Saturday, February 06, 2010

My New Toy!!

Akhirnya... Dapat jugak aku tangkap sebuah kamera DSLR. Ini lah dia Canon EOS 500D. Akhirnya aku pilih Canon. Kenapa? entahlah...aku pun tak boleh nak beri jawapan yang tepat. Mungkin kena racun baik punya dari member2 kem Canon. Untuk member2 kem Nikon, sorry guys!! racun korang tak berapa power... Dengan berat hati aku beraleh kem dari Nikon ke Canon. Apa yang menariknya EOS 500D ni? Pada asasnya, sama je dgn DSLR yang sekelas dengannya. Dari segi AF point, Canon memang kurang dari Nikon. Biasalah...ada pro dan contranya... Dari segi Megapixel...15, berbanding 12 pada Nikon. Tapi sensor DSLR besar...tak bawak banyak beza pun. Cuma sejak akhir2 ni, member2 pemilik Canon promosi abis2an kat aku. Diberi macam 'test drive' dgn EOS 450D. Jadi aku dah serasi pulak dengan menu dan setting Canon. Satu kelebihan 500D ni, buleh tangkap video full HD. Yang tak de pada kamera yang sekelas dengannya.

Kerana bajet terhad, aku cuma ambik basic set aje. Dengan harga bawah RM2.9k, aku dapat bag free, memori kad 8gb, UV filter.....apa lagi?..tu je laa... banyak cekadak nak mintak macam2. Target aku lepas ni nak tangkap lens pulak. Pasal kit lens yang datang dgn kamera ni terlalu basic sangat. Mungkin aku nak tangkap 50mm f1.8 II. Paling murah dalam koleksi Lens Canon. Tapi menghasilkan gambar yg menarik. Dgn f1.8, cukup menarik untuk DOF dan bokeh. (apa bendaalah ni?..Lain kali aku terangkan). Dan satu lagi lens EF 70-300mm, sesuai sangat untuk skodeng...huhuhuhu!!

Buat masa ni, setakat ni je la test shot yang aku dapat buat. Belum test dengan penuh teknikal lagi. Bagi aku mesera dulu dengan EOS 500D ni dulu.

Lepas ni aku akan buat experiment dgn low light pulak... Tu yang nak tangkap lens 50mm tu. Tripod kena ada oiii...lupa pulak. hehehehe!!!



11 comments:

Ijau D. Koceng said...

aku baru je balik dari family party jabatan, jadik cameraman handle 3 kamera skaligus, eos 500d (hak milik k'jaan), sony handycam (hak milik k'jaan) dan personal cybershot murahan >;)

500d not bad, lebih 'nyaman' dan 'besar' drp 450d yg slalu aku guna...

Portdy said...

tahniah bRO!

rajin2 upload gambo pemandangan nan permai, gadis manis berlari2 riang, pelangi indah, burung camar hinggap di jejari.....

Takilala said...

Welkam 2 da klab. haha. Aku guna 450D.

deaf_angel said...

happening ah ni macam dah ada dslr..

eddie dewanaga said...

hehehe... gua memang failed pasal kamera ni beb... haram tak reti dan mungkin kerana kurang minat, sebelum henfon gua ilang, the only thing that captured my sorry life was nokia 3.2mp.

brader2 gua yg lain ada juga minat benda2 ni, ada yg masuk kelas. ada yg start saving utk gadget yg lebih latest.

Abu Ikhlas said...

wow best tu.....aku punya yg lama dah 350D. Rasa nak upgrade gak kasi kat anak. balik nanti boleh kos dgn mu ok....

Muda said...

Bro..bila kau beli benda tu....Cayalah..aku nak juga tapi kau dulu yg dapat tahniah...ada masa bolehlah outing sekali..

berteromber said...

fuyoooo... bila nak bagi aku test drive...hehehe

JAIRO said...

tahniah.. walaupun aku ni geng nikon.. its ok.. pilihan di tangan anda.. duit kau heheheheh btw 500D mmg sebuah kamera yang bagus... nanti up byk2 gambar k.. cheers

matakucing said...

WAH SEMUA DAH LAYAN FOTO NI HUUHU

SkiD said...

Tu le dia...fotografi ni memang hobi aku...cuma tak secara serius..
Banyak kena belajar lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...