Wednesday, July 29, 2009

Test Drive-Pajero GDi V6

Agak sibuk sikit aku sepanjang minggu lepas. Lama dah rasanya tak update blog aku ni. So kali ni aku nak cerita pasal kereta. Lebih tepat lagi 4x4. Member aku sorang ni baru beli Pajero...Baru beli, bukan beli baru. Aku antara tukang test drive sebelum nak beli ni.. Memula aku nak cerita pasal harga dulu...Peh!! berbaloi baloi ni...Model import tu..kalau masa baru dulu harganya lebih RM200 ribu tu. Ni dapat RM45 ribu je. Kondisen masih elok. Tengok le sendiri gambar2 ni...
Dashboard...ada airbeg.
Enjin Turbo Diesal
Masih cantik lagi...
Setelah dipandu uji maka kesimpulannya, aku memang puas hati. Enjin masih ok lagi. Suspension pun buleh lagi dipakai. Konar masih sedap. tak de rasa berbuai2. Aku biasa pakai Pajero(Kompeni punya). Biasanya kalau koner tak stabil. Maklum le tinggi. Tapi yg ni memang stabil. Cuma pickup kurang sikit. Walaupun berenjin Turbo Diesal. Setakat lari 120km/j masih rasa ok. Tak banyak gegaran.

Maka dengan harga yg ditawarkan tu..memang berbaloi baloi. Tu pun dah ada Mamat kaki 4x4 yg dah offer nak beli dgn harga yg lagi tinggi. Setakat nak jual balik RM60 ribu tu senang2 je buleh jual.
Ada sunroof lagi...
Dah nampak langit..

Cermin belakang gelap...JPJ sangkut ni...

Sunday, July 19, 2009

Raja Ekspo

Cerita pasal ekspo dan funfair ni..Kite mesti tak lari dari teringat kat Band ni...memang diaorang Raja Funfair dan Ekspo...Sapa lagi kalau tak XPDC. Antara Band rock melayu yg aku minat. Pasal album2 mereka memang rock tulin. Aku nak cerita sikit pasal Mail..Dulu mamat ni jiran aku..sama2 tinggal kat Tmn Kosas Ampang. Tu jam aku bujang lagi..awal2 90an tu. Satu je silap mamat ni..suara dlm rakaman studio memang best. Live hancus... Aku masih ingat lagi waktu tu. Dia tengah buat album Timur Barat. Hari2 jogging keliling flat tempat aku tinggal. Katanya nak built-up stamina. Ada satu malam tu, siap terjerit2 test suara. Pas tu kena sound dgn Abg ketua Blok flat aku...hahahaha...tu la..nak jerit dalam funfair laa..Sebenarnya aku tak le berapa rapat dgn Mail ni...setakat tegur2 gitu je. Selalu jugak jumpa Izo..datang rumah Mail ni. Masa tu Izo pakai kereta Mazda 626..
Ni aku nak review CD Headbang. Sebenarnya ni CD koleksi lagu2 yg buleh headbanging dari XPDC. Dari album Darjah Satu sampai album Kita Peng Yu. Ada 10 lagu semuanya. Tak de lagu2 slow. Track list:
1. Kita Peng Yu
2. Hamba Abdi
3. Selendang Merdeka
4. Jangan Tak Mandi
5. Bahalol
6. Talam Dua Muka
7. Penyakit Gatal
8. Ntahapahapantah
9. Hairan Bin Ajaib
10. Gerak 2000
Album ni keluar sebelum Brutal. Sedap gak layan koleksi metal dari XPDC ni.. Pasal dedulu aku selalu turun funfair kalau ada konsert XPDC ni. Tak lengkap ekspo atau funfair kalau tak de XPDC. Pernah satu ketika dulu...ada funfair kat Jengka 18(dekat dgn kg aku bini). Maklum le masa tu baru kawin. Balik rumah pak mertua tak tau nak buat apa. So malam ada funfair..layan je laaa...XPDC lak tu...ok je la.
Bila Mail kuar...aku kurang le sikit dgn XPDC. Terus terang..aku tak berapa masuk dengan Ali. Walaupun tak dinafi, Ali memang power kalau live. Tapi ton suara dia utk rakaman studio...aku tak berapa minat. Dengar Ali..aku terus teringat lagu Bunga Angkasa..Terra Rosa..huhuuhu..

Brutal...album last yg aku beli dari XPDC. pas tu aku dah tak layan dah...

Expo dan Kereta.


Honda Civic yg pintu berkepak.

Dah lama aku tak merayau2 tengok expo ni...Jadi hari ni aku berkesempatan singgah kejap kat expo area 'bandaraya' aku. Aku tak masuk le kat area2 jualan yg macam pasar lambak tu. Tak de benda yg aku nak beli.. Aku lebih tertarik dengan pameran kereta 'berhias' ni. Pasal aku pun memang giler pasal modified keta ni.
Banyak sangat piala tu..
Tak banyak sangat le kereta yg mengambil bahagian. Maklum le ekspo kecik. Tapi ok le jugak dengan kereta2 yang dipamerkan. Kira berhias taraf antarabangsa je jugak. So tengok je la gambo2 ni...aku snap pakai handphone N70 je. DSLR aku masih kat dalam kedai lagi..tak de sen nak tangkap. adus...hehehe!

Bahagian dalam macam harimau daaa...tengok LCD tu..beso tu..

Speaker macam telinga kecik je..

Memang best...berapa cost ni?

Ni pun tayang speaker..berdentum2

Penuh bulu2 ni. Buleh bersin aku...

Deretan sebahagian kereta yg mengambil bahagian

Kancil pun ada..Kancil gua je tg tak layak lagi nak join..huhuhu

Yg ni pun nampak best

Waja yg dalamnya serba kuning. Ngalahkan kereta diraja.

Dalam kuning, luar hijau..

Accord dgn speaker yg sempoi je..


Siap airbrush lagi kat pintu...Tapi tak de yg gambo naga..

Monday, July 13, 2009

Mabuk Durian.

Durian..raja segala buah!

Sekarang ni musim durian. Banyak le jumpa orang jual durian kat tepi2 jalan. Aku tak berapa minat nak beli. Pasal kalau nak makan puas2 sampai termuntah durian..gi je la ke dusun aku. Dusun aku???... Dusun Pak Mertua le..bila pulak aku rampas kuasa ni. So cuti hujung minggu lepas aku balik Pahang. Pak mertua suruh balik makan durian. Boleh le tahan banyaknya. Bila dah ada kat pangkal pokok..tak rasa nak makan dah..muak!!. Bila sikit, macam nak rak makan.

Isi minyak dalam perjalanan pulang ke kampung.

Kat kebun ni bukan hanya durian je. Macam2 ada!!..Setiap kali musim buah, memang Pak Mertua aku paksa balik. Kekadang malas gak. Pasal aku makan pun tak seberapa sangat. Tapi kerana nak jaga hati Pak Mertua, balik le jugak walaupun 2 hari je...

Ini bukan durian. Ni nangka namanya...

Ada berbagai2 jenis durian kat dusun ni...Ada yg isi kuning, ada yg isi putih...Tah, aku pun bukan arif sangat dengan nama durian ni. Kena tanya dgn orang yg gila durian, baru le tau nama2 jenis durian ni. Aku tau makan je..janji sedap.

Makan jangan tak makan.

Biasa le bila balik ni...nak balik KL mesti dibekalkan dgn buah2an ni...Tu le benda yg aku paling lemah. Banyak sangat le yg disuruh bawak balik. Tak bawak takut kecik hati..susah nanti!! Penuh bonet 'BMW' aku...hehehe! Seksa oii nak balik KL. Paling seksa nak panjat bukit Genting...merangkak2 'BMW' tua aku tu..hehehe!...tu laa, ingat nak pakai Hilux Commonrail, buleh bawak bebanyak...dgn pokok2 durian sekali pun buleh bawak..(anak durian lee!!)

Rambutan pun ada. Panjat je laa..

Maka minggu ni aku mabuk durian je la. Yang dah tak termakan tu, buat lempuk ke, gula derian ke...pon sodap!! Tapi tahun ni durian Pahang tak berapa menjadi. Tak banyak sangat. Kalau banyak, hendak aku ajak member2 datang sekali. Buleh rasa durian baru gugur camana...

Ni buah apa ni?..Duku.

Pokok Durian...

Ni buahnya..

Mabuk le tengok durian bebanyak ni...

Dalam dusun buah2an.

Nyamuk banyak ni..tu yg aku lemah tu...

Buah durian dari atas pokok. Bila nak gugur ni?

Dah kenyang. Balik le...berat kereta bawak durian...

Sunday, July 12, 2009

Uji Kayuh- Santa Cruz Nomad

Santa Cruz Nomad-mantap beb!!

Borang PCC tahun ni nampaknya dah pun aku hantar. Yurannya pun dah bayar. Tinggal tunggu masa je untuk beraksi. Dah ready ke aku??..maklumlah dah lama benar aku bersara dari arena Mountain bike ni....ada stamina lagi ke aku ni...nampak gaya kena le aku mula praktis semula. Cuma basikal aku dah lama tak jalan. Macam2 kena repair...paling teruk..break hydrulic belakang dah bocor...banyak jugak modal nak repair ni. Nak ganti break baru mahal sangat. Jadi apa kata test basikal lain...hehehe..
Borang PCC

Borang berserta yuran penyertaan. Bayar utk menyeksa diri..

Santa Cruz Nomad!!..basikal ni tak sesuai untuk aku atau sesiapa pun ke PCC. Kerana basikal ni lebih kepada Downhill..terjun bukit le senang cakap. Sedangkan PCC lebih kepada XC (Cross-country). Yang memerlukan basikal yg lebih ringan. Apa2 pun aku nak review pasal basikal ni. Bagi yg tak tau pasal basikal MTB(Mountain Bike..bukan Mari Tolak Basikal) ia adalah jenama yg agak popular. Dan Nomad adalah keluaran untuk downhill. Tu sebab dia agak berat...hampir2 16kg. Sedangkan untuk XC kita perlukan basikal antara 9-12kg sahaja. Untuk kayuhan santai basikal ni agak ok. Tapi untuk kayuhan laju..tak cukup speed pasal dia hanya ada 2 gear je didepan. Untuk climbing pula..pada yg banyak kederat je yg mampu panjat bukit sampai ke puncak. Berat oiiiii.
Marzocchi Bomber 888-memang best.

Tapi keistimewaan basikal ni bila turun bukit. Bab melompat remp setakat 4 kaki tu biasa2 je. Nomad ni dilengkapi dgn suspension belakang jenis Fox. Dan fork depan jenis Marzocchi Bomber triple 8. Memang cukup sedap melantun. Pertukaran gear memang sedap. Dilengkapi dengan Shimano XTR. Cukup lembut bila menukar gear. Membreak dengan selamat. Apa jenis break ni..alamak aku pun dah lupa. Tapi dari jenama mahal ni...Crank dari Shimano XTR. memberikan kayuhan yg mantap.
RD Shimano XTR- terbaik dalam kelasnya...

Pendek kata memang basikal yg sangat best untuk kelas downhill. Berapa harga sebuah basikal ni??...Pada yg tak biasa dgn MTB..baik aku jelaskan kat sini, harganya lebih mahal dari motor LC aku...Untuk basikal ni, harganya dalam lingkungan RM 11,000.00 aje. Ada yg berani nak beli ka?...Hehehe...aku pun tak berani nak beli...Aku pun pakai Merida je...tu pun dah puas abis upgrad.
Crank Shimano XTR- Hollow Tech...memang padan..

Fox with Brain. Pandai, bila nak berhenjut...bila tidak!!

Cuba sendiri...baru tahu bahangnya...

Thursday, July 09, 2009

Menace To Sobriety

Ugly Kid Joe... ramai le mat2 rock yg kenal band ni...Mula bertapak awal 90an.. Band ni berasal dari California. Mula menerjah dunia rock dgn album America's Least Wanted pada tahun 1992. Dan dah tentu ramai yang ingat lagu Cat's in the cradle. Tapi pada yg minat lagu2 heavy...tentu lebih tahu lagu 'Neighbor' dan lain2 le...Album ni memang best..tak rugi kalau beli.


Tapi aku nak citer lebih pasal album kedua band ni...'Menace To Sobriety'. Album ni tak berapa hit dipasaran..kat sini mahupun kat US. Album ni kuar tahun 1995.(tahun ni gak aku mendirikan rumah tangga..huhuhu!) Mungkin pada masa ni genre Alternetif tengah menguasai pasaran. Sedangkan Menace To Sobriety makin heavy dari album pertama. Ni le antara CD yg terakhir aku beli masa ia release. 1996 ke atas aku dah mula meninggalkan agenda membeli keset mahupun CD, kerana komitmen dah mula berubah...maklum le dah ada keluarga...hehehe!

Tapi pada aku album ni menarik. Lebih 'heavy' dari yg pertama..bermula dengan track 'Intro'nya, diikuti dgn 'God'. Dan single pertama album ni.. Tomorrow's World.. dan diikuti 'Clover'..yg agak bingit bagi yg baru2 nak kenal rock. Milkman's son antara track kegemaran aku. 'Cloudy Skies' adalah antara track slow dalam album ni...layan memalam sebelum nak tido memang best. Dan seterusnya beberapa fast track...'10/10','VIP','Oompa'...dan lagu slow lagi...Candle Song...!

Apakata kita layan Milkman's Son

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...