Thursday, May 21, 2009

You Can't Bring Me Down

What the hell’s going on around here?…jeritan Mike Muir..!! Tu le intro lagu ni, You can’t bring me down. Kali ni aku nak cerita pasal band yang satu ni..Suicidal Tendencies. Semuanya bermula bila aku didengarkan dengan lagu ‘How Will I Laugh Tomorrow…’ terus menyusuk masuk ke kepala aku. Dari situ le bermulanya aku berminat dengan muzik mereka. Tahun 1989 pada ketika tu, menjadi salah satu keset favourite aku. Pada mereka yg tak tau (yg tahu tak pe la), Suicidal Tendencies ni berasal dari Venice, bukan Italy..tapi Los Angeles. Muzik diaorang asalnya Punk rock. Dengan dressing ala-ala gengster Maxico gitu.

Layan dulu lagu yg memperkenalkan aku pada Suicidal Tendencies.



Tapi masa aku mula layan muzik diaorang..(1989) dah jadi Heavy Metal dah..ala-ala Trash gitu. Semuanya pasal band members yg dah bertukar. Lebih-lebih lagi bila Rocky George (lead guitar) dan Robert Trujillo (bass) join Suicidal. Mereka ni yg membawa unsur-unsur Heavy dan Trash ke dalam Suicidal. Trujillo sekarang ni memang ramai yg kenal. Pasal dia dah join Metallica sekarang ni. Tapi Rocky George tak tau pulak hilang kemana..(sapa yg tau tu info le kat aku). Pasal aku suka dengan solo guitar dia. Buleh hayati sendiri le lagu2 dalam album yg aku nak cerita ni..’Light…Camera…Revolution!’


’Light…Camera…Revolution!’ yang keluar pada tahun 1990 pada aku adalah album masterpiece dari diaorang. Sampai sekarang, kalau ada masa aku still layan lagi lagu-lagu dalam album ni. Ada 10 lagu dalam album ni.
1.You can’t bring me down.
2. Lost again
3. Alone
4. Lovely
5. Give it revolution
6. Get whacked
7. Send me your money
8. Emotion no 13
9. Disco’s out, murder’s in
10. Go’n breakdown

Kita layan lagu first dari album ni...



Pada aku semua lagunya best. Tak payah nak skip. Yang aku masih ingat lagi, masa tu aku baru putus cintan(tak pernah citer lagi ni)..hehehe! biasanya orang dengar lagu yg tangkap leleh.. Tapi aku layan lagu ‘Alone’. Ye le lagu Suicidal ni macam memberontak sikit. Masa tu aku baru awal 20an. Jiwa pun tengah memberontak la…Putus cintan pun layan lagu heavy….hehehe!

Aku nak ajak korang layan lagu Alone ni…



Tapi album seterusnya agak mellow sangat. The Art of Rebellion. pada aku kureng le sikit. Kalau sekarang dengar ok kot. Pasal telinga pun dah tua. hehehe!

6 comments:

JAIRO said...

isk mmg klasik dah band ni... mcm hampir pupus dalam ingatan aku nasib baik kau kasi refresh!!!

berteromber said...

Rocky George ni memang underated la..mungkin pasal dia bukan mat saleh...tapi solo2 dia memang aku minat betul..sekarang dia dah join Fishbone...

kalau la dia ngan mike muir boleh join balik...mesti best...trujilo susah la...dia dah glamer dah...haha..

cis...aku baru cadang nak buat citer pasal Light camera...ko dah potong...hahaha

deaf_angel said...

tak pernah dengar tapi aku suka logo dia dan kaset kover dorang lawa2 huhu

SkiD said...

Jairo,
kasi dengar balik...

Berteromber,
Ha ha ha, Ko citer pasal album yg lain la..ko ada CD yg lain kan.. aku ada kaset je. tu pun cover dah kena gigit lipas.

Deaf,
Haa, sekarang lu kena dengar, boleh layan punya lagu diaorang.

ROKATUA said...

Trujillo dah join Rockstar pakei Prada & Versace.

Mana kelas nak join balik Suicidal. :)

eddie dewanaga said...

Rocky dah masuk funk/ska/metal band Fishbone... sangap siot nak layan...!!

ST ni image macam Latino gangsters...

"..blood in, blood out!!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...