Thursday, April 16, 2009

Toshiba Satellite-Downgrade Vista to XP

Laptop Toshiba Satellite L300
Selepas meeting opis minggu lepas. Bos pun bersetuju dengan cadangan aku supaya membekalkan laptop sorang satu pada surveyor. Maka senang le kerja aku. Tak de le lagi surveyor datang bawak raw data yang tak tau hujung pangkal. Maka hujung minggu lepas aku pun gi le Plaza Imbi cari laptop yang sesuai(yg penting pada harganya).


Telah di 'XP'kan

Kerana opis aku masih lagi pakai software yg dari zaman jepun, so aku kena le cari laptop yg betul-betul sesuai. Agak susah le jugak. Antaranya nak yg ada com port. Mana ada lagi sekarang ni. So kena le beli USB adapter ke serial port. Dah tu kena test dulu. Boleh pakai ke dgn software yg ada ni. Last-last, setelah dibuat ujikaji, maka aku pun membuat keputusan muktamat, aku ambik 3 biji laptop Toshiba. Toshiba??? apasal tak HP ke, Acer ke?.. Pasal yg ni datang dgn ciri2 yg ku cari2..sesuai dengan software zaman jepun yg opis aku pakai. Harganya pun sesuai dgn bajet yg bos luluskan. Cuma Laptop ni datang dgn Window Vista. Maka kena le aku downgrade Vista ke XP. Pada dasarnya tak jadi masaalah. Tapi last-last masaalah....

Workshop aku yg bersepah
Masaalahnya tak de benda lain le. Driver untuk XP. Laptop ni tak de datang dgn driver XP. Aduh..tu yg letihnya. maka terkial-kial le aku mencari driver kat tenet. Try & error le.. Akhirnya dapat le jugak. walaupun tak lengkap. kena mintak khidmat nasihat pakar. Nasib baik ramai member kat Loke Yatt. Thank to my friend David Backem...Lu memang rock. Mana2 driver yg aku tak de, mintak kat dia. Yang dia tak de, dia mintak kat aku. kira tukar suka sama suka le.. Akhirnya berjaya juga le aku mengDowngrade Vista ke XP untuk 3 biji laptop Toshiba Satellite model L300. Pada sesiapa yg ada masaalah yang sama, untuk model ni, buleh le mintak kat aku drivernya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...