Friday, January 29, 2010

Pada Setiap Tahun......

Pemandangan Batu Caves dari opis aku...
Pada setiap tahun, terjadi le kejadian ni kat area Batu Caves ni...bukan sehari, kekadang sampai 2-3 hari. Lebih2 lagi pada hari kejadian. Membawa masaalah besar kepada lalu lintas.
Pagi ni je...kekawan aku yang memandu ke opis...hampir semuanya lewat punch-card. Mananya tak...Jalan MRR2 depan Batu Caves dah macam padang letak kereta. Aku yang naik motor pun sangkut2 jugak. Nasib baik hari kejadian tu jatuh esok, iaitu hari Sabtu. Hari Ahad cuti, Isnin pun cuti Hari Wilayah. So hari Selasa dah reda la. Kalau hari kejadian jatuh tengah2 minggu...memang parah. Dulu2 masa aku memandu ke opis, sanggup aku ambik cuti sehari sebelum dan sehari selepas hari kejadian. Pasal malas nak terlibat dengan 'upacara parking tengah jalan'. Tu belum lagi kes parking depan opis aku...Contohnya macam petang ni... Kalau dulu2 siap ada yang dah tarik tali buat lot parking depan opis aku. Aku yang nak balik kerja petang tu, tak leh nak keluar. Habis kereta kena block. Siap ada pulak yang mintak duit parking. Apa hal pulak... Semenjak ada balai polis kat block opis aku ni, keadaan terkawal le sikit. Tak de le orang buat lot parking haram awal2 lagi. Opis sebelah aku ni (Company besar jugak la)..hari ni dah bagi staff diaorang cuti. Tak nak terlibat dengan kesesakan kat sini.
Semenjak aku naik motor ni, tak le haru sangat nak balik petang ni.. Kalau bawak kereta, jawabnya lepas solat Jumaat terus blah laa...
Tu la dia Batu Caves dan Hari Taipusam....

Wednesday, January 20, 2010

Yang Mana Satu.....

Gambar diambil dari kamera Nikon antik aku.

Dah lama dah aku berhajat nak tangkap DSLR baru. Dari awal tahun lepas lagi aku puas intai2 model mana yang aku nak sambar. Tahun lepas aje beberapa model baru diperkenalkan. Ni yang buat aku makin teruja. Dan ketika ni, aku makin hampir untuk sambar sebuah kemera Digital SLR. Cuma persoalannya, yang mana satu?...Ewah macam le aku pro sangat tangkap gambo... Tapi ye laa...nak beli biar le puas hati. Walaupun tak berapa cekap sangat pun nak pakai. Setelah dibuat saringan...maka dah tolak jenama2 lain...Final tinggal 2 jenama je yang menusuk kalbu. Canon dan Nikon. Dan selepas dikira bajet dan tahap ke'pro'an...(ada ke bahasa cam ni)..maka tinggal 3 model je dalam perhatian. Iaitu Canon 500D, Nikon D90 dan Nikon D5000. Harga aku dah survey. Memang sesuai dengan bajet aku. Dan aku dah jumpa kedai yang paling murah dikalangan yang menawarkan harga rendah.
Cuma kat sini aku nak mintak pandangan kekawan yang dah lama guna DSLR ni. Yang mana satu korang sarankan untuk aku. En Hijau baru dapat 500D(hak Kerajaan). Amacam ok tak?
Jairo dan Takilala..apa komen ko orang? Biasa la, sapa dah pakai Nikon akan kata Nikon lagi baik. Dan gitu jugak pengguna Canon. Apa kata En Deaf?

Canon 500D juga dikenali dengan Rebel T1i kat US.

Nikon D5000 dengan display yang boleh pusing2...


Nikon D90...Tapi model ni agak lama(2008)

Sunday, January 10, 2010

Bercanda Di Pudu Raya.


Inilah entry pertama aku semenjak masuk tahun baru 2010 ni. Tak sempat nak update blog aku. Cuti hujung tahun pun penuh dengan entah apa-apa tah..
Cerita kali ni lebih kepada kenangan aku ditahun 2009. Macam2 benda terjadi. Kalau nak cerita semua rasa2nya panjang sangat. Aku pilih cerita pasal kerja aku.

Dah lama sebenarnya aku tak berkerja waktu malam. Tapi hujung tahun 2009 ari tu, aku terpaksa kerja waktu malam. Site di Pudu Raya. Tempat ni memang tak sesuai untuk buat kerja macam aku ni pada waktu siang. Terlalu sibuk dan padat. Nak wat camana...kalau nak skodeng amoi boleh la.... Jadi aku pun kena le buat kerja waktu malam. Bermula 11.30pm dan berakhir 4.00am.

Walaupun waktu pukul 11.30 malam, Puduraya tetap sibuk. Bas2 Ekspress mula mengambil penumpang. Tapi tak sesibuk waktu siang. Seronok sebenarnya berkerja malam ni. Cuaca pun tak panas. Sedar2 dah pagi. Tapi KL tetap ada orang. Tak tau bila yang sunyi.

Tu belum lagi melayan pemandu2 teksi yang menunggu penumpang. Lalu sorang...tanya.. 'Nak buat apa ni?' Lenguh rasanya nak menjawab. Aku kata je, 'Biasala, negara nak maju...macam2 projek nak buat.'

Satu je tak syok kerja malam ni. Waktu nak balik. Pepagi buta ni memang banyak road block. Polis bila tengok kereta penuh je...lebih2 lagi semua jantan. Tentu le kena tahan. Dah le sorang2 muka macam pecah pintu. Macam2 kena tanya. Boring betul. Aku kata baru balik kerja pun, polis macam tak caya je... Nak tengok IC la bebagai. Tapi tak de apa2 la. Polis pun nak buat kerja dia gak.

So tengok le gambo2 Puduraya yang aku ambik ni...tak cantik langsung gambo ni.
Maklum la dengan kemera Nikon antik aku yg dah boleh letak depan tangga muzium. Tu yang cadang nak intai2 DSLR tu...




Nota: Ni projek last aku ditahun 2009. Sebelum aku bercuti hujung tahun sampai tahun baru.

Wednesday, December 30, 2009

Sudah Potong??


Ni betul2 punya iklan. Kalau tak potong lagi mari le datang sini.

Sunday, December 20, 2009

The Real Thing.


Sebenarnya aku menyelongkar kotak2 lama aku. Nak cari keset Skid Row. Entah mana hilangnya. Tapi terjumpa keset ni. Kotak dah tak de. tinggal keset togel aje.

Faith No More album The real thing. Satu-satunya album yang aku layan dari Faith No More. Album keluaran 1989. Memang tahun2 aku tengah kemaruk Heavy Metal. Apa je yang best kata Tommy(tokey keset kat Pertama) aku memang sambar. Memang banyak koleksi keset aku datang dari kedai Tommy kat Pertama Complex. Kebetulan ketika tu aku berkerja kat Medan Mara, sebelah aje. Memang kedai Tommy ni tempat aku lepak2 la.
Mungkin otai2 rock tau le kedai ni.
Apahal cerita kedai keset le pulak...Kembali kepada tajuk. Faith No More ni aku kenal terus ke album ni. Sebenarnya ada 2 album studio sebelum ni. Tak berapa nak layan. Tapi album The Real Thing ni masuk pulak kepala aku. Tu pun gara2 lagu Epic. Memang killer song dalam album ni.
Lepas album ni..aku layan gak Angel Dust. Tapi kurang membuat aku terpegun. Dan album seterusnya aku dah tak layan.
Kepada sesiapa yang tak pernah dengar...boleh le cuba...
Mula dengan lagu ni...Epic!!

Friday, December 18, 2009

Maal Hijrah 1431


Selamat menyambut tahun baru Hijrah. Semoga tahun ini membawa seribu rahmat untuk semua umat Islam.
Sempena tahun baru ni, seperti biasa sama2 le kita berhijrah kearah yang lebih baik.
Sedikit nak cerita pasal bola. Bukan pasal EPL..tapi bola tempatan. Lama beno aku tak tengok bolasepak Malaysia ni. Petang semalam tergerak hati nak tengok. Walaupun pada mulanya aku memang malas nak tengok. Pasal setiap kali aku teruja nak tengok je, Malaysia pasti kecundang. Tapi kali ni..Malaysia seperti yg ramai sedia maklum, dah pun menang. Katanya dah 20 tahun kempunan pingat Emas di sukan SEA. Kali terakhir Malaysia menang pingat Emas..1989. Aku tengok ramai2 kat Dataran Merdeka kalau tak silap aku...siaran langsung. Lepas pada tu bolasepak Malaysia makin suram..
Dari pingat gangsa...dan terusnya langsung tak dapat pigat.
Apa2 pun aku ucapkan tahniah pada budak2 team Malaysia ni. Semoga ni sebagai satu pemulaan. Aku nak tengok Malaysia kembali ke persada bolasepak Asia dan seterusnya mengidam nak tengok Malaysia beraksi di pentas Piala Dunia.
Semoga Hijrah ni membawa seribu perubahan. Salam Maal Hijrah 1431 kepada semua.

Tuesday, December 01, 2009

Perodua Alza...Kereta ke, MPV?


Maka akhirnya aku berpeluang le meng'test drive' Perodua Alza ni. Terlebih dahulu aku terangkan yang test drive unit ni memang le yang terbaik keluar dari kilang. Tak sama dari segi solekan luar mahupun dalam, berbanding yang kat dalam showroom tu. Aku diberitahu, ni le lebihkurang versi Advance yang akan keluar bulan Mac 2010 nanti.(Tapi dah boleh tempah sekarang).
Pertama sekali aku nak cerita pasal keupayaan enjin 1.5 DVVT. Dengan test drive keliling kedai Perodua aje..apalah yang aku boleh katakan. Kereta baru, memang le best. Senyap..suspension pun ok. Power? aku tak test masuk highway atau panjat bukit Genting. So payah nak kata. Pada aku oklah untuk saiz enjin dan body.
Yang keduanya ruang dalaman. Yang ni terpulanglah pada pandangan masing2. Tak perlulah bandingkan dengan Exora. Pasal masing2 dalam kelas yang lain. Apa yang boleh aku kata, kalau nak wagon yang part time MPV...maka Alza dalam ketegori ini. Tapi kalau fulltime MPV 7 seater. Ini bukanlah keretanya.

Ciri2 dalaman pulak. Aku agak tak berkenan dengan meter ditengah2 dashboard. Tapi entahla...dah Toyota punya trademark. Tapi tu kecik punya hal. Lampu meter memang cantik..biru je nampak...gear position, balance minyak..semua dalam bentuk digital. Handbreak dah jadi footbreak. Ni untuk yang auto la.

Tempat duduk pun ok le pada aku. Cuma 3rd row punya tempat duduk tak boleh baringkan satu2. Tempat barang sangat sempit. Kalau nak bawak barang, jawabnya tempat duduk belakang kena baringkan aje. Keseluruhannya...Oklah kalau nak kereta wagon yg nampak sporty. Untuk fulltime MPV..tak sesuai.

Seterusnya harga...emmmm!! Agak mahal pada pandangan aku. Sepatutnya harga dalam lingkungan RM50k hingga RM60k aje. Ni yang basic pun dah RM56k. Tak de ciri2 keselamatan pun. Yang premium dah RM64k. Pun tak ada apa2 yang menarik. Cuma ada ciri2 keselamatan aje.(dua airbeg,EBS dan lain2).
Seterusnya aku nak cerita yang versi Advance pulak.(Seperti dalam gambar). Harganya RM70k. Berbaloi ke? Beza dengan versi Premium cuma tambah skert keliling, leather seat(nampak suram je),GPS dan kemera pandang belakang. Dengan beza RM6k...hanya dapat benda2 yang boleh pasang kat Brother dengan harga yang jauh lebih rendah. Terutama GPS. Kalau built-in memang le aku teruja. Tapi ni pasang atas dashboard. Dengan wayer beserabot. Apa ni??? Baik beli Garmen kat Lok Yatt. Baru RM1k..dapat baik punya units. Leather seat pun tak termasuk panel pintu. Macam pasang kat kedai Ah Hong je. Cuma kamera pandang belakang, yang ni ada sedikit best.
So camana? berbaloi tak nak kuar RM70k untu Perodua Alza Advance ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...