Thursday, July 30, 2009

Face The Heat

Kali ni dalam siri riak CDwi ni..hehehe.. Aku nak review album Scorpions-Face The Heat. Kenapa aku pilih album ni..walaupun album ni tak le berapa popular dari album2 Scorpions yang lain. Ada 2 sebab...
1. Pasal Berteromber tak de CD ni...huhuhu..
2. Atas permintaan Sdr Portdy.
Album ni keluar pada tahun 1993. Album studio yang keberapa pun aku dah tak ingat. Tapi tak silap aku album studio ke 2 dibawah label PolyGram. Pasal Scorpions bermula dgn label RCA (zaman uncle Uli dulu la), pas tu label EMI. Kemudian berpindah ke PolyGram.

Album ni diproduce oleh Bruce Fairbairn dan Scorpions sendiri. Terus terang aku kata, yang aku dah lama tak dengar lagu2 dari album ni. Bila Sdr Portdy review lagu2 bonus dalam album ni, aku pun blur je...ada ke lagu tu?..Rupa2nya bila aku check balik, memang ada... Mengikut CD aku ni yg dicetak kat Segambut..(yg ni aku tambah sesedap rasa) ada 13 buah lagu. Track list malas aku nak taip. Cukup le aku kata yg paling popular lagu Under The Same Sun. yang lain2 macam Alien Nation, No Pain No Gain...dan lain2 le...

Album ni dirakam kat Little Mountain Sound Studio kat Vancouver, Rawang..eh..Canada le..!!
Macam2 kredit ada dalam inlay dia. Macam Opera voice pada lagu Ship of Fools..dari Helen Donath. Sapa?..aku pun tak kenal...dan macam2 lagi le. Pengakuan iklas aku...CD ni aku beli pun pasal pada ketika tu CD baru muncul dan berleluasa. Nak kata favourate aku pun tak jugak. Aku lebih prefer album2 70's dan early 80's Scorpions lagi. Tu pasal aku jarang bukak CD ni...


Errr... CD yang belakang tu nak review ke? Kalau ada permintaan buleh gak..aku bukak isi dalamnya...




12 comments:

eddie dewanaga said...

as i told encik portdy earlier, gua suka sangat dgn guitar works untuk 'alien nation'....

rangup, ini baru hard rock!

Portdy said...

nice review bro skidrow,
dapat gak tengok inlay cd ni, before this asyik tengok keset je...
...sama ngan encik eddie, suka dengan guitar work alien nation, no pain no gain...

lagu ballad dia sudah tentu Lonely Night dan Woman...

apa lagu popular dia tu? under the same sun? tak suka sangat...terlalu nak jadi Wind of change.

deaf_angel said...

ni album memang dah zaman kureng sikit minat aku kat scorpions.

beb yang belakang tu review beb, pasal ada Living For Tomorrow live kan? tak salah aku.

tu lagu album lain takde kot.

Abang Ben said...

teringat yang aku ada Humanity punya album tapi tak rebiu lagi... Nanti senang aku rebiu.

SkiD said...

Eddie...
Betul..betul...betul..

Portdy...
Haa..pas ni aku nak review BigOnes khas untuk ko...

Deaf...
Kalau ada masa, aku review CD yg belakang tu pulak..

Adg Ben...
rebiu leee..jangan tak rebiu..

Portdy said...

bro depp;
living for tomorrow ada juga dalam album LIVEBITES ...
sama je track dengan yg Stilllovingyou punya kompilasi kaler merah jambu tu..

eh bro skid, dulu perasan kan macam cd yang kaler merah jambu tu ada versi kaler lain kan? ijau ke apa ...

bigones cd silakan review..
nanti wa rebiu keset hehehe
nak rebiu album "a little south of sanity " ntah kemana gi cover dia, tinggal keset je

berteromber said...

haha..zaman ni gua dah thrash gila babas..mana nak follow Scorpions ni..huhu.

matakucing said...

hoho alien nation ni slalu abg aku pasang kat minicompo..dung dang dung dang. ala bro skid alang2 tapau jer la review semua cd tu huhuhu

Takilala said...

Gua sama cam berteromber. Thrash serbuk kari babas. Aku tau satu lagu je, lagu Under the same sun. Huhu.

SkiD said...

Portdy...
Yg versi kaler ijau tu aku tak pasti pulak. Tapi memang ada. Tersalah cetak kot..
BigOnes nanti le, ramai yg ada CD ni....aku nak rebiu yg rare punya...

Berteromber...
Ye la tu..

Matakucing...
Nanti ada masa aku rebiu le semua-semua...

Takilala...
Thrash..thrash jugak..mainstream metal kena dengor jugak. tak gitu?..

Saudagar Mimpi ... said...

Salam perkenalan saudara.
Aku minat jugak kat Scorpions ni, kira tak miss la beli CD diorang ni.
Minat aku terhadap karya diorang ni merosot selepas diorang buat album Moment of Glory dan Acoustica.

"Dari biarkan orang lain rosakkan lagu kami, baik kami rosakkan lagu kami sendiri"
Kata-kata ini selalu bermain dalam fikiran aku setiap kali mendengar semula dua album itu
hehheheh

J said...

gua slalu dgr alien nation time lalu kat kedai muzik, apa jadahnya tiap kali wa lalu mesti psg lagu tu pon wa taktau...so, wa tau lagu tu jek la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...