Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

KUL-DENPASAR-DILI

Untung jugak jadi surveyor ni...puas berjalan. Boleh kata dah dekat seluruh semenanjung dah.
Kali ni langkah aku panjang sikit. Keluar dari Malaya ni... Tah apa ke nasib, dapat projek luar negara le pulak. Kemana? Timor Leste. Dulu dalam Indonesia, kemudian mintak merdeka...sekarang dah jadi negara sendiri. Tak de flight terus ke Dili (ibu negara Timor Leste) Jadi kena ke Bali dulu...pas tu baru ke Dili.

Lapangan terbang Ngurah Rai Denpasar Bali.
Kerana tak de flight terus sambung...kena bermalam kat Bali sekejap. Tak sempat nak ronda2 kat Bali. Pasal pagi2 lepas sarapan terus ke airport untuk ke Dili. Airport Dili ni kecik je. Puduraya lagi beso. Kelengkapan airportnya pun alah kadar je...
Pemandangan Bandar Dili
Projek aku bukan kat Dili. Tapi kat bandar belah pantai selatan bernama Suai. Jaraknya 180km dari Dili. Tapi....memakan masa hampir 7 jam!! kenapa? jalannya bergunung ganang dan rosak teruk. Macam main 4x4 kat sini. Hanya 4x4 aje yg boleh tiba ke Suai.
Lebuhraya Dili-Suai...bayangkan!!
Kerana dulu masa nak merdeka...kat sini ada perang!! ye perang!! maka ramai le polis dari UN. Polis dari Malaysia pun ada. Dari segi keselamatan...dah ok dah. Tak de masaalah. Kat sini ugama resmi dia Kristian. Nak makan susah le sikit. Bukan kerana tak de makanan halal. Tak de kedai makan langsung. Tak de R&R sepanjang jalan ke Suai. Nak kencing pancut je dalam gaung.
Satu-satunya masjid di Dili..kawasan ni ramai org Indon.
Mereka gunakan matawang Dollar Amerika. Aduhhh mahal sesangat. Kesian rakyat dia. Tak de kuasa membeli langsung. Banyak lagi aku nak cerita...tapi malas pulak nak mengatur ayat. So kepada sesiapa yg terbukak blog aku ni...layan aje le gambo2 yg aku tepek ni...
Tujuan utama datang kemari....jom skodeng!!
Ni landasan Airport Suai..dah tak guna pun, nak upgread.
Penuh dgn tahi lembu..dah macam safari pun ada!!
Pemandangan memang meruntun kalbu.
Panas pun boleh tahan.
Sekitar tempat projek aku.
Jom layan landscape
Jalan masuk Airport Suai yang tak sesuai.
Rumah penduduk kampung dekat sebelah Airport.
Yg aku tak tahan, parabola bersepah2...300 chanel tu...tak de bil bulan2 macam Astro!!
Pemandangan biasa bila aku berkerja. Ramai sangat peminat!!
Sungainya yg unik...besar tapi airnya alahai...
Rajin tul diaorang buat pagar dari pelepah Tar!!
Tu je le dulu...kalau aku rajin aku upload lagi. Dan sambung cerita lagi. Mungkin cerita sikit pasal Bali. Pasal balik tu aku sempat singgah dan merayau2 di Bali.

Thursday, October 27, 2011

Return To Mersing

Kepada sesiapa yang tak pernah sampai ke Mersing, kali ni aku nak kongsi gambar2 yg jarang orang tengok kat Mersing ni. Orang tahu Mersing ni kampung nelayan, ada pantai, ikan, dan pintu keluar ke pulau2 sekitar pantai timur Johor. Tapi jarang tengok bukit2 di sekitarnya.
Mula2 gambo2 pantai dulu...ni masa sesi mengayat Sri Mersing. Baru nak ngayat, Awang Sulung dah masuk daun... jadi Damak pun mengalah je laa... hero biasalaa kalah dulu.
Lanun 4x4. Tengah dok pikir camana nak bawak 4x4 menyeberang ke Tioman.
Puas buat drif kat pantai...terlopong awek2 kat Mersing. Setahu aku tak de pulak orang lain bawak masuk kereta sampai ke gigi air ni....
Dua jentera yg berjaya membuat drift gaban di pantai Mersing.
Seterusnya beralih ke bukit bukau Mersing pulak. Antara pemandangan yg jarang2 orang tengok kalau ke Mersing.

Antara tempat2 yg jarang orang sampai....

Yang ni apahal pulak.....nak tukar kerjaya jadi penanam tembikai ke?
Saujana mata memandang. Di kaki langit tu Laut Cina Selatan.
Sebahagian hutan yg dah diteroka. Tak tau le ni halal ke cara haram.
Pemandangan atas bukit ni memang best... Nak naik kesini pun bukan senang.
Ingat abis projek ni, kita lepak Tioman bang sehari dua, amacam? Tapi dengar kata ombak tengah besar sekarang ni.... tengok le camana nanti!!

Sunday, October 23, 2011

Seri Mersing

Kajang Pak Malau kajang berlipat.....kajang hamba mengkuang layu.....!!!! Dagang Pak Malau dagang bertempat....dagang hamba musafir lalu... apa2 hal pun hamba tak kira...hamba nak jugak Seri Mersing tu... kalau Pak Malau tak kasi, hamba bawak lari ke Tioman... errr ke hutan simpan Endau Rompin pun ok jugak!!...
Adusssss.... mengigau aku rupanya.. Esok aku akan ke Mersing semula. Sambung kerja yg tak siap lagi. Biasa la, mando pegi waktu permulaan,pertengahan dan penutup. Permulaan dah pegi ari tu. Ni untuk pertengahan projek.
Nak cerita pasal Mersing ni. Ramah2 orang kat sini... nasib baik aku dah couple, kalau tak mahu sangkut ni...hehehe. Cari rumah sewa untuk sojar2 aku!! Ramainya yg nolong. Akhirnya dapat bilik sewa...Perh!! macam hotel tu, ingat bilik bodoh je. Siap ada dapur, ruang tamu...TV LCD beso dinding. Wifi merata ceruk...dalam toilet pun sojar2 aku boleh berpesbuk!!
Yg duk belakang tu, ada permit tak? hahahaha!! Ok lah, jumpa disana..............
Nota: Sedapnya melenjan lori baru!! Buat XPDC 4x4 ke Endau rompin pun ok gak ni.

Friday, September 17, 2010

Kembali Berkerja.....

Hari ni aku kembali berkerja...kembali meredah hutan dan bukit. Setelah lebih seminggu beraya sakan. Malasnya rasa nak panjat bukit. Maklum le perut masih penuh dengan kuih raya lagi. Tu pun masa dalam bercuti client dah call banyak kali..tanya bila nak sambung kerja. Aduhai...!!
Tu yang aku malas nak buat projek2 yang tahap panas ni...asyik kena kejar progress je...
Nak raya pun tak aman...!! Boring...boring..!!

Tuesday, July 06, 2010

Trooper

Emm...apa kena mengena dengan 2 trooper ni... tak de apa2 pun. Cuma sepanjang aku bertugas di Sg Pahang, Isuzu Trooper le jadi 4x4 yang aku lenjan sepanjang tebing Sg Pahang. Sepanjang aku guna Trooper ni...cuma sekali je kemalangan kecil...emmm terlangar guard rail lama dalam semak....ni gara2 nak mengelak Pak Cik bawak basikal..Ada cerita disebalik Pak Cik ni, cuma member2 yg bersama aku pasal projek Sg Pahang ni je yang tau. Tak pe laa...tak perlu le cerita pasal Pak Cik tu..tak baik!!


Selain dari kejadian tu, yg menyebabkan rim sompek dan tayar belakang pecah,(apa2 hal pun terima kasih kepada team2 yg menolong menukar tayar...terutama Ali..hehehe!) tak de le kejadian lain yg dahsyat...emm..oooo... tragidi oktober dibulan jun. Trooper ni berjaya meng'resque' Pajero yg tersangkut kat jalan nak naik depan Camp. Tu aje laaa... Abis projek ni, aku kena le pulangkan balik Trooper ni pada tuannya.. Oh ye ada lagu The Trooper dalam memori kad dlm player Trooper tu...kalau tak minat..tuannya padam sendiri laa...


Ni le kejadian Tragidy Oktober dibulan Jun

Sunday, May 30, 2010

Selamat Tinggal Paloh Hinai.

