Kali ni aku nak cerita bukan pasal sungai. Tapi rumah2 yang ditinggalkan sepanjang Sg Pahang ni. Banyak betul rumah2 yang ditinggalkan kosong. Tak tau le kerana apa. Mungkin tuannya berpindah. Contohnya macam rumah yg aku tinggal ni. Ataupun tuannya dah meninggal...dan warisnya tak duduk kat sini. Maklumlah, orang muda biasanya lebih selesa tinggal kat bandar.
Macam2 design ada. Ada yg tradisional betul. Tapi sayang..bila dah tak de orang duduk, biasanya rumah akan cepat usang. Dan seterusnya runtuh. Boleh kata dalam tiap2 kampung yang aku lalu dari Paloh Hinai, sampai ke Cenor, pasti ada rumah2 yang ditinggalkan kosong.
Kalau malam tentu seram ni...hehehehe!! kalau nak jadi pendekar bujang lapuk...boleh le bertapa kat rumah ni.... Cobaaannnn!!!
Antara rumah2 yang sempat aku tangkap gambo...tak leh lama2. Nyamok banyak oiii..berapa tin ridsert dah aku sembor... tetap kena serang jugak.
6 comments:
skid, tak ada jumpa ke anak dara rambut panjang lagi...
Abu Ikhlas....
Siang tak de la..malam2 jgn buat kerja...hehehe!!
ic semua org dah main hdr la...
tiap kali gua nampak/tengok/lihat rumah2 tradisional (terutamanya) yang ditinggalkan masa balik ke kampung gua( bahau, negori semilan ),gua berkata, " dulu pastinya rumah ni riuh rendah dengan kebisingan anak2 bermain bekejaran menjerit2 kat laman/bawah rumah dan mak bapak jugak turut sibