Thursday, April 16, 2009

Alahai Proton Exora...

Semalam maka dilancarkanlah MPV pertama buatan Malaysia, MPV yang ditunggu-tunggu selama ni...Dan hari ni aku pun pergi le ke showroom Proton untuk melihat secara live, walaupun tak dapat menguji pandu.
Pandangan depan
Pada keseluruhannya oklah aku tengok. Ikut selera masing-masing. Exora berkuasa 1.6 liter campro cps(apa kejadahnya ni?).. enjin macam Pesona je..tak de enjin lain ke? Ada Airbeg depan pemandu dan penumpang hadapan. Anti-lock Breaking System dgn EBD..(apa pulak bendaalah ni?)..Itu ciri-ciri keselamatan.

Enjin 1.6 liter Campro CPS
So didalam pulak. Radio dgn CD, MP3, WMA Player. Ada Bluetooth lagi. Untuk yg Hi end siap ada DVD Player dgn LCD screen 24"...amboiii..8.5" je!! Tempat duduk row yg ketiga muat2 je untuk 2 orang duduk(Yg badan sederhana je). Kalau seat belakang dilipat, luas le..macam wagon. Seperti kebiasaan MPV yg macam ni ruang belakang memang terhad. Berbanding MPV besar spt Naza Ria ke, Estima ke (yg ni idaman aku).

Pandangan dari belakang. Ruang belakang agak terhad.
Didatangkan dengan 6 kaler...buleh pilih dari terang hingga ke gelap. Harga OTR untuk H-Line 1.6 AT Metallic RM75,998.00 aje...Amacam ada berminat? Aku buat masa ni tak berminat le lagi. Dalam kegawatan ekonomi ni..alahai..walaupun D/Payment hanya RM7600 aje...Takpe la, pakai je le kereta yg ada. Hutang pun dah abis. Malas nak buat hutang lagi.(Buat masa ni le)..


Pandangan dari dalam.
Keseluruhannya, ramai le yg dah tempah. Ada yg belum tengok rupa lagi dah tempah. Bagus betul, memberi sokongan kepada Proton. Kalau aku, macam nak meminang orang le, kena tengok dulu depan mata. Tak main le tempah2 pakai tengok gambo je. So kalau tempah hari ni, tunggu le 2 hingga 3 bulan dari sekarang. Amacam?...buleh ke?....


Kokpit yang biasa-biasa je

Gear yg ala-ala Wish.

DVD Player dgn LCD Screen

Exora H-Line 1.6 AT Met.





2 comments:

eddie dewanaga said...

1.6 kan...?

larat ke nak sumbat byk2 time balik kampung??

kasikla 2.0, standard mcm naza tu.
minyak dah turun beb... hehehe!

SkiD said...

eddie..
Tu le pasal..tak tau la,tak leh test drive lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...