Showing posts with label 80's. Show all posts
Showing posts with label 80's. Show all posts

Tuesday, April 06, 2010

Alive & Screaming

Dah lama rasanya aku tak bercerita pasal album2 kegemaran aku pada era 80an dulu. Kali ni aku kembali nak cerita pasal album2 yg pernah bertahta dihati ku..(ewahhh!) Aku ingat nak pilih genre new wave... tapi nanti dulu laa. Semalam kembur2 stor...terjumpa keset apache (tinggal keset je..cover dah hancur dimakan lipas). Itulah album Krokus..Alive and Screaming. Ini album 'live' sebenarnya. Tengok keset yg dah hancur tu, teringat aku nostalgia masa 80an dulu...kat mana beli keset tu, siap naik bas mini no 25, suruh brother driver bas tu pasang tape ni. (Brother bas tu aku kenal, hari2 naik bas dia..pasal bas dia punya audio...perhh!! power.)

Sebelum tu, aku nak kenalkan Krokus. Kepada yang tak pernah tau pun ujudnya band ni, band ni bukan dari US ataupun dari UK. Tapi dari Switzerland. Dah lama dah ujudnya band ni...dari tahun 70an lagi...masa tu aku pun belum kenal rock lagi. Semuanya bermula bila aku tertengok satu rancangan TV Singapore. Tak ingat apa rancangan tu...ada tayang video clip sikit2 lagu2 rock masa tu.. Waktu tu ditahun 1984. Ada beberapa lagu yang lekat dalam kepala aku pada ketika tu, walaupun ditayangkan suku je clip video tu. Antaranya lagu dari Krokus ni...Screaming in the night. Pada ketika tu mana ada info atau youtube macam sekarang ni. So lepas aku dah berhijrah ke KL, baru le aku dapat cari keset2 lagu2 yg aku dengar dulu. Mula2 memang tak de pun keset penuh Krokus ni...cuma ada kompilasi Kerangg je. Lepas tu baru aku jumpa album Alive and Screaming ni. Tapi lagu yang aku minat ni, Screaming in the nighat ni, sebenarnya dari album Headhunter (1983). Setahu aku, ni lah album paling berjaya dari Krokus.(Platinum album kat US). So masa era 90an masa aku gila kumpul CD2...tak terjumpa pulak CD ni...jadi tak de le dalam koleksi aku...Sekarang? aku dah pencen dari beli CD. Lama dah...last CD aku pun tak silap tahun 1997 agaknya.

Setahu aku Krokus ni masih ujud lagi. Mungkin dah dibarisi orang lain dah. Aku pun malas nak ambik tau. Apa yang masih segar dalam kepala aku... Lagu2 diaorang di pertengahan 80an dulu. Lepas ni mungkin aku nak cerita pasal New Wave pulak... jangan gelak arrr...!! Hidup 80's...!!


Wednesday, March 10, 2010

Deep Purple

Kali ni aku nak cerita pasal band yang klasik ni... Deep Purple. Sapa yang tak kenal Deep Purple kan!!Aku mula belajar dengar lagu2 Deep Purple di sekitar awal 80an. Masa tu tak tau pun album apa. Dengarkeset lagu campur2 dari album2 70an dulu. Antara lagu yang memperkenalkan aku pada DP ni...adalahlagu Soldier of Fortune. Lagu di era David Coverdale. Dulu aku pun tak tau lagu ni dari album mana.Main dengar je...Maklum le dulu2 cetak rompak. Jarang ada album penuh. Kebanyakannya lagu campur2.Lepas tu baru belajar dengar lagu2 yg heavy sikit dari DP ni...baru le kenal Higway Star, Smoke On the Water,Tapi lagu lama DP ni yg paling aku layan...lagu Child In Time. Dari album Deep Purple In Rock tahun 1970.Panjang lagu ni...ada 10 minit kot. Rasa macam tak abis2...

