Tuesday, April 06, 2010

Alive & Screaming

Dah lama rasanya aku tak bercerita pasal album2 kegemaran aku pada era 80an dulu. Kali ni aku kembali nak cerita pasal album2 yg pernah bertahta dihati ku..(ewahhh!) Aku ingat nak pilih genre new wave... tapi nanti dulu laa. Semalam kembur2 stor...terjumpa keset apache (tinggal keset je..cover dah hancur dimakan lipas). Itulah album Krokus..Alive and Screaming. Ini album 'live' sebenarnya. Tengok keset yg dah hancur tu, teringat aku nostalgia masa 80an dulu...kat mana beli keset tu, siap naik bas mini no 25, suruh brother driver bas tu pasang tape ni. (Brother bas tu aku kenal, hari2 naik bas dia..pasal bas dia punya audio...perhh!! power.)

Sebelum tu, aku nak kenalkan Krokus. Kepada yang tak pernah tau pun ujudnya band ni, band ni bukan dari US ataupun dari UK. Tapi dari Switzerland. Dah lama dah ujudnya band ni...dari tahun 70an lagi...masa tu aku pun belum kenal rock lagi. Semuanya bermula bila aku tertengok satu rancangan TV Singapore. Tak ingat apa rancangan tu...ada tayang video clip sikit2 lagu2 rock masa tu.. Waktu tu ditahun 1984. Ada beberapa lagu yang lekat dalam kepala aku pada ketika tu, walaupun ditayangkan suku je clip video tu. Antaranya lagu dari Krokus ni...Screaming in the night. Pada ketika tu mana ada info atau youtube macam sekarang ni. So lepas aku dah berhijrah ke KL, baru le aku dapat cari keset2 lagu2 yg aku dengar dulu. Mula2 memang tak de pun keset penuh Krokus ni...cuma ada kompilasi Kerangg je. Lepas tu baru aku jumpa album Alive and Screaming ni. Tapi lagu yang aku minat ni, Screaming in the nighat ni, sebenarnya dari album Headhunter (1983). Setahu aku, ni lah album paling berjaya dari Krokus.(Platinum album kat US). So masa era 90an masa aku gila kumpul CD2...tak terjumpa pulak CD ni...jadi tak de le dalam koleksi aku...Sekarang? aku dah pencen dari beli CD. Lama dah...last CD aku pun tak silap tahun 1997 agaknya.

Setahu aku Krokus ni masih ujud lagi. Mungkin dah dibarisi orang lain dah. Aku pun malas nak ambik tau. Apa yang masih segar dalam kepala aku... Lagu2 diaorang di pertengahan 80an dulu. Lepas ni mungkin aku nak cerita pasal New Wave pulak... jangan gelak arrr...!! Hidup 80's...!!


7 comments:

berteromber said...

aku Krokus ni kurang sikit...dulu zaman2 sekolah aku ada saputangan yg ada logo2 band rock zaman tu...Maiden,Dio,Ozzy,WASP,Accept,Motley Crue,Ratt,ACDC dan ntah apa lagi aku pun dah tak ingat...dan Krokus adalah salah satu darinya...

tapi ntah kenapa...dalam banyak2 tu Krokus je yang aku takder kaset apachenya..

JAIRO said...

aku tak pernah la dgr band ni....

Portdy said...

ok, gua menyerah sambil angkat tangan , memang tak pernah dengar ini Krokus.....

gayour said...

81, 82.. gua kenal dan layan lagu2 krokus temasuk album live ni. biasak la cap apache dan foot print. rasanya ada lagi kaset live ni. kena selongkar balik. heh!

album 'head hunter' seperti album germany accept'restless and wild' yang dimulakan dengan lagu speed metal "head hunter " dan "fast as a shark".

satu lagi album switzerland krokus yang gua suka ialah "heart attack" dengan dua buah lagu speed "axx attack" dan "speed up".

"...Feel the heat
Throw your bodies into the fire
Time to feed
Headhunter
Headhunter
Headhunter
Headhunter aahh!"

SkiD said...

Berteromber..
Krokus ni tak banyak sangat lagu yg best...paling best pun album Headhunter je..

Jairo & Portdy...
memang le lu tak pernah dengar..Ini untuk orang2 lama je, macam Berteromber...hehehehe!

SkiD said...

Bro Gayour..
memang orang lama je yg tahu...

deaf_angel said...

fren

aku ada double dvd footage Dortmund Festival 1983..
Krokus dalam 5 lagu live..
i think u will love it si mamat singer tu pakai baju ntah hapa hapa ntah haha
the rest of the bands are the who's who of rock.

ko nak dvd dia? aku bleh burn tapi aku ni lambat sikit la...
berteromber nye aku dah burn pun tak post kat dia sampai skarang haha

just sms me your snail mail address kat line singapore aku
97904055 , kalo dari msia ko taruk +65 kat depan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...