Wednesday, July 29, 2009

Cross Road

Kali ni aku nak cerita pasal album2 kegemaran aku. Banyak tu. Dari yang rock sampai ke 80's new wave. Sayangnya banyak keset2 aku dah hilang. Terutama ketika aku berpindah dari Kg Pandan ke Rawang ni. Yang aku upgrade ke CD kebanyakannya lebih kepada kompilasi atau The Best Of aje.. Pasal satu ketika dulu aku senang nak pasang kat CD changer kereta aku. Tapi la ni dah tak pakai CD dah...main MP3 aje..lagi beribu buleh pasang. Dan sekarang ni pulak aku dah tak drive kereta ke tempat kerja..Lagi tak de masa nak dengar. Maka CD2 aku dah berterabur tah kemana. Bila aku berblogger ni, kenal pulak dengan geng2 riak CDwi ni..Alamak...rasa nyesal pulak aku sepah2kan CD aku dulu..Dan keset2 harta karun aku dulu...penuh satu kotak yg isi TV 20". Semua dah terbuang. Memang le keset tu kebanyakan dah tak leh nak bunyi pun. Tapi buleh gak aku riak kesetwi...kan?...

Oklah..memulakan siri Album pilihan aku ni...aku pilih album Bon Jovi Cross Road. Ni album best of. Ada 14 lagu. Penuh dengan lagu2 popular Bon Jovi. Cuma tak banyak lagu2 lama. Bon Jovi ni sebenarnya aku lebih suka album pertama hingga album New Jersey. Pas tu aku dah tawar. Pasal dah mula slow sangat. Album pertama self-title dan album kedua 7800' Fahrenheit adalah album yg aku paling minat. Pasal memang 80's sangat le album ni... Slippery When Wet dan New Jersey dah popular sangat. Album ni ramai yg tau..

Tapi sayang dalam Cross Road ni cuma ada Runaway dari album pertama dan In & out of love dari album kedua. Sedangkan banyak lagi lagu2 best dari dua album tu. Camana..bukan aku yang buat kompilasi ni...Kalau aku yang buat dah tentu ikut selera aku. Dah tentu aku masukkan lagu2 seperti 'Roulette' 'Only Lonely'...

Pada sesiapa yg riak CDwi tu...Nanti le, aku pun nak kumpul balik album2 yg aku minat. Buleh la aku riak pulak...hahahaha! Sabau je laa...



9 comments:

Portdy said...

nice review bro skidrow;

bagi pemuda yang zaman rocknya pada akhir 80s ke era 90s, semestinya Crossroads Bon Jovi menjadi pilihan utama! (sayalah tu...)

macam mana nak citer eh...hmm..keset pertama yang di beli pakai duit kerja warung dulu pun adalah BonJovi-KeepTheFaith, jadi BJ era 90an adalah satu kesan abadi huhuhu...

bila dia keluar Crossroads pulak terus sambar, dapatlah dengar semua lagu2 best bonjovi, tanpa beli album2 dulu2...zaman student nak beli keset pun terpaksa memilih..
Pas tu sibuk nak padam semua simbol cross kat inlay keset tu hehehehe...

pas tu sambar These Days, dark n sad....but i like!

Crossroads is one of the best compilations ever...beside Aerosmith-BigOnes.

dan untuk yang riak cdwi tu, kita tengok sapa yang dapat CD/DVD Crossroads dulu hehehe (sambil mata menjeling ke arah Bro-teromber!)

deaf_angel said...

aku takde cd ni,

tapi aku suka giler dua lagu baru tu Always ngan Someday I be Saturday Night tu.

aku beli dua2 punye single, haha.

Best best best, ngan bonus tracks semua best kat dua2 singles ni

SkiD said...

Portdy...
Try cari lagu2 dari album pertama dan kedua. Best oii...Emm nak kena review The Big Ones ke?..huhuhuu

Deaf..
Aku memang suka simpan CD the best of...tak kira le rock ke new wave ke...janji yg best.

Abang Ben said...

Aku beli kaset Slippery When Wet masa darjah 5. Tengah2 pasang tu ada satu lagu tu intro pompuan meneran... aduuuhhhhhh... payah2 nak pasang kat dalam rumah...

berteromber said...

suka 7800' Fahrenheit eh?..nak suh aku riak ker...tungguuuu..huhuhu..

Portdy..crossroad versi tu macam dah tak jumpa arr kat JB..gua bagi can la lu riak...hahahaha

eddie dewanaga said...

semua lagu best2 kat dlm ni...

tapi yg makan emosi memori zaman jahat hostel dulu ialah Never Say Goodbye.

SkiD said...

Abg Ben...
nama pun 'licin bila basah'...huhuhu

Berteromber...
Ooo nak riak ye...silakan..

Eddie...
Never Say Goodbye lagu prom ni...

matakucing said...

ini lah satu2nya album bonjovi yang aku beli hahaha..nak kolek lain2 tak terdaya huhuhu tu jam memang giler always

Takilala said...

Aku suka These Days. Banyak kenangan. Huhuhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...