Selepas tahun 1975, DP tak de lagi album studio. Kemudian pada tahun 1984 DP muncul semula dengan album studio terbaru ketika tu. Dibarisi ahli2 klasik yg dikenali dgn Mark 11. Memang teruja le nak dengar DP baru.Perfect Strangers. Kalau tak salah aku, aku beli keset Perfect Strangers selepas aku beli Love At The First Stings. Antara keset2 rock full album terawal yang aku beli. Dah tentu le masa tu keset lanun. Lagipun 1985 aku baru belajar nak berjinak2 dgn rock keras.(Masa tu masih syok layan Duran2, Tears For Fears, A-Ha...dll).Walaupun lagu2 DP yang 70an aku minat jugak...tapi bukan sezaman dgn aku. So album Perfect Strangers memang menarik pada aku, kerana keluar masa sezaman dgn aku.(Kira semasa laa). Kerana keset2 aku telah pun punah, jadi aku simpan la CD The Best Of Deep Purple In The 80's ni...keluaran 1991.

Ada 11 track semuanya dalam album ni. Kompilasi lagu2 dari album2 80an, termasuk lagu2 lama 70an yang dirakam semula dari album Nobody Perfect.
Nota: Tanpa aku sedari, aku ada 2 copy CD ni. So ada sapa2 berminat...boleh le aku tukar suka sama suka dgn CD lain. Ada yang berminat ke?


Sunday, December 20, 2009

The Real Thing.


Sebenarnya aku menyelongkar kotak2 lama aku. Nak cari keset Skid Row. Entah mana hilangnya. Tapi terjumpa keset ni. Kotak dah tak de. tinggal keset togel aje.

Faith No More album The real thing. Satu-satunya album yang aku layan dari Faith No More. Album keluaran 1989. Memang tahun2 aku tengah kemaruk Heavy Metal. Apa je yang best kata Tommy(tokey keset kat Pertama) aku memang sambar. Memang banyak koleksi keset aku datang dari kedai Tommy kat Pertama Complex. Kebetulan ketika tu aku berkerja kat Medan Mara, sebelah aje. Memang kedai Tommy ni tempat aku lepak2 la.
Mungkin otai2 rock tau le kedai ni.
Apahal cerita kedai keset le pulak...Kembali kepada tajuk. Faith No More ni aku kenal terus ke album ni. Sebenarnya ada 2 album studio sebelum ni. Tak berapa nak layan. Tapi album The Real Thing ni masuk pulak kepala aku. Tu pun gara2 lagu Epic. Memang killer song dalam album ni.
Lepas album ni..aku layan gak Angel Dust. Tapi kurang membuat aku terpegun. Dan album seterusnya aku dah tak layan.
Kepada sesiapa yang tak pernah dengar...boleh le cuba...
Mula dengan lagu ni...Epic!!

Thursday, November 12, 2009

Great White Punya Gigitan...



Sebuah lagi band rock yang aku kenal melalui Mama Juwie dari URTV pertengahan 80an. Masa tu mana ada internet. Info punya le susah. Aku kenal terus je ke album ke-4 Once Bitten... Rebiu Juwie kat URTV kata lagu tangkap leleh, Save Your Love memang leleh.. aku pun gi le cari keset. Memang best lagu slow rock ni. Maka bertambah le satu lagi koleksi list rock band yg aku follow.

Kepada sesiapa yang tak tau pun kewujudan band ni, band ni berasal dari LA,Ca. Lama dah ditubuhkan. Penghujung 70an lagi, cuma album Once Bitten... adalah album Platinum pertama mereka. Rilis tahun 1987. Apa yang aku suka pasal band ni? Suara vocal dia, Jack Russell...memang gaya 80's rock.. Dan lagi satu dah tentu le guitar solo dari Mark Kendall...mendayu2.. Mungkin dia bukan le guitar hero. Tapi pada aku, solo2 dia memang mengancam..tu menjadi antara sebab aku follow Great White ni.

Layan le lagu yang memperkenalkan aku pada Great White.



Dan Layan guitar solo dalam intro lagu ni...

Wednesday, October 14, 2009

One More Reason...Tersilap tapi OK!!

