Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, August 04, 2013

Dari Ramadhan ke Ramadhan.

Lamanya tak jenguk blog using aku ni....sampai terlupa keujudannya... Last update puasa tahun lepas. Ni dah puasa lagi. Dah nak raya pun. Apa2 pun aku ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa. Dan juga Selamat Hari Raya untuk member2 yg masih ingat aku. Sekian Wassalam!!

Monday, September 06, 2010

Akhirnya...Ramadhan Dah Nak Abis...

Diam tak diam... dah masuk minggu terakhir dah kita berpuasa. Cepat sangat masa berlalu aku rasa. Agak sibuk kerja aku sepanjang Ramadhan ni..!! Nak update blog pun tak sempat. Maklum le dah lama tak melepak depan pc kat opis. Asyik keluar meredah hutan dan bukit. Hari ni hari last aku berkerja sebelum aku cuti panjang sempena Hari Raya. So aku malas nak buat kerja luar. Hari ni aku nak lepak abis2 kat opis je. Tunggu time balik..hehehe!!
Kalau tak de apa aral melintang..esok aku akan berangkat pulang ke JB. Aku tak de buat persiapan apa2 pun. Emmm kereta ok kot. Tak servis pun. Maklum la, lama dah tak jalan. Tu yg malas nak beli kereta baru tu...yg ada pun tak pakai.
Mengimbau kembali kenangan lalu. Masa aku bujang2 dulu, teruja sangat bila nak balik kampung time raya ni. Tiket bas awal2 dah beli...tu jam aku kerja kat Medan Mara, tiket bas kat bawah tu je..siap dah tempah awal2 kat awek kaunter tu. Lagi nak naikkan semangat balik kampung..malam2 terakhir dah dekat nak raya..aku dgn sepupu aku sanggup lepak2 kat Puduraya..tengok orang balik kampung. Patutnya malam2 terakhir tu lepak kat surau!! Ish! ish!
Tapi bila dah tua ni..(tua?).. dah tak de rasa apa2 sangat pun. Tak de pun rasa nak gaduh dgn bini nak balik kampung mana.. Siap aku terlupa pulak yg tahun ni giliran aku balik JB. Kalau bini aku kata, tahun ni balik Pahang pun, aku ingat aku kata ya aje.
Sebenarnya tiap2 tahun aku balik ke dua2 negeri ni...cuma yg mana dulu aje. Tu le rutinnya tiap2 tahun selagi ayahbonda masih ada.
Setakat ni je la aku nak merapu kali ni... Kalau rajin aku update lagi esok lusa... emmm nak cerita pasal gajet yg dibawa balik ke kampung. Gajet apa ye?...handphone baru?..ipod baru..netbook baru?.. apa ye?...tunggu....

Friday, August 13, 2010

Dah pun Ramadhan...

Akhirnya bertemu juga aku dengan bulan Ramadhan tahun ni...Alhamdullilah!!
Lama dah tak update blog aku ni...bukan tak de bahan nak cerita..masa yg tak berapa mengizinkan aku duduk lama2 tercongok depan PC. Dah sebulan rasanya aku tak jenguk blog aku sendiri, apatah lagi blog kekawan. Apa2 hal pun aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa pada semua kekawan.

Monday, September 07, 2009

Renungan Ketika Berbuka Puasa.

Kenapalah bulan puasa ni aku malas nak menulis...Dah lebih setengah bulan Ramadhan kita harungi...Hari ni negeriku cuti Nuzul Quraan. Duk rumah tak buat apa pagi ni, so baca e-mail...aku tertarik pada 1 e-mail yg dihantar oleh seorang sahabat. Begini ceritanya:-

