Sunday, April 05, 2009

Medan Ikan Bakar, Jeram.

Pemandangan jalan masuk ke Medan Ikan bakar, Jeram (Gambar dari google Earth) Pasal aku tak de gambar siang.

Dah lama rasanya aku tak makan ikan bakar atau seafood. Kali terakhir kalau tak silap aku hujung tahun lepas. Tu pun kat Umbai, Melaka. So sahabat aku Buding, kata ada tempat makan ikan bakar best. Harganya pun ok. Apa lagi, aku pun set le dengan member2 opis, gi makan bawak keluarga sekali. Tempatnya kat mana? Jeram, Selangor!! Kat mana? bagi yang tak tau, dia kat jalan Kuala Selangor ke Klang. Ada trafik light masuk le ke Jln Pantai Jeram. Kat tepi laut le kiranya. Cuma pantainya tak le cantik, pantai kat selangor ni mana ada banyak yg cantik. Kebanyakannya paya bakau. Tu tak de hal le, bukan nak tengok pantai pun.

Kawasan parking. (pun cilok dari Google Earth).

Seperti yg dijanjikan aku pun gi le makan kat situ dengan beberapa member opis dan keluarga. Aku tiba malam tu agak lewat, tersangkut kesesakan kat Bandaraya Rawang. bandaraya?? he he he... kira2 kul 9.30 baru sampai. Apa lagi terus gi pilih ikan, panjang meja pilih ikan ni. macam kat pasar le pulak. Macam2 ikan ada. Sebenarnya aku tak berapa kenal jenis2 ikan ni. So pakai ambik je la.. Mengikut kata Buding ikan yg aku ambik tu Siakap dengan Kerapu. Agaknya la kot. So yg sekor ikan tu aku suruh bakar gitu je, yg sekor lagi aku suruh masak 3 rasa. aku ambik Ketam, masak pedas. ambik udang dan sotong, buat goreng celup tepung. Yg ni untuk keluarga aku je. Keluarga dia orang pilih yg lain le.

Ahli keluarga menjamu selera.

Suasana kat dalam restoren tu.

Kawasan makan di tempat terbuka. Ditutup kerana baru lepas hujan.

Suasana kat sini ok la. Kerana dah malam, aku tak le nampak pemandangan laut kat belakang tu. Gelap je la. Servis agak ok la. dalam masa tak sampai 20 minit, makanan yg aku oder dah sampai. Walaupun pengunjung agak ramai malam tu.(hari Jumaat malam Sabtu). Masakannya, pun ok gak le. kena dengan selera aku. Last sekali harga...yes memang berpatutan, untuk seramai 9 dewasa, 5 kanak-kanak dan 3 bayi(kira juga ke?) semuanya hanya RM320 je. Ok le tu.

Tempat permainan kanak2 sementara menunggu juadah tiba.

Ruang terbuka, tak penuh kerana baru lepas hujan. Belakang tu laut.

Tempat pilih ikan, macam-macam ada....

Sebahagian dari restoren yg agak besar.

Kenyang nampak??.. Buleh datang lagi lepas ni...

1 comment:

DaLiSHaRiTh said...

salam..tumpang tnye...ade x no phone rest ikan bakar ni??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...