1988, tahun yang paling rock pada aku yang suka pada lagu2 rock ni. Masa tu mana ada internet ni. Info pun payah nak dapat. Kat URTV pun ada le sikit info, tu pun kerana Mama Juwie masa tu rock jugak. Nak beli majalah omputeh, mahal le pulak. Maklum le import. So belek2 gitu2 je la kat kedai.
Member2 citer ada satu band baru dari LA. Tengah panas ni, lagu dia baru naik meletop2. Nama dia 'Gun' gitu le...aku pun tak berapa perasan sangat. So aku belek2 le majalah (aku tak ingat majalah apa..kalau tak silap Metal Eadge)..dah le baca free kat kedai, so baca laju2 le..ada halaman band baru... Oooo 'LA Guns'... cepat2 le aku gi kedai keset, terus cari LA Guns. Sambar le satu. Balik terus pasang dengan terujanya...emm ok gak.. Tapi apasal tak de lagu yang macam member aku kata tu.
Kebetulan malam tu, aku dengo American Top 40 dgn Cassey Kasim.(camana eja nama dia ni?) Minggu tu lagu no 1 Sweet Child O Mine... Gun n' Roses. Alamak...aku salah beli daaa... Tu la masa tu info memang limited sangat. Nak Cari Gun n' Roses terbeli LA Guns. Pasal diaorang ni memang sama2 dari satu bandar. Nama pun dekat2...gambar poster pun lebih kurang...
Tapi tak pe la. anyway dari situ le aku kenal LA Guns...ok jugak la.. Gun n' Roses tak payah cerita la...
1989 GnR terus popular... tapi LA Guns tak berapa menonjol..tapi diaorang keluar album kedua..so aku follow jugak la..Cocked & Loaded. Tapi setakat tu je la aku follow..
So layan lagu LA Guns dari album pertama
Ni pulak lagu dari album kedua...

Wednesday, September 30, 2009

Aku Kembali.....

Sekejap je berlalu...sibuk2 puasa...dah raya.. ni dah berlalu semuanya. Dah kembali meneruskan kerja2 seharian. Cuma sepanjang bulan Syawal ni banyak le rumah terbuka dan opis terbuka mengundang untuk dikunjungi. Tentu ramai yang balik kampung cuti raya yg lalu. Yang perantau macam aku ni, memang le tiap2 tahun raya balik kampung. Kat radio pun dekat2 nak raya tu, selalu pasang lagu Allahyarham Sudirman- Balik Kampung. Kali ni aku nak cerita pasal lagu ni.

Lagu Balik Kampung ni termuat dalam album Lagu Dari Sebuah Bilik, keratan ke 4 side B yang dikeluarkan tahun 1984 oleh EMI. Sudirman memang terkenal dengan album berkonsep. Konsep kampung, bandar, petrotik dan macam2 le. Album ni lebih kepada konsep mengenal diri sendiri. Lagu Balik Kampung ni ciptaan Sudirman sendiri. Mengikut apa yang aku ingat, apa yang Sudirman ceritakan, lagu ni menceritakan kegembiraan dia nak pulang ke kampung masa cuti semestar, masa dia belajar kat UM dulu. Tu sebab tak de pun sebut pasal raya dalam lirik lagu ni. Tapi tah macam-mana tetiba lagu ni jadi tema raya. Aku pun tak tau bila lagu ni dinaik taraf jadi lagu raya sehingga salah kalau DJ radio pasang masa tak raya. Sebenarnya lagu ni tak de kena mengena dengan raya pun. Cuma menceritakan keseronokan nak balik kampung masa cuti sekolah ke, cuti raya ke.. atau bila2 cuti panjang le... So tak salah le kalau pasang masa hari2 biasa.

Nota: Sumber dari ingatan aku masa baca URTV sewaktu waktu dahulu. Masa tu Sudirman ada ruangan dalam URTV. Dan selalu dia lukis kartun.

Monday, August 17, 2009

In a Big Country

Aku nak sambung siri Album pilihan aku. Kali ni aku nak ketengahkan satu lagi album the best of. Yang ni tak heavy metal. Tapi masih dalam ketegori rock. Big Country. tentu ramai yg tak kenal. So kena le aku kenalkan. Band ni berasal dari Scotland. Mula muncul pada awal2 80an. Dengan 4 orang anggota, Stuart Adamson, Tony Butler, Bruce Watson dan Mark Brzezicki. Apa keistemewaannya?... Pada aku terletak pada bunyi gitar Stuart Adamson...yg bunyi macam 'bagpipes'...memang lain dari yg lain. Muzik ala2 celtic.. memang menyerlahkan 'scotland highlander'.
Aku teruja dgn Big Country ni seawal tahun 1983 lagi. Bila aku dengar lagu2 macam In a big country dan Fields of Fire. Teringin sangat nak dapatkan album dia 'The Crossing' (album pertama). Pada masa tu susah sangat nak dapat full album ni. Apache pun tak main lagu2 cam ni. So tak de le dalam pasaran. Sampai tahun 1990 baru le aku terjumpa album2 Big Country ni dalam pasaran. Tapi pada masa tu album2 yg aku minat (The Crossing-1983 dan Steeltown-1984) dah ketinggalan zaman. Dan muzik Big Country pada tahun 90an dah tak sama macam masa dulu2. Mungkin diaorang dah kering idea. Aku buleh layan setakat album Seer(1986) aje. Yang selepas tu dah rasa tak ori le pulak. dah tak de rasa Big Country dah.

