Sunday, January 10, 2010

Bercanda Di Pudu Raya.


Inilah entry pertama aku semenjak masuk tahun baru 2010 ni. Tak sempat nak update blog aku. Cuti hujung tahun pun penuh dengan entah apa-apa tah..
Cerita kali ni lebih kepada kenangan aku ditahun 2009. Macam2 benda terjadi. Kalau nak cerita semua rasa2nya panjang sangat. Aku pilih cerita pasal kerja aku.

Dah lama sebenarnya aku tak berkerja waktu malam. Tapi hujung tahun 2009 ari tu, aku terpaksa kerja waktu malam. Site di Pudu Raya. Tempat ni memang tak sesuai untuk buat kerja macam aku ni pada waktu siang. Terlalu sibuk dan padat. Nak wat camana...kalau nak skodeng amoi boleh la.... Jadi aku pun kena le buat kerja waktu malam. Bermula 11.30pm dan berakhir 4.00am.

Walaupun waktu pukul 11.30 malam, Puduraya tetap sibuk. Bas2 Ekspress mula mengambil penumpang. Tapi tak sesibuk waktu siang. Seronok sebenarnya berkerja malam ni. Cuaca pun tak panas. Sedar2 dah pagi. Tapi KL tetap ada orang. Tak tau bila yang sunyi.

Tu belum lagi melayan pemandu2 teksi yang menunggu penumpang. Lalu sorang...tanya.. 'Nak buat apa ni?' Lenguh rasanya nak menjawab. Aku kata je, 'Biasala, negara nak maju...macam2 projek nak buat.'

Satu je tak syok kerja malam ni. Waktu nak balik. Pepagi buta ni memang banyak road block. Polis bila tengok kereta penuh je...lebih2 lagi semua jantan. Tentu le kena tahan. Dah le sorang2 muka macam pecah pintu. Macam2 kena tanya. Boring betul. Aku kata baru balik kerja pun, polis macam tak caya je... Nak tengok IC la bebagai. Tapi tak de apa2 la. Polis pun nak buat kerja dia gak.

So tengok le gambo2 Puduraya yang aku ambik ni...tak cantik langsung gambo ni.
Maklum la dengan kemera Nikon antik aku yg dah boleh letak depan tangga muzium. Tu yang cadang nak intai2 DSLR tu...




Nota: Ni projek last aku ditahun 2009. Sebelum aku bercuti hujung tahun sampai tahun baru.

5 comments:

deaf-angel said...

puduraya..

ni la antara tempat penting dalam kehidupan aku..

tak pernah tido, tak pernah kesunyian 24 jam 365 hari.

kadang2 aku sampai kul 4 pagi, aku nak tunggu lrt start kul 6, aku mendangok la kat kedai2 deret kfc tu.
Dalam puduraya dah takde tempat lepak, smua bangku orang dah tido dah haha.
tapi aku suka tengok kul 6 lebih, pak guard smua suruh dorang bangun tido haha

Abu Ikhlas said...

lama dah tak ke sana sejak zaman student. Tak sanggup nak gelomang dgn asap bas lagi.

Takilala said...

aku pernah tunggu mmbr dtg ambik kat sini, masa tu sampai (dr pasir gudang) jam 3 or 4 pagi, aku + Bob (Damokis) + Fauzi (Damokis/Plague of Happiness) and a few others, sbb hr tu diorg (Damokis) ada show kat dewan cina kat petaling street. Masa tgh tunggu tu, ada sorg mmbr ni yg dah kena tembak ngan taik gagak.. huhuhu. waktu mcm tu pun gagak still aktif lg. KL oh KL..

berteromber said...

dulu zaman duk KL sabtu ahad balik JB...pagi2 isnin pukul 4,5 pagi sure aku dah tercanguk kat puduraya ni (naik bass pkl 12 mlm dari JB)...mundar mandir tak tau nak buat sambil tunggu bas mini nak balik Taman Kosas pukul 6 pagi...kenangan..kenangan...dah lama betul tak gi puduraya.

eddie dewanaga said...

wah... lu punya hasil kerja photoshoot pun dah seganas deaf angel... good job!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...