Monday, July 13, 2009

Mabuk Durian.

Durian..raja segala buah!

Sekarang ni musim durian. Banyak le jumpa orang jual durian kat tepi2 jalan. Aku tak berapa minat nak beli. Pasal kalau nak makan puas2 sampai termuntah durian..gi je la ke dusun aku. Dusun aku???... Dusun Pak Mertua le..bila pulak aku rampas kuasa ni. So cuti hujung minggu lepas aku balik Pahang. Pak mertua suruh balik makan durian. Boleh le tahan banyaknya. Bila dah ada kat pangkal pokok..tak rasa nak makan dah..muak!!. Bila sikit, macam nak rak makan.

Isi minyak dalam perjalanan pulang ke kampung.

Kat kebun ni bukan hanya durian je. Macam2 ada!!..Setiap kali musim buah, memang Pak Mertua aku paksa balik. Kekadang malas gak. Pasal aku makan pun tak seberapa sangat. Tapi kerana nak jaga hati Pak Mertua, balik le jugak walaupun 2 hari je...

Ini bukan durian. Ni nangka namanya...

Ada berbagai2 jenis durian kat dusun ni...Ada yg isi kuning, ada yg isi putih...Tah, aku pun bukan arif sangat dengan nama durian ni. Kena tanya dgn orang yg gila durian, baru le tau nama2 jenis durian ni. Aku tau makan je..janji sedap.

Makan jangan tak makan.

Biasa le bila balik ni...nak balik KL mesti dibekalkan dgn buah2an ni...Tu le benda yg aku paling lemah. Banyak sangat le yg disuruh bawak balik. Tak bawak takut kecik hati..susah nanti!! Penuh bonet 'BMW' aku...hehehe! Seksa oii nak balik KL. Paling seksa nak panjat bukit Genting...merangkak2 'BMW' tua aku tu..hehehe!...tu laa, ingat nak pakai Hilux Commonrail, buleh bawak bebanyak...dgn pokok2 durian sekali pun buleh bawak..(anak durian lee!!)

Rambutan pun ada. Panjat je laa..

Maka minggu ni aku mabuk durian je la. Yang dah tak termakan tu, buat lempuk ke, gula derian ke...pon sodap!! Tapi tahun ni durian Pahang tak berapa menjadi. Tak banyak sangat. Kalau banyak, hendak aku ajak member2 datang sekali. Buleh rasa durian baru gugur camana...

Ni buah apa ni?..Duku.

Pokok Durian...

Ni buahnya..

Mabuk le tengok durian bebanyak ni...

Dalam dusun buah2an.

Nyamuk banyak ni..tu yg aku lemah tu...

Buah durian dari atas pokok. Bila nak gugur ni?

Dah kenyang. Balik le...berat kereta bawak durian...

10 comments:

eddie dewanaga said...

bikin kuah durian, cicah roti...

syurgawi pelangi!

SkiD said...

Eddie....
idea yg bernas..meleleh air liur...

matakucing said...

uihhh jauhkan durian itu aku rela bau petai dari bau durian huhuhu

ROKATUA said...

Ada lebih, pass-pass, ah kat kengkawan kat sini. :)

berteromber said...

durian kota gelangi eh...durian ulu tiram dah abis la..tinggal rambutan,mangis dan pulasan...ada brani?

Portdy said...

err...DURAN DURAN rules!

SkiD said...

matakucing...
Tak minat durian ke?..hehehe

Rokatua..
Dah abis le..nak bagi kat jiran pun tak cukup..dapat sorang 2 biji je..

Berteromber...
Ni durian Kota Gelangi...durian Ulu Tiram dah abis ke?..tak beritahu aku pun...

Portdy...
Durian Muor ada lagi tak?

deaf_angel said...

i love the photos!!

SkiD said...

deaf..
belajo2 nak pakai DSLR lepas ni..

Abu Ikhlas said...

skid,

kata dok kat umah...pas pas la......kalau tau hang ada banyak durian tak lah aku beli kat simpang empat tu...uhukuhuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...