Kalau tak silap aku tahun 2000 Big Country ni ada buat konsert kat KL. Cuma ketika tu aku tengah tak tangkap pot. Lepas tu tahun 2001 Stuart Adamson mati bunuh diri. Begitulah berakhirnya riwayat Big Country ni.

So layan le lagu Fields of Fire ni Live tahun 1983



Wednesday, July 29, 2009

Cross Road

Kali ni aku nak cerita pasal album2 kegemaran aku. Banyak tu. Dari yang rock sampai ke 80's new wave. Sayangnya banyak keset2 aku dah hilang. Terutama ketika aku berpindah dari Kg Pandan ke Rawang ni. Yang aku upgrade ke CD kebanyakannya lebih kepada kompilasi atau The Best Of aje.. Pasal satu ketika dulu aku senang nak pasang kat CD changer kereta aku. Tapi la ni dah tak pakai CD dah...main MP3 aje..lagi beribu buleh pasang. Dan sekarang ni pulak aku dah tak drive kereta ke tempat kerja..Lagi tak de masa nak dengar. Maka CD2 aku dah berterabur tah kemana. Bila aku berblogger ni, kenal pulak dengan geng2 riak CDwi ni..Alamak...rasa nyesal pulak aku sepah2kan CD aku dulu..Dan keset2 harta karun aku dulu...penuh satu kotak yg isi TV 20". Semua dah terbuang. Memang le keset tu kebanyakan dah tak leh nak bunyi pun. Tapi buleh gak aku riak kesetwi...kan?...

Oklah..memulakan siri Album pilihan aku ni...aku pilih album Bon Jovi Cross Road. Ni album best of. Ada 14 lagu. Penuh dengan lagu2 popular Bon Jovi. Cuma tak banyak lagu2 lama. Bon Jovi ni sebenarnya aku lebih suka album pertama hingga album New Jersey. Pas tu aku dah tawar. Pasal dah mula slow sangat. Album pertama self-title dan album kedua 7800' Fahrenheit adalah album yg aku paling minat. Pasal memang 80's sangat le album ni... Slippery When Wet dan New Jersey dah popular sangat. Album ni ramai yg tau..

Tapi sayang dalam Cross Road ni cuma ada Runaway dari album pertama dan In & out of love dari album kedua. Sedangkan banyak lagi lagu2 best dari dua album tu. Camana..bukan aku yang buat kompilasi ni...Kalau aku yang buat dah tentu ikut selera aku. Dah tentu aku masukkan lagu2 seperti 'Roulette' 'Only Lonely'...

Pada sesiapa yg riak CDwi tu...Nanti le, aku pun nak kumpul balik album2 yg aku minat. Buleh la aku riak pulak...hahahaha! Sabau je laa...



Monday, June 29, 2009

Tokyo Blade

Tokyo Blade?...pernah dengar ke?...Pada yang tau okle..pada yang tak tau...band ni tak de kena-mengena dengan Jepun. Agak popular le awal2 80an dulu. Ni antara band2 yg popular di-era NWOBHM. Lagu2 diaorang selalu ada dlm playlist kompilasi Kerrang dalam keset Apache. Aku malas nak cerita pasal band ni..boleh baca kat sini je..

Aku mula kenal lagu2 diaorang bila aku dengar lagu If Heaven Is Hell..dalam kompilasi Kerrang. Cuma masa tu tak de jual album penuh. So cuma dapat dengar beberapa lagu je le dari album ni. Album ni original keluar tahun 1983. Masa tu memang genre rock cam ni memang tengah memuncak. Keset Apache memang le antara pengaruh kuat mempopular band2 cam ni masa tu.

So layan le lagu If Heaven Is Hell ni...yang aku sendiri pun lama dah tak dengar...

