Masih penat lagi, cerita penuh dalam entry lepas ni.... layan gambo le dulu.....

Cuti hujung minggu lepas, aku melawat air terjun. Nak ambik gambo air terjun. Tak puas hati pasal tak dapat main slow shutter masa pegi Hutan Lipur Sg Pandan hari tu. Kali ni gi yang dekat aje. Hutan Lipur Sg Kancing...kat jalan Rawang-Selayang. Ingat nak ajak sifu2 sekali. Tapi semua yg taraf sifu ada progrem lain. So pegi le aku dengan yg taraf prabet2 je.. Berbekalkan tripod cap ayam A1...dan Cokin ND filter pinjam... maka aku pun hentam je ambik gambo...
Compo tah kemana...exposure tah kemana...ni le hasilnya.. memandangkan filter pun pinjam, maka tak de le braket untuk filter yg saiz dengan lens aku...maka filter pun pegang dengan tangan je... Aduhhh...hentam je la.. kira perasan jadi je laaa... padahal hancusss!!
Maka moral of the story...lain kali ajak le sifu, baru buleh menuntut ilmu...tak le bawak ilmu sesat.
Selamat menyambut Maulidul Rasul kepada semua umat Islam. Sambutan bukan sekadar perarakan dan ceramah semata2. Lebih dari itu. Apa yg dapat kita belajar dan contohi dari sunah Rasullullah S.A.W. Semoga sejahteralah umat Islam seluruh dunia.
Sambung lagi pasal cuti aku di Kuantan masa cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Sebelum ke rumah pengantin (entry lepas) aku sempat jugak singgah ke Air Terjun Sg Pandan. Kalau tak tau...dia juga dikenali dengan Air Terjun Sg Pancing, pasal lalu dari jalan Felda Sg Pancing. Jauh jugak le masuk kedalam. Kalau hari cuti ni kena bayar le. RM 2 untuk seorang dewasa. Kalau reramai parah jugak le nak bayo.
Hajat aku ke sini bukan nak mandi pun. Pasal tak bawak pun baju untuk mandi. Semuanya anak beranak aku dah pakai baju cantik2 nak gi kenduri kawen. Yang utamanya nak ambik gambo tempat ni..Tapi apa nak buat...anak aku yang kecik buat perangai...kena le aku dukung dia. Camana nak jadi photographer..kalau kena kelek anak. Dapat jugak le sikit2 shoot.
Tapi kawasan ni memang menarik laa... Masa aku bertugas kat Pahang tahun lepas sempat jugak le aku kesini. Hari biasa tak kena bayar. Kalau bawak keluarga untuk berkelah memang best la. Ada tempat untuk parking kereta. Tak payah parking sepah2 tepi jalan.
Aku kat sini pun tak lama...tak sampai sejam pun agaknya. Pasal dah nak pegi rumah pengantin.
Sempena cuti Tahun Baru Cina ari tu...aku berkesempatan le bercuti dan jalan2 makan angin ke Kuantan. Dan pada waktu tu juga adik sepupu aku melangsungkan majlis perkhawinan dia kat Kuantan. Maklum le cuti...banyak le orang kawin. Jadi sempat le aku memeriahkan majlis diaorang.
Kerana memang aku usung kamera sana sini, aku pun cuba2 le jadi wedding photog. Offical Photog dah ada. Aku cuma ambik gambo gitu2 je just buat kenang-kenangan. Try2 ambik gambo majlis kawin. Tak de hajat pun nak jadi wedding photographer. Pasal tak reti pun!!
Cuti hujung minggu biasanya aku bawak anak aku yang kecik berjalan2. Boring jugak asyik lepak kat rumah je. Sekarang ni memang setiap petang hari minggu memang aku kena ke Sg Pusu Gombak. Dua minggu sekali kena hantar anak aku yg sulung balik ke Asrama dia kat Gombak. Kalau minggu yg dia tak balik, kena le pulak melawat dia kat asrama. Balik dari situ aku biasanya singgah kat Taman Metropolitan Kepong. Terkenal sebagai tempat orang main layang-layang. Biasanya petang minggu memang sesak. Nak parking pun payah.
Anak aku yg kecik suka le dapat main kat playground kat situ. Aku layan main lelayang je laa. Dan seperti biasa, mengasah lensa kamera aku laa.. Aku memang suka street candid ni.. Tapi jarang le dapat konsentret. Asyik kena jaga anak je..camana?? Banyak le moment2 menarik yg aku terlepas. Layan le 2,3 keping gambo aku ni...malas nak upload bebanyak.