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
“Mana emak? “
“Mak pergi menoreh,” jawabnya.
“Mana bapak?”
“Bapak pergi kerja…”
“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.
“Awak ada berapa orang adik-beradik?”
“Sepuluh.”
“Adik ni yang ke berapa?”
“Saya yang kelapan.”
“Mana abang-abang kamu pergi?”
“Tolong emak menoreh.”
“Adik puasa hari ini?”
“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”
“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.
“Bapak kerja apa?”
“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”.
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah pakcik..”
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata “Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”
Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”
“Cuma RM3.00 sehari.”
“Ayahnya bekerja macam mana”
“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
************************************************************************************
Ulasan
Mungkin sebahagian besar daripada kita selalu mendengar kisah-kisah sebegini atau pun mungkin telah membaca kisah ini sebelum ini. Hatta kita pun tidak tahu mungkin kisah ini hanyalah rekaan semata-mata atau pun sesuatu yang benar-benar terjadi di dalam masyarakat kita. Persoalannya di sini kita melihat bagaimana tanggungjawab berpuasa itu yang telah diwajibkan ke atas setiap muslim untuk menunaikannya.
Tidak kira samada seseorang itu miskin atau kaya, ianya wajib dilaksana. Dan bagi mereka yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Allah swt di akhirat kelak sebagaimana yang telah dijelaskan oleh RasululLah saw.
Di tempat kita mungkin kisah seperti di atas jarang berlaku kerana umum mengetahui Malaysia merupakan lubuk rezeki bagi sesetengah orang.Tetapi bagaimana dengan keadaan masyarakat muslim di luar Maalaysia? Mungkin ianya terjadi di Kemboja , Sri Lanka , Vietnam dan lain-lain tempat.
Hatta di zaman khalifah yang empat dulu pun berlaku di mana seorang ibu hanya memasak beberapa ketul batu untuk memujuk anak-anaknya. Jadi sama-samalah kita mengambil pengajaran dari kisah ini untuk sama-sama menderma lebihan dari harta kita kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sesungguhnya pahala untuk mereka yang bersedekah di dalam bulan Ramadhan ini amat tinggi nilainya.
Bersempena bulan Ramadhan 1430H ini, sama-samalah kita bersedekah dan ajaklah saudara-saudara kita untuk sama-sama turut serta. InsyaAllah hasilnya akan kita perolehi di akhirat nanti.
Jangan lepaskan peluang-peluang beramal di depan anda berlalu begitu sahaja, raihlah sebanyak mungkin pahala sementara Ramadhan masih ada….

Friday, August 21, 2009

Musuh Ketat Kita Di'ISA'kan.

Selepas Maghrib petang ni, maka masuklah kita ke Bulan Ramadhan. Dulu masa aku kecik2 orang tua2 kata hantu setan kena rantai dah. Maka malam2 bulan puasa ni tak takut langsung jalan malam. Pasal tak de hantu...gitu pulak!!
Tapi bila dah dewasa ni, maka mula le kita faham apa yang sebenarnya terjadi. Musuh ketat kita(dan menjadi kekawan pada sesetengah kita) iaitu syaitan telah pun di ISA. Tangkap tanpa bicara. Untuk memudahkan kita beribadat. Tapi kekadang terasa ia masih menganggu kita! Sungguh menghairankan, Kenapa jadi cam tu?
Kabarnya dia dah pun tertambat. Sudah diikat sepanjang bulan Ramadhan. Ni bukan dengar2 atau mitos. malah Nabi Muhammad SAW sendiri yang memberitahu mengenainya...
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka,pintu neraka jahanam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat"
Soalnya, bagaimana kefahaman kita tentang hal ini?
Beginilah kita umpamakan. Syaitan tu seperti anjing yang tertambat. Adakah anjing yang tertambat tak buleh menggigit? Tentulah kalau kita jauhi anjing tu, selamat le kita. Tapi macam mana pulak yang duduk hampir dengan anjing tu? Duduk disebelah sambil mengacah-acah anjing yang geram tertambat tu. Tak mustahil manusia yg dungu ni akan terkena gigit. Malah gigitan tu lebih serius kerana anjing tu tengah marah. Begitulah halnya dengan syaitan ni...
Apabila Ramadhan mengikat syaitan dari bebas berkeliaran, ia hanyalah proses mengurangkan potensi syaitan menghasut manusia berbuat jahat. Seperti sabda Nabi SAW "Sesungguhnya syaitan tu bergerak didalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar." hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Maka hawa nafsu kita masih ada...tundukkan dengan puasa yang sebenar2 puasa.
Untuk kekawan semua, sama2 lah kita menjalani ibadah puasa ni seperti ini lah Ramadhan terakhir kita. Selamat Berpuasa semua. Maafkan aku kiranya ada yang terlanjur bahasa sepanjang berblog ni... Salam Ramadhan kepada semua.

p/s: Patutnya aku letak entry ni kat B-Side aku...tapi sama je laaa..ya tak?

Thursday, August 20, 2009

Anak Bulan

Maka petang ini, seperti setiap tahun, upacara melihat anak bulan dijalankan di beberapa tempat yang terpilih. Kalau kat KL setahu aku, anak bulan akan dicerap di Menara KL. Dan juga seperti kebiasaan, anak bulan jarang2 kelihatan. Maka permulaan puasa jatuh lusa. Penentuan permulaan Puasa atau Hari Raya selalu menjadi kontroversi sewaktu waktu dahulu...kenapa? kerana penetapan tarikh ini mengikut kerajaan masing2. Aku tak berani komen pasal ni. Tapi dengan kemajuan ilmu astronomi atau dalam Islam dipanggil Ilmu Falak, maka kiraan amat tepat. Tapi rukyah juga perlu iaitu melihat anak bulan. Kerana mengikut warisan sunnah Rasulullah SAW. Maka sepatutnya ada satu badan dunia Islam yg menjaga tarikh2 ni supaya tak bercelaru. Wallahualam!..apa pun selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak...dan selamat menjalani ibadah puasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...