Friday, June 26, 2009

Akhirnya...Pergi jua...

Semenjak dua menjak ni ramai le kekawan kite yg dah pergi meninggalkan kite. Terasa sungguh yg aku ni makin lama.(tak nak ngaku tua gak tu). Pagi ni aku terbaca berita terbaru. Macam tak caya lak...offical ke ni?...tapi tu le kesudahannya...

LOS ANGELES – Michael Jackson, the sensationally gifted child star who rose to become the "King of Pop" and the biggest celebrity in the world only to fall from his throne in a freakish series of scandals, died Thursday. He was 50. Jackson died at UCLA Medical Center in Los Angeles. Ed Winter, the assistant chief coroner for Los Angeles County, confirmed his office had been notified of the death and would handle the investigation.

The circumstances of Jackson's death were not immediately clear. Jackson was not breathing when Los Angeles Fire Department paramedics responded to a call at his Los Angeles home about 12:30 p.m., Capt. Steve Ruda told the Los Angeles Times. The paramedics performed CPR and took him to the hospital, Ruda told the newspaper.

Emm..aku menapak remaja dengan lagu dia. Sebelum terjebak ke arena rock. So walau apa pun orang kata, aku masih tetap minat lagu2 dia terutama album Thriller...

Tuesday, June 16, 2009

Heavy Metal dan Aku

Emm!! bila aku mula jadi Mat Metal ni?? aku pun dah tak ingat hujung pangkalnya. Tau2 je dari New Wave dan Top 40 zaman 80's, tetiba menggila dengar lagu2 batu ni pulak. Mula asalnya aku minat lagu2 yg ada bunyi guitar. So aku minat le dengar Band2 mainstream 80's padal awalnya. Contohnya, aku minat Toto, Styx, Journey, Reo Speedwagon dan banyak lagi le...Masa zaman aku sekolah dulu, terutamanya masa tingkatan 4 dan 5, aku tengah kuat layan Micheal Jackson, Duran Duran, Spandau Ballet, Men At Work dan memacam lagi le, sambil-sambil tu aku belajar dengar Scorpions, Deep Purple, Dio... Siapa yg pengaruh aku?...Sapa lagi kalau bukan anak jiran aku dan classmate aku. Nama glamournya masa tu Lek!! Pas tu ada lagi sorang yg kuat mempengaruhi aku. Budak kampung aku gak. Sori bro, gua tak ingat nama lu, tapi rupa lu tetap gua ingat. Lama tak jumpa, tah idup tah tidak lagi. Yg gua ingat lu anak Manap Tampoi. Kalau orang kampung aku tentu kenal la... Mamat ni le yg memperkenalkan aku dgn band2 rock yg baru dan terkini.(pada ketika tu la). Banyak koleksi keset dia yg dia bagi aku pinjam. Antara yg aku ingat, Def Lappard, Ratt, Bon Jovi,...dan dia le yg mengajak aku beli keset Scorpions- Love at the First Sting, masa album tu kuar. 1984 aku di tingkatan 5, lepas baca review kat NST edisi Ahad kat libary sekolah. Balik tu terus gi kedai keset, nyonya kedai keset tu kata, panas lagi ooo, baru sampai ooo!!! masa tu cetak rompak le..berleluasa. Apache lum ada lagi masa tu!!

Khazanah aku dedulu, banyak yg dah hilang. Sayang tul...tak leh nak riak..hehehe!

Tu sebabnya, album2 yg aku beli masa dia dizaman dia kuar, memang melekat kat kepala aku. Tak seperti album2 yg aku dapatkan kemudian, contohnya aku beli keset Scorpions- Blackout, selepas aku dah ada album Love at the First Sting. Bukan masa dia betul2 kuar. Ok nanti pas ni aku akan citer album2 yg aku minat dan aku beli keset tu masa dia baru release!

