Wednesday, September 16, 2009

Raya Dah Dekat...

Cepatnya rasa Ramadhan hampir berlalu. Tup-tup dah minggu terakhir puasa. Tinggal beberapa hari je lagi nak raya. Surau2 pun dah mula kosong. Dulu ada 8 saf, ni dah tinggal 3 je.. Patutnya kita makin kuat ibadah 10 hari atau malam yang terakhir ni. Kan kat situ dijanjikan Lailatul Qadar. Habis nak wat camana...rasa nak beraya lagi kuat. Hari ni bebudak opis aku menghias dinding opis dgn kad raya. Terasa le suasana nak raya... Opis sebelah aku(MTD) kata tol free nak ke pantai timur. Malam tadi conform kat berita TV. Memang free jumaat ni. tapi dari 12 malam sampai 5 pagi je..macam tak ikhlas je nak bagi. Kalau nak bagi free..bagi le siang-siang. Plus pulak bagi potongan 20%. Pun waktu malam jugak. Nama pun Plus(campur)...takkan tolak pulak. begitulah.....
Opis aku mula cuti Jumaat ni. Seminggu. Memang disuruh cuti seminggu. Ambik cuti masing2. Pasal kalau datang pun hari rabu ke, khamis minggu depan ke.. tak wat kerja gak. Mood raya le katakan. Buat banyakkan karan opis je. Bos bab jimat2 ni memang suka. So daripada ngabiskan karan, baik cuti seminggu.
Aku pun Insyaallah, akan pulang ke kampung Jumaat ni..jalan dah tentu jem. Kereta dah ready, Smart tac dah top-up. alahhh redah je laaa...

7 comments:

matakucing said...

selamat pulang beraya..semoga gembira balik kg

eddie dewanaga said...

berhati-hati ketika memandu, bro...


selamat hari raya, maaf zahir batin.

Takilala said...

bikin gua teringat lagu iklan raya EON nyanyian Jamal Abdillah dan Raja Ema..huhuhu. Selamat pulang beraya beb.

berteromber said...

balik kampung..hohoho..balik kampung..

selamat bercuti raya.

deaf-angel said...

fren, aku nak ucap kat ko dan famili, selamat menyambut hari raya. Stay happy and healthy.

Portdy said...

salam lebaran bro

maaf zahir batin

ROKATUA said...

Selamat HAri Raya Aidilfitri, beb.

Senang-senang singgah ah rumah. Kitakan berjiran (tapi, jauh). LOL.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...