Akhirnya...siap la kerja2 aku menyusuri Sg Pahang Fasa 1, dari Pekan ke Chenor. Kini masuk ke Fasa 2 dari Chenor-Temerloh-Jerantut. Akhirnya Paloh Hinai (hotel penginapan-dlm gambar) aku tinggalkan. Kini team aku menginap kat 'hotel' baru le pulak..di Temerloh.
Banyak kenangan semasa tinggal di Paloh Hinai ni. Walaupun hanya lebih kurang sebulan, tapi seronok. Suasananya yg sunyi sepi. Jarang nampak orang muda. Awek2 jauh sekali. Kalau ada pun masa malam minggu pasar malam. Pun sombong2 belaka...hehehe! Kata bebudak aku, kalau tak de Yamaha SS, tak payah ngayat le..hehehe..Pajero buruk, tak laku oiii...
Apa lagi yg menarik di Paloh Hinai ni... sarapan paginya, aku tiap2 pagi makan roti canai. Tu je la satu2nya kedai makan kat sini. Kedai 'jeti'nya, tempat bebudak ni beli 'power stick', setiap kali balik kerja.
Sepanjang aku kerja kat area ni..banyak jugak le tempat2 menarik yg aku singgah. Antaranya..Tasek Chini, Hutan Lipur Berkelah...nanti le aku buat entry khas pasal tempat2 yg aku singgah ni..
Pasal hotel baru aku kat Temerloh... Tak le berapa best kalau banding dgn Paloh Hinai. Halaman tak luas..maklum le nak parking 'lori' kitaorang.. Payah oii.. Cuma dekat dgn bandar Temerloh je la... senang nak bertenet. Ada wifi free kat kedai mamak. Lagi...patin patin patin...gulai ikan patin tempoyak...sodap tu!! Tak caya test le!! Ni pun aku kena buat sepecial entry pasal patin ni... nanti le kalau senang2 nanti...

Saturday, May 08, 2010

Rumah Tinggal.....

Minggu ni aku masih lagi menyusuri Sg Pahang. Dari pekan, sampai ke kampung...last2 dah masuk hutan. Line hanpon pun tak de. Pada yang menanti aku rebiu album2 new wave 80an, sori guys!! aku belum ada masa lagi. Nanti le lepas kerja aku kat sungai ni selesai... aku rebiu satu persatu...
Kali ni aku nak cerita bukan pasal sungai. Tapi rumah2 yang ditinggalkan sepanjang Sg Pahang ni. Banyak betul rumah2 yang ditinggalkan kosong. Tak tau le kerana apa. Mungkin tuannya berpindah. Contohnya macam rumah yg aku tinggal ni. Ataupun tuannya dah meninggal...dan warisnya tak duduk kat sini. Maklumlah, orang muda biasanya lebih selesa tinggal kat bandar.

Macam2 design ada. Ada yg tradisional betul. Tapi sayang..bila dah tak de orang duduk, biasanya rumah akan cepat usang. Dan seterusnya runtuh. Boleh kata dalam tiap2 kampung yang aku lalu dari Paloh Hinai, sampai ke Cenor, pasti ada rumah2 yang ditinggalkan kosong.

Kalau kat bandar, tentu dah jadi sarang penaggih. Tapi kat sini...emmm sarang apa ek??..
Kalau malam tentu seram ni...hehehehe!! kalau nak jadi pendekar bujang lapuk...boleh le bertapa kat rumah ni.... Cobaaannnn!!!

Antara rumah2 yang sempat aku tangkap gambo...tak leh lama2. Nyamok banyak oiii..berapa tin ridsert dah aku sembor... tetap kena serang jugak.

Kalau berani, boleh le mintak nombor ekor malam2 ni. Hehehehe!!

Yang ni dah dimakan hutan. Kalau dulu2 tentu cantik rumah ni..menghadap ke sungai tu.

Mana le perginya tuan rumah ni...

Yang ni pun tak sempat siap....terbengkalai....!! Kena mintak bantuan dgn BN nak siapkan ni...

Ok kembali kepada sungai. Antara pemandangan yang aku lalui.

Aktiviti petang selepas penat meredah hutan dan sungai. Meriah jugak kalau semua team dah balik. Kampung yg sunyi sepi jadi haru biru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...