Ok aku teruskan citer pasal aku dan Metal ni, 1986 aku berhijrah ke KL. Senang cerita, sebelum 1984, KL tak rock beb!! JB lama dah rock!!! Aku ingat lagi cuti sekolah 1984, aku lepak KL. So layan le guitar Kapok kat tepi lombong Kg Pandan.(Lombong tu dah tak de sekarang, dah jadi MRR2). Aku layan lagu Always Somewhere, tak de sorang pon tau aku bawak lagu sapa!! Sedangkan lagu tu le aku jem tepi sempang kat kg aku!! Bebudak sebaya aku masa tu semua tau!! Kat KL bebudak situ yg sama sesama jem tepi lombong dgn aku tu, hanya tau lagu Jamal Abdillah je. Tapi bila aku berhijrah tahun 1986, KL dah kenal rock. Pasal rock melayu pun tengah mula memuncak. Battle of the Band, Search pun baru kuar Langit dan Bumi. Dan Apache pun mula mengembangkan sayap cetak rompaknya. Dan aku pun mula mendalami lagi Band2 heavy metal yg ada dan yg baru kuar. Keset Full album pertama yg aku beli masa kat KL, Tak silap aku Iron Maiden, Somewhere in Time. Pasal masa tu baru je release album tu...panas lagi ooo... dan seterusnya yg lain2 lagi...dan pelahan2 aku tinggalkan Pet Shop Boy, A-Ha, Tears For Fears, dan sebagainya....Dan masih aku ingat, pada masa tu tiap kali aku balik kampung, adik aku yg sorang ni (blogger tegar dah sekarang ni, popular blog dia). mesti selongkar beg baju aku. Tengok tape apa yg aku bawak balik....begitu lah ceritanya....

antara keset2 asal aku dulu, kotak dah lama hilang!!!

Thursday, May 21, 2009

You Can't Bring Me Down

What the hell’s going on around here?…jeritan Mike Muir..!! Tu le intro lagu ni, You can’t bring me down. Kali ni aku nak cerita pasal band yang satu ni..Suicidal Tendencies. Semuanya bermula bila aku didengarkan dengan lagu ‘How Will I Laugh Tomorrow…’ terus menyusuk masuk ke kepala aku. Dari situ le bermulanya aku berminat dengan muzik mereka. Tahun 1989 pada ketika tu, menjadi salah satu keset favourite aku. Pada mereka yg tak tau (yg tahu tak pe la), Suicidal Tendencies ni berasal dari Venice, bukan Italy..tapi Los Angeles. Muzik diaorang asalnya Punk rock. Dengan dressing ala-ala gengster Maxico gitu.

Layan dulu lagu yg memperkenalkan aku pada Suicidal Tendencies.



Tapi masa aku mula layan muzik diaorang..(1989) dah jadi Heavy Metal dah..ala-ala Trash gitu. Semuanya pasal band members yg dah bertukar. Lebih-lebih lagi bila Rocky George (lead guitar) dan Robert Trujillo (bass) join Suicidal. Mereka ni yg membawa unsur-unsur Heavy dan Trash ke dalam Suicidal. Trujillo sekarang ni memang ramai yg kenal. Pasal dia dah join Metallica sekarang ni. Tapi Rocky George tak tau pulak hilang kemana..(sapa yg tau tu info le kat aku). Pasal aku suka dengan solo guitar dia. Buleh hayati sendiri le lagu2 dalam album yg aku nak cerita ni..’Light…Camera…Revolution!’


’Light…Camera…Revolution!’ yang keluar pada tahun 1990 pada aku adalah album masterpiece dari diaorang. Sampai sekarang, kalau ada masa aku still layan lagi lagu-lagu dalam album ni. Ada 10 lagu dalam album ni.
1.You can’t bring me down.
2. Lost again
3. Alone
4. Lovely
5. Give it revolution
6. Get whacked
7. Send me your money
8. Emotion no 13
9. Disco’s out, murder’s in
10. Go’n breakdown

Kita layan lagu first dari album ni...



Pada aku semua lagunya best. Tak payah nak skip. Yang aku masih ingat lagi, masa tu aku baru putus cintan(tak pernah citer lagi ni)..hehehe! biasanya orang dengar lagu yg tangkap leleh.. Tapi aku layan lagu ‘Alone’. Ye le lagu Suicidal ni macam memberontak sikit. Masa tu aku baru awal 20an. Jiwa pun tengah memberontak la…Putus cintan pun layan lagu heavy….hehehe!

Aku nak ajak korang layan lagu Alone ni…



Tapi album seterusnya agak mellow sangat. The Art of Rebellion. pada aku kureng le sikit. Kalau sekarang dengar ok kot. Pasal telinga pun dah tua. hehehe!

