Sunday, December 05, 2010

Bernamjaya Mountain Bike Ride 2010

Setelah lebih 3 tahun aku menggantung basikal dan tak aktif secara serius mengayuh...akhirnya aku terkayuh kembali...dengan training hanya selama 3 hari... dan diracun oleh member2 baru, akhirnya aku join jugak le event ni. Dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor dan PKNS, bertempat diatas jambatan merentas highway Plus...berlangsunglah Jamboree Mountain Bike. Aku difahamkan penyertaan seramai 1000 orang. Antara acara yg agak besar le untuk tahun ni.

Setting basikal sebaik sahaja tiba..
Aku diajak khas menggunakan tiket Kelab Basikal MDHS. Jadi yuran aku ada subsidi sikit. Bagi peserta2 lain dikenakan bayaran RM50. Ada 100 cabutan bertuah...termasuk grand price 2 buah basikal mountain bike dan 8 buah frame basikal...yg agak mahal jugak le..!!

Geng2 MDHS...berbaju serba puteh. Azahar dgn jentera Merida aku.
Tapi malangnya pada hari kejadian ni...aku tak berapa fit untuk kayuh betul2...so aku jadi offical Photographer untuk geng2 MDHS. Dan jentra Merida aku, aku serahkan pada sahabat aku, En Azahar untuk mengetest power.... Alhamdullilah..dia berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 49 km. Walaupun dia tergolek dog masa meratah downhill. Tak pe..dia ok dan yg penting basikal aku pun ok...hahahaha!!


Perserta2 di garisan permulaan.. Tak sabar2 untuk berlepas.

Yang ni dipanggil apa ye? Pelepasan bendera....agaknya laa

Peserta2 berlepas.....

Yang belakang2 tu bersantai je le nampaknya

Check point 2. Ramai yg chicken loop kat sini...

Ezlyen hi hi bye bye....pemenang ketogeri wanita...power tu!!

Antara peserta wanita..biasa la, yg awek ni gambo banyak le!!

Jentera aku sedang berehat di check point
Dapat medal tu...walaupun nombor dah beratus2...

Artis jemputan..Zainal Hijau (bukan Ijau). Eh yg Ezlyen pun menyibuk atas pentas tu buat apa...dia bukan artis jemputan.

Lambakan basikal peserta..masing2 kelaparan dan sedang menjamu selera.

Bersiap untuk pulang...oh ye, no plat aku tak bertuah. Langsung tak sangkut cabutan bertuah. walaupun hadiah botol air pun tak sangkut.

Keberangkatan pulang peserta2...

7 comments:

Ijau D. Koceng said...

tgk gmbr yg izlin tgh berbeskal tu... cuba peratikan mamat kat blkg, muka stim semacam je~

"Zainal Hijau (bukan Ijau)" hahaha! klu ada ikon thumbs-up mcm dlm facebook mmg aku dah klik dah ikon ni

deaf-angel said...

wah best best best... patut beskal ko pakai no 666 la beb

SkiD said...

Pasal tak dapat no 666 le tu yg langsung tak sangkut hadiah cabutan bertuah.

Takilala said...

Huiyooo...best best. Patut ko tampal stiker RIDE THE LIGHTNING...baru menang...hehehe

Portdy said...

Bicycle bicycle bicycle
I want to ride my bicycle bicycle bicycle
I want to ride my bicycle
I want to ride my bike
I want to ride my bicycle
I want to ride it where I like

matakucing said...

monten bike modal besar la..he5..lyn bmx aje..nampak muda aje

Saheen2 said...

Jadioffical

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...