Wednesday, March 10, 2010

Deep Purple

Kali ni aku nak cerita pasal band yang klasik ni... Deep Purple. Sapa yang tak kenal Deep Purple kan!!Aku mula belajar dengar lagu2 Deep Purple di sekitar awal 80an. Masa tu tak tau pun album apa. Dengarkeset lagu campur2 dari album2 70an dulu. Antara lagu yang memperkenalkan aku pada DP ni...adalahlagu Soldier of Fortune. Lagu di era David Coverdale. Dulu aku pun tak tau lagu ni dari album mana.Main dengar je...Maklum le dulu2 cetak rompak. Jarang ada album penuh. Kebanyakannya lagu campur2.Lepas tu baru belajar dengar lagu2 yg heavy sikit dari DP ni...baru le kenal Higway Star, Smoke On the Water,Tapi lagu lama DP ni yg paling aku layan...lagu Child In Time. Dari album Deep Purple In Rock tahun 1970.Panjang lagu ni...ada 10 minit kot. Rasa macam tak abis2...

Selepas tahun 1975, DP tak de lagi album studio. Kemudian pada tahun 1984 DP muncul semula dengan album studio terbaru ketika tu. Dibarisi ahli2 klasik yg dikenali dgn Mark 11. Memang teruja le nak dengar DP baru.Perfect Strangers. Kalau tak salah aku, aku beli keset Perfect Strangers selepas aku beli Love At The First Stings. Antara keset2 rock full album terawal yang aku beli. Dah tentu le masa tu keset lanun. Lagipun 1985 aku baru belajar nak berjinak2 dgn rock keras.(Masa tu masih syok layan Duran2, Tears For Fears, A-Ha...dll).Walaupun lagu2 DP yang 70an aku minat jugak...tapi bukan sezaman dgn aku. So album Perfect Strangers memang menarik pada aku, kerana keluar masa sezaman dgn aku.(Kira semasa laa). Kerana keset2 aku telah pun punah, jadi aku simpan la CD The Best Of Deep Purple In The 80's ni...keluaran 1991.

Ada 11 track semuanya dalam album ni. Kompilasi lagu2 dari album2 80an, termasuk lagu2 lama 70an yang dirakam semula dari album Nobody Perfect.
Nota: Tanpa aku sedari, aku ada 2 copy CD ni. So ada sapa2 berminat...boleh le aku tukar suka sama suka dgn CD lain. Ada yang berminat ke?


7 comments:

Ijau D. Koceng said...

tu shots nak tunjuk cd ke nak tunjuk depth of field? >:)

eddie dewanaga said...

kalau ada 'lazy', 'wasted sunset' dan 'gypsy's kiss' lagi best...

SkiD said...

Ijau...
kedua-duanya sekali...

Eddie Naga...
Ni bukan full album Perfect Strangers...

berteromber said...

Deep Purple Mk2 memang yg paling best...reunion di thn 80an pun menjadi...Perfect Strangers memang terbaik!

Portdy said...

wasted sunset..... priceless

deaf_angel said...

deep purple ni,
mungkin ada 20? 30? 40? lagu dorang yang pada aku sangat gerekkk sekali..

yang lain2 pun best jugak..

gayour said...

kali pertama gua dengar lagu2 berpuaka deep purple pada tahun 80, 81 masa joget lambak tengah malam kat kenduri kawen. " uikz, lagu apo tu?", tanya gua pada kawan gua yang pasang kaset kompilasi Deepest Purple: The Very Best of Deep Purple kepunyaan bradernya. "deep purple"... tegas beliau. itu la lagu2 paling keras, berat dan laju pernah gua dengar selain dari the scorpions, motorhead dan ac/dc

burn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...