Monday, May 11, 2009

Careless Whisper

1984. Dah dekat 25 tahun. Kalau anak dara lama dah orang masuk meminang. Begitulah usia lagu ni. Lagu yang betul-betul meresap dalam kepala aku, pada masa tu hinggalah kini. Dah jadi klasik dah. George Micheal berjaya menulis sebuah lagu yg memang evergreen. Pada bebudak baru, yang tak berapa kenal…Mamat ni dari kumpulan Wham dari UK. Lagu ni adalah lagu solo dia selepas dia kuar kejap dari Wham, selepas kejayaan album Make it Big. Masa tu standard le, aku masih lagi dibawah pengaruh ‘new wave 80’s’. Wham adalah sebahagian dari senarai artis-artis top mainstream yang aku minat ketika itu.(dah tentu termasuklah Duran-Duran, Spandau Ballet..dan sebagainyalah..) Dalam pada tu aku memang dalam tranformasi kearah rock dan heavy metal. Sebenarnya aku minat lagu-lagu yang ada gitar solo. Dari Scorpions dan Deep Purple yang heavy ke Styx dan Journey yang lebih pop.

So layan le lagu yg dah 25 tahun ni..dari George Micheal, Careless Whisper. (Video ni 18sx sikit. jadi tengok atas budi bicara sendiri..hehehe)



So dalam kes cover mengcover ni…lagu ni dah banyak kali dicover oleh artis lain. Pada aku la, semuanya tak berapa jadi. Ada yg terkureng, ada yg terlebih-lebih pulak. Terlebih tak sedap. Cuma aku terjumpa Band ni..Seether..dia cover lagu careless whisper ni, awal tahun ni untuk hari Valentine katanya.
Aku agak tertarik dengan versi Seether ni….bukan senang nak cover lagu klasik ni. Hasilnya memuaskan. Walaupun Seether ni band 2 ribuhan…bukan zaman aku pun, tapi hasilnya buleh masuk kepala aku la. Aku pun tak berapa tahu sangat pun Band ni. Apa-apa pun layan je la lagu versi Seether ni….


Thursday, May 07, 2009

Tesla-Five Man Acoustical Jam


Kali ni aku nak ketengahkan album rock live yang lain sikit. Tesla-Five Man Acoustical Jam. Kerana CD aku dah tak de kat dalam gerobok CD aku, so aku tak dapat le nak cerita detail pasal album ni. Semua cerita ada kat dalam inlay dia. Mungkin CD tu ada pada Bro sorang ni, dia memang pengulas album rock era 80an dan pengumpul metarial lama. Sampai keset Apache aku pun ada pada dia.
Apa yang aku ingat, album ni le yang membawa fenomena unplugged. Masa album ni keluar belum lagi bermula penggunaan kata ‘unplugged’ ni. So tajuk album ni pun tak sebut unplugged. Selepas ni le semua berebut2 buat konsert unplugged. Bukan band rock aje, sampai artis pop pun buat jugak. (serupa jugak le dengan konsert rock+okestra tu).
Album ni kuar tahun 1990. Dirakam kat konsert di Trocadero Theatre, Philadelphia Pennsylvania. Album ni kuar selepas album album studio kedua mereka The Great Radio Controversy. Album ‘great radio’ ni le yang memperkenalkan aku dengan Tesla pada tahun 1989. Bila aku dengar album ‘great radio..’ ni, terus aku teruja nak cari album pertama mereka, Mechanical Resonance.
Berbalik semula pada album Five Man Acoustical Jam ni. Sebenarnya album ni almost acoustic le. Pasal dalam lagu Love Song, Frank Hannon ada main gitar karan masa solo dia. Album ni ada 14 track. Lagu-lagu dari album pertama dan kedua, dan 4 cover version lagu dari The Beatles, Five Man Electrical Band,Creedence Clearwater Revival dan Rolling Stone.Pada seseluruhannya album ni ok le..Pasal aku memang minat guitarist rock yang main acoustic, pasal terserlah skillnya. Macam mana dia orang buleh buat konsert acoustic ni?..Semua ceritanya ada dalam inlay CD album ni. (Nanti le aku mintak Bro ni buat ulasan lanjut).
Apa-apa pun layan lagu dari album Five Man Acoustical Jam- Love Song.
Dan lagu yang hit dalam album ini, Sign (lagu asal Five Man Electrical Band)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...