Musim Formula One bermula lagi. Seperti tahun-tahun dulu, aku tetap menantikan tiket free. He he he. Tapi tahun ni, macam juga tahun lepas, nampak gayanya aku tengok kat TV je laa. Setakat pagi ni, masih tak de berita pun nak dapat taket free dari member2 kat Petronas ke, atau dari opis ING wife aku. Tak de rezeki le agaknya tahun ni.
Nampaknya musim ni intresting sikit. Pasal kat Melbourne, Jason Button dgn team baru Brown GP (dulunya Honda) buleh menang pada perlumbaan sulungnya. Tak ada lagi Ferarri kat depan, ataupun McLaren. Ni baru le best. Tak de laa tengok muka tu jee yg naik podium. Masa zaman Shumi dulu paling le aku boring. Dah buleh agak sapa yg menang.
Oklah, ni aku nak citer pengalaman tengok GP Malaysia depan mata kat Sepang. Kali terakhir dapat tiket free pada tahun 2007. Dapat tiket K1. Kat mana tu?...Ha, kalau biasa tengok litar Sepang, Grand Stand K1 ni kat konar pertama. Kalau beli, tiket ni mahal oiii...tak silap aku RM500. View dia pun best. mengadap starting grid. Buleh tengok first coner sapa himpet sapa. Memang best tengok live depan mata ni. Lagi pun K1 ni ada TV beso kat depan tu. Bila kereta dah pusing hujung litar, kite tetap buleh tengok kat TV beso tu. Kalau eksiden siap ada ulang tayang tu... Sama macam yg telecast kat TV tu. Cuma satu le, makan kat sini mahal nak mampus. Burger sebiji RM5 tu..Makanan luar tak leh nak bawak masuk. Walau pun air mineral sebotol. Bawak bag abis kena check. Kalau bawak makanan, abis kena tinggal kat luar pagar. Aku bawak gak air dgn roti, siap nasi lemak lagi. Pas tu aku letak le kat tepi pagar. Bila dah masuk aku gi le kat tepi pagar tu. Tarik bawak masuk dalam. Ramai yg letak makanan tepi pagar tu. Air aku abis, siap kebas air mineral orang kat tepi pagar tu. Make sure yg belum bukak lagi...hehehehe...
Tahun 2006, aku sempat gak dapat tiket free, tapi yg ni murah, duduk atas rumput tepi tebing bukit je. Panas oiii...masa tu race kul 2 tak silap aku. Pakai payung pun panas gak. Masa ni le rasa, baik tengok kat rumah je. hehehe!. Tahun ni aku dengo race petang, kul 5...dah redup le tu. Duk tepi tebing bukit pun tak pe. Jangan hujan sudah...
Oklah, gambar2 yg ada ni adalah masa tahun 2006. Gambar dari kamera member aku JC.(ko memang terer ambik gambo). Gambo kamera aku tah kat mana aku simpan. Puas aku cari malam tadi. Yang aku ingat dalam laptop aku. Tapi laptop dah kong!! Masa ni aku dgn JC (dan sapa lagi ek yg ikut aku masa tu) duduk kat tepi tebing bukit je. Pasal cuaca panas, aku merayau2 je laa..macam2 pemandangan ada. Mat Saleh punya le ramai. Macam kat oversea le pulak rasanya. Tak tengok sangat pun race tu. Tak tau sapa kat depan, tengok kereta lalu sama je..TV beso pun tak de kalau duduk lereng bukit ni...maklum le tiket murah. Kalau beli pun RM100 tu. Budak sekolah diskaun RM50.
No comments:
Post a Comment