dah rasa tak ori le pulak. dah tak de rasa Big Country dah.

Kalau tak silap aku tahun 2000 Big Country ni ada buat konsert kat KL. Cuma ketika tu aku tengah tak tangkap pot. Lepas tu tahun 2001 Stuart Adamson mati bunuh diri. Begitulah berakhirnya riwayat Big Country ni.

So layan le lagu Fields of Fire ni Live tahun 1983



7 comments:

Portdy said...

satu introduction yg bagus ni bro...

kena cek it out

eddie dewanaga said...

eh, sedap siot lagu ni...

padang berapi.

tapi style dia bikin gua gigil nak demam ah.

berteromber said...

Aku suka gitar work dia..best!

Lagu2 dorang yg aku suka - "Fields of Fire","In a Big Country","Look Away" dan "The Teacher"

teringat zaman awal 80an ni selain Big Country..lain2 yg syok layan pasal ada touching rock adalah Rick Springfield,Bryan Adam dan Mr. Mister..

Takilala said...

lagu yg aku ingat dia punya korus je..in a big country.. best lagu ni. huhuhu. zaman rancangan "top of the pops"..huhuu.

matakucing said...

lagu dia ada pengaruh awal punk cam The Clash, rockability cam The Stray Cats..cam new wave punk pon ada..tp ttp layan muzik dia. tq kenalkan band ni.

deaf_angel said...

huhu...sama taste haha..

In a big country tu 80s kot..

dah lupa dah tahun bila tapi tu jam first time aku dengar lagu ni, best giler.

sampai sekarang, aku masih minat giler lagu ni

Faizal and Anna said...

Yup! Big Country pernah turun buat konsert Rentak Asia di Bukit Jalil pada tahun 2000. I was there.. good performance. (One of my reason to go for the concert selain G3, Sugar Ray & Derek Trucks Band). Nyanyian Emmet Butterfingers pun memang banyak ter"influence" gaya Stuart Adamson.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...