Esok 1 mei...public holiday. Aku nak balik JB, pasal nak ambik Kancil aku yg dah siap convert jadi turbo. Peh..!! tak sabo nak test drive ni... Dengo kata, mencanak pikap dia.. Well, apa-apa hal pun esok tengok le camana. Cuma cuti-cuti panjang hujung minggu ni, mesti banyak keta kat highway... Tu yg boring tu...kena kuar pagi le esok nampak gayanya...
Thursday, April 30, 2009
Wednesday, April 22, 2009
Marillion-Misplaced Childhood.

Minggu ni aku kurang bz sikit. Data2 surveyor dari field tak sampai lagi. So aku melangok je le. Boring2 aku layan mp3. So terlayan le lagu yg lama dah aku tak dengar. Lavender dari Marillion. Teringat aku dulu2. Masa album Misplaced Childhood ni kuar tahun 1985, payah tul le nak cari keset ni. Cetak rompak pun tak de. Yg aku dapat cuma kompilasi dalam keset Billbord 100. Marillion ni dari UK. Apa yg bestnya...aku pun tak tau. Yg aku tau aku dok minat dgn single dia Kayleigh dan Lavender. Pasal solo dia yg mendayu-dayu. Aku memang suka dgn lagu2 yg solo cam ni. Marillion ni tergolong dalam genre Progressive Rock. Tapi aku cuma layan album yg ni je. Yg lain2 tak berapa nak masuk le...Aku nak cerita pasal Marillion ni pun aku tak berapa tau sangat. Tau gitu2 je. so layan le dulu lagu ni... Kayleigh!!
Pas tu cuba layan lagu ni.... Lavender.
Tuesday, April 21, 2009
Moonlight Shadow
Hujung minggu lepas, aku ke Plaza Loke Yatt. Biasa le..cari barang PC untuk opis aku. Masa dah nak balik tu, aku terserempak dengan 'kawan' lama aku...mula2 tak berapa cam. Pasal lama sangat dah tak jumpa. Dah lebih 20 tahun dah. Rupa pun dah berubah. Dia kenal aku, pasal mungkin rupa aku tak banyak berubah dari dulu kot...(awet muda kot..hehehe!). Aku pun rasa2 kenal, cuma nampak lain sangat je. Bila aku dah recall balik, baru le cerita panjang. Aku bukan nak cerita pasal 'kawan' ni... Tapi bila jumpa dia, aku teringat yg masa dulu-dulu tu, dia ni minat sangat dgn lagu Moonlight Shadow dari Mike Oldfield. Sampai abis berbelit tape cetak rompak aku dulu. Asyik ulang-ulang lagu tu je. Setahu aku tu aje le satu-satunya lagu Mike Oldfield yg popular. Lagu ni keluar tahun 1983. Lagu ni dinyanyikan oleh Maggie Reilly. Solo Mike dlm lagu ni memang aku suka. Sampai hari ni kalau dengar pun masih segar lagi. So enjoy lagu ni yg aku cari kat dlm Youtube. Enjoy!!!
Thursday, April 16, 2009
Alahai Proton Exora...
Pada keseluruhannya oklah aku tengok. Ikut selera masing-masing. Exora berkuasa 1.6 liter campro cps(apa kejadahnya ni?).. enjin macam Pesona je..tak de enjin lain ke? Ada Airbeg depan pemandu dan penumpang hadapan. Anti-lock Breaking System dgn EBD..(apa pulak bendaalah ni?)..Itu ciri-ciri keselamatan.
Enjin 1.6 liter Campro CPS
So didalam pulak. Radio dgn CD, MP3, WMA Player. Ada Bluetooth lagi. Untuk yg Hi end siap ada DVD Player dgn LCD screen 24"...amboiii..8.5" je!! Tempat duduk row yg ketiga muat2 je untuk 2 orang duduk(Yg badan sederhana je). Kalau seat belakang dilipat, luas le..macam wagon. Seperti kebiasaan MPV yg macam ni ruang belakang memang terhad. Berbanding MPV besar spt Naza Ria ke, Estima ke (yg ni idaman aku).
Pandangan dari belakang. Ruang belakang agak terhad.
Didatangkan dengan 6 kaler...buleh pilih dari terang hingga ke gelap. Harga OTR untuk H-Line 1.6 AT Metallic RM75,998.00 aje...Amacam ada berminat? Aku buat masa ni tak berminat le lagi. Dalam kegawatan ekonomi ni..alahai..walaupun D/Payment hanya RM7600 aje...Takpe la, pakai je le kereta yg ada. Hutang pun dah abis. Malas nak buat hutang lagi.(Buat masa ni le)..
Pandangan dari dalam.
Keseluruhannya, ramai le yg dah tempah. Ada yg belum tengok rupa lagi dah tempah. Bagus betul, memberi sokongan kepada Proton. Kalau aku, macam nak meminang orang le, kena tengok dulu depan mata. Tak main le tempah2 pakai tengok gambo je. So kalau tempah hari ni, tunggu le 2 hingga 3 bulan dari sekarang. Amacam?...buleh ke?....
Toshiba Satellite-Downgrade Vista to XP
Kerana opis aku masih lagi pakai software yg dari zaman jepun, so aku kena le cari laptop yg betul-betul sesuai. Agak susah le jugak. Antaranya nak yg ada com port. Mana ada lagi sekarang ni. So kena le beli USB adapter ke serial port. Dah tu kena test dulu. Boleh pakai ke dgn software yg ada ni. Last-last, setelah dibuat ujikaji, maka aku pun membuat keputusan muktamat, aku ambik 3 biji laptop Toshiba. Toshiba??? apasal tak HP ke, Acer ke?.. Pasal yg ni datang dgn ciri2 yg ku cari2..sesuai dengan software zaman jepun yg opis aku pakai. Harganya pun sesuai dgn bajet yg bos luluskan. Cuma Laptop ni datang dgn Window Vista. Maka kena le aku downgrade Vista ke XP. Pada dasarnya tak jadi masaalah. Tapi last-last masaalah....
Masaalahnya tak de benda lain le. Driver untuk XP. Laptop ni tak de datang dgn driver XP. Aduh..tu yg letihnya. maka terkial-kial le aku mencari driver kat tenet. Try & error le.. Akhirnya dapat le jugak. walaupun tak lengkap. kena mintak khidmat nasihat pakar. Nasib baik ramai member kat Loke Yatt. Thank to my friend David Backem...Lu memang rock. Mana2 driver yg aku tak de, mintak kat dia. Yang dia tak de, dia mintak kat aku. kira tukar suka sama suka le.. Akhirnya berjaya juga le aku mengDowngrade Vista ke XP untuk 3 biji laptop Toshiba Satellite model L300. Pada sesiapa yg ada masaalah yang sama, untuk model ni, buleh le mintak kat aku drivernya.
Sunday, April 05, 2009
Medan Ikan Bakar, Jeram.

