Wednesday, September 02, 2009

Cara Endos Tukar Enjin-Kes Kancil 850 Ke 660 L5 Turbo.

Bebulan puasa ni malas aku nak rebiu CD Rock. So aku nak bawak tajuk cara2 nak endos enjin bila buat tukar enjin. Dalam kes aku ni, tukar enjin Kancil 850 ke L5 660 Turbo. Mengikut atas kertas memang senang je. Tapi bila buat..adoiii...macam2 masaalah. Ok..aku cerita bab prosedur dulu...ni aku cerita pasal Kancil..kalau 2.0 turbo nak masuk Wira 1.5 tu..kes lain..setahu aku sekarang dah tak boleh. Memula beli enjin dulu laa..Cari le kat halfcut...cari yang cantik sikit, rega mahu murah!! Jangan lupa minak resit dan surat kastam. Dalam kes aku..aku beli enjin L5 Turbo, harga RM2400. Enjin pasang dulu laa...siap pasang lenjan abis2...testing ok ke tak enjin tu..Kalau tak ok, tukar lain le... Kalau semua dah ok. Baru masuk fasa 2, nak endos enjin kat JPJ.

Ni bab yg rumit sikit. sikit je...tapi kalau ikut peraturan, senang je. Tapi camana pun tak leh siap 1 hari.. Bahan2 yang perlu ada untuk endos enjin adalah seperti ni...
Dokumen yg wajib ada:
1. Borang Pemberitahuan Tukar Enjin
2. Gran Pendaftaran Asal.
3. Resit Pembelian Enjin yang Asal
4. Surat Kastam K2 yang Disahkan.(Dapat dari kedai beli enjin)
5. Insuran Baru
6. Surat Pelepasan Dari Bank(kalau masih dalam hutang)
Dokumen2 ni kena buat dalam 4 salinan. Setelah cukup kertas kerja, mula le kerja2 di lapangan.

Dokumen2 diatas hendaklah dikemukakan ke Bahagian Taknik JPJ kat Putrajaya. Pada yang duduk diluar Selangor, boleh pos aje. Kalau rajin godeh kat Aras 2 Block D Putrajaya tu, cepat le siap surat sokongan kawalselia JPJ tu. Kalau malas, dok tunggu je, dalam masa 2 minggu kuar le surat tu.

Lepas dapat surat tu dan dokumen2 tadi, kena le pegi Puspakom. Jangan gi Puspanita lak. Surat kelulusan kawalselia JPJ ni berjangka hayat selama 6 bulan je. So kena bawak kereta untuk inspeksen dalam jangkamasa tu kat Puspakom. Kena bayo RM60 kat Puspakom. Kalau tak de masaalah, kereta standard modified, memang senang lepas. Puspakom akan keluarkan surat kelulusan untuk endos no enjin baru kat JPJ. Jangka hayat surat ni pulak adalah 3 bulan. So jangan tunggu lama2 bila dah lulus. Gi JPJ cepat2.

Ok sekarang tinggal kes nak endos no enjin baru kat Geran je. Bawak semua dokumen yang diberi tadi ke JPJ. Ingat, kena inform pihak insuran untuk kuarkan cover note baru masa nak ke JPJ ni. Biasanya sekarang dah online. Kita telepon je Insuran, bila kita nak ke JPJ. Pas tu ambik no kat kaunter. Tunggu jap. Pas tu awek JPJ tu panggil...gi le mengadap. Bagi semua dokumen. Dia tengok2 jeling2...kalau tak banyak songeh lepas le..tapi kekadang siap tanya..apasal nak pakai Turbo?...alamak...suka hati aku le..Pas tu dia pun tukar no enjin kat geran. Tulis tangan je. Yang mahal tu pasal cop JPJ kat sebelah tu.

Dah siap. Jadi buleh le merempit dengan Kancil L5 Turbo tanpa was2 lagi...

Tapi, kalau susah sangat...dan malas nak buat sendiri...upah kat Runner je. Pun kena hati2 pilih runner. Ada yang cakap je lebih, bayo nak mahal. Tapi tak lepas2. Kena cari runner putar alam yang tahu semua pintu JPJ. Depan belakang tepi tengah... Tak cukup sifat pun buleh lepas.. Biasa la...ada fulus...buleh lulus..

16 comments:

matakucing said...

enrty yang menarik..barulah aku paham..selalu dgr 2 org citer mcm versi ada..huhuhu

Jemz said...

ko mesti master psl kancil nih..
aku nyer beli yg dah siap konvert 2-3 kali..tgk geran pon dah comot..

850ex - L2 tebo oto - L2 n/a oto

ingat nak tolak terus la kete tuh.
walapon stendet, tp penuh dgn eksesori JDM..huhu

berteromber said...

oo...tu hari dah ambik geran eh..lama jugak ek sangkut..

eddie dewanaga said...

birokrasi... birokrasi...

geram betul dgn ayat... 'ada fulus, boleh lulus' sebab sorang rakan pernah kena, nak mohon premis perniagaan.

Takilala said...

Aku tak dpt la nak main benda2 ni, sbb baru nak cecah 100 je, menteri kewangan dah jeling2.

SkiD said...

Matakucing...
Haa..lebih kurang cam tu la caranya..

J...
Wah banyak dah tranformasi keta ko tu...nasib baik tak jadi Transfomer!!

Berteromber...
Cam tu le kiranya...

Eddie...
Tu le pasal...payah nak benteras penyakit tu..

Takilala...
Rosakkan je meter..jadi tak tau dah cecah berapa...huhuhu

Unknown said...

Bro L9 ble ke msuk kat kancil

Unknown said...

Bro L9 ble ke msuk kat kancil

Anonymous said...

boleh...

Unknown said...

Boleh.. Tapi tapak Mountin kene ubah,

Unknown said...

Boleh.. Tapi tapak Mountin kene ubah,

Admin said...
This comment has been removed by the author.
Admin said...

Hi. Ada sesiapa boleh rekomen kan Kedai halfcut yang bagus dan berkualiti kat Kuching ? Saya berminat nak convertkan Kancil 850ex buatan 2006 tu. ala yang lampu mata sepet tu.. hehe.. Nak convert ke engin bagus. tapi berdasarkan bajet RM5k utk permulaan..enjin apa yg sesuai ya??

Unknown said...

Mangaih..banyak jugak benda nk buat klau nk pakai turbo cara halal ni..banyak duit gak nk kena kluar..baru baca dah berpeluh..belum buat lg..huhu..

Unknown said...

aslm bos..injin l2 nombor injin dia kat mana yer?

JongKeok said...

Bos. enjin L2 dgn L5 mane lg ok ek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...