Thursday, July 09, 2009

Menace To Sobriety

Ugly Kid Joe... ramai le mat2 rock yg kenal band ni...Mula bertapak awal 90an.. Band ni berasal dari California. Mula menerjah dunia rock dgn album America's Least Wanted pada tahun 1992. Dan dah tentu ramai yang ingat lagu Cat's in the cradle. Tapi pada yg minat lagu2 heavy...tentu lebih tahu lagu 'Neighbor' dan lain2 le...Album ni memang best..tak rugi kalau beli.


Tapi aku nak citer lebih pasal album kedua band ni...'Menace To Sobriety'. Album ni tak berapa hit dipasaran..kat sini mahupun kat US. Album ni kuar tahun 1995.(tahun ni gak aku mendirikan rumah tangga..huhuhu!) Mungkin pada masa ni genre Alternetif tengah menguasai pasaran. Sedangkan Menace To Sobriety makin heavy dari album pertama. Ni le antara CD yg terakhir aku beli masa ia release. 1996 ke atas aku dah mula meninggalkan agenda membeli keset mahupun CD, kerana komitmen dah mula berubah...maklum le dah ada keluarga...hehehe!

Tapi pada aku album ni menarik. Lebih 'heavy' dari yg pertama..bermula dengan track 'Intro'nya, diikuti dgn 'God'. Dan single pertama album ni.. Tomorrow's World.. dan diikuti 'Clover'..yg agak bingit bagi yg baru2 nak kenal rock. Milkman's son antara track kegemaran aku. 'Cloudy Skies' adalah antara track slow dalam album ni...layan memalam sebelum nak tido memang best. Dan seterusnya beberapa fast track...'10/10','VIP','Oompa'...dan lagu slow lagi...Candle Song...!

Apakata kita layan Milkman's Son

9 comments:

Portdy said...

gua suka cats, sama Everyting About you,
itu Motel California tak de eh bro?

SkiD said...

Portdy...
Motel California tu dah zaman aku tak beli CD dah...so tak berapa nak layan le...

deaf_angel said...

aku tahu ni band pasal lagu Cat In The Cradle. I like huhu.

SkiD said...

Deaf..
Tu le, ramai yg kenal band ni pasal Cat in the cradle...

berteromber said...

zaman 90's..org tgh sibuk grunge dan alternative..dia org tetap dgn hard rock dan metalnya..best

aku suka suara Whitfield Crane ni..sayangnya selepas UJK berkubur dia pun senyap...ada try buat comeback ngan Another Animal (side projek band Godsmack) tapi tak best..

eddie dewanaga said...

sebuah band yg hebat tapi cuma 8 tahun saja umurnya... gua gila betul dgn album (budak kecik flip his middle finger tu...) especially...

"...mr recordman, do you know who I am ?
mr recordman, do you really think I can ?
I've takin' a likin' to your game
I think we all, we feel the same
Is this a dream of is it real
You say you want to cut a deal..?"


hahaha... lagu satu yg agak berat, Goddamn Devil... yg hits2 tu jgn cerita lah, memang meletup TEBAA BOW!!

album kedua dan yg ketiga sebelum tutp kedai, gua langsung kurang ambik port, main sedut je ikut Ares.

SkiD said...

Berteromber...
memang betul..

eddie...
Album pertama tu memang ramai yg tau...tu sebab gua lebih tekan pada album kedua...

JAIRO said...

american most wanted.. ni fav album masa zaman sekolah menengah ni hehehehehehehe....

Ijau D. Koceng said...

album menace to sobriety ni antara album yg memperkenalkan aku kpd muzik hard-rock dan metal waktu aku gila alternative dan grunge 94-95 dulu. satu2nya album UKJ yg aku ada (dan suka) riff2 gitarnya keras dan berat

kaset dah ada, beli zmn usm dulu. cd baru je menang bid kat ebay, nnti dah smpi aku review. bg aku, kecuali oompa semua lagu2 dlm album ni best2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...