Dah lama rasanya aku tak makan ikan bakar atau seafood. Kali terakhir kalau tak silap aku hujung tahun lepas. Tu pun kat Umbai, Melaka. So sahabat aku Buding, kata ada tempat makan ikan bakar best. Harganya pun ok. Apa lagi, aku pun set le dengan member2 opis, gi makan bawak keluarga sekali. Tempatnya kat mana? Jeram, Selangor!! Kat mana? bagi yang tak tau, dia kat jalan Kuala Selangor ke Klang. Ada trafik light masuk le ke Jln Pantai Jeram. Kat tepi laut le kiranya. Cuma pantainya tak le cantik, pantai kat selangor ni mana ada banyak yg cantik. Kebanyakannya paya bakau. Tu tak de hal le, bukan nak tengok pantai pun.
Seperti yg dijanjikan aku pun gi le makan kat situ dengan beberapa member opis dan keluarga. Aku tiba malam tu agak lewat, tersangkut kesesakan kat Bandaraya Rawang. bandaraya?? he he he... kira2 kul 9.30 baru sampai. Apa lagi terus gi pilih ikan, panjang meja pilih ikan ni. macam kat pasar le pulak. Macam2 ikan ada. Sebenarnya aku tak berapa kenal jenis2 ikan ni. So pakai ambik je la.. Mengikut kata Buding ikan yg aku ambik tu Siakap dengan Kerapu. Agaknya la kot. So yg sekor ikan tu aku suruh bakar gitu je, yg sekor lagi aku suruh masak 3 rasa. aku ambik Ketam, masak pedas. ambik udang dan sotong, buat goreng celup tepung. Yg ni untuk keluarga aku je. Keluarga dia orang pilih yg lain le.
Suasana kat sini ok la. Kerana dah malam, aku tak le nampak pemandangan laut kat belakang tu. Gelap je la. Servis agak ok la. dalam masa tak sampai 20 minit, makanan yg aku oder dah sampai. Walaupun pengunjung agak ramai malam tu.(hari Jumaat malam Sabtu). Masakannya, pun ok gak le. kena dengan selera aku. Last sekali harga...yes memang berpatutan, untuk seramai 9 dewasa, 5 kanak-kanak dan 3 bayi(kira juga ke?) semuanya hanya RM320 je. Ok le tu.
Wednesday, April 01, 2009
Formula One Datang Lagi

Musim Formula One bermula lagi. Seperti tahun-tahun dulu, aku tetap menantikan tiket free. He he he. Tapi tahun ni, macam juga tahun lepas, nampak gayanya aku tengok kat TV je laa. Setakat pagi ni, masih tak de berita pun nak dapat taket free dari member2 kat Petronas ke, atau dari opis ING wife aku. Tak de rezeki le agaknya tahun ni.




Subscribe to:
Posts (Atom)