Wednesday, January 20, 2010

Yang Mana Satu.....

Gambar diambil dari kamera Nikon antik aku.

Dah lama dah aku berhajat nak tangkap DSLR baru. Dari awal tahun lepas lagi aku puas intai2 model mana yang aku nak sambar. Tahun lepas aje beberapa model baru diperkenalkan. Ni yang buat aku makin teruja. Dan ketika ni, aku makin hampir untuk sambar sebuah kemera Digital SLR. Cuma persoalannya, yang mana satu?...Ewah macam le aku pro sangat tangkap gambo... Tapi ye laa...nak beli biar le puas hati. Walaupun tak berapa cekap sangat pun nak pakai. Setelah dibuat saringan...maka dah tolak jenama2 lain...Final tinggal 2 jenama je yang menusuk kalbu. Canon dan Nikon. Dan selepas dikira bajet dan tahap ke'pro'an...(ada ke bahasa cam ni)..maka tinggal 3 model je dalam perhatian. Iaitu Canon 500D, Nikon D90 dan Nikon D5000. Harga aku dah survey. Memang sesuai dengan bajet aku. Dan aku dah jumpa kedai yang paling murah dikalangan yang menawarkan harga rendah.
Cuma kat sini aku nak mintak pandangan kekawan yang dah lama guna DSLR ni. Yang mana satu korang sarankan untuk aku. En Hijau baru dapat 500D(hak Kerajaan). Amacam ok tak?
Jairo dan Takilala..apa komen ko orang? Biasa la, sapa dah pakai Nikon akan kata Nikon lagi baik. Dan gitu jugak pengguna Canon. Apa kata En Deaf?

Canon 500D juga dikenali dengan Rebel T1i kat US.

Nikon D5000 dengan display yang boleh pusing2...


Nikon D90...Tapi model ni agak lama(2008)

9 comments:

Ijau D. Koceng said...

bab2 dlm dilema ni senang je jawapannya... klu ada tiga pilihan, beli tiga2 skaligus muahahaha!

p/s: it's ijau not hijau ;)

Takilala said...

Aku suggest D90. Ko x kan nyesal punya.

Portdy said...

err...gua tau Nikon coolpix jek huhuhu


try tanya http://dilabangi.blogspot.com/

dia ni kira arif gak ah bab2 ni...

berteromber said...

pergh...dah main SLR pulak...dasat!
boleh la aku pinjam...haha

SkiD said...

Ijau...
Amboi...takkan le nak sambar tiga2 sekali...
Sori en ijau...tertambah 'H' le pulak..

Takilala...
OOoo D90 ke? Aku dah test dah.. nampak memang best. Aku test dgn lens Sigma 70-300 APO DG.

Portdy...
Dulu pun gua pakai Coolpix je. Memula keluar digital.
OOoo kena tanya DilaOhDila le pulak...nampak cam pro je..

SkiD said...

Berteromber..
Belum beli lagi dah kena tempah nak pinjam...boleh, tak de hal punya...

deaf_angel said...

aku tak pernah ada dslr tapi suka godey2 kawan aku punye haha. best wooo..dia punye is canon ntah apa ntah, latest punye.
aku suggest beli latest nye kot yang best.

ni smua passion, kalo dah passion dah minat..beli je tapi kalo canon / nikon tu kalo pendapat kawan aku, ni dua brand dah lama established, nak carik sekenhen accessories dan lens pun mudah.

yang lama tu kasi kat love ones ko pakai huhu

JAIRO said...

pakai d90... (kalau d5000) alang2 la hehehehehe.. nikon rules hehehehehe

matakucing said...

suka tone gambar dari brg antik ko tu..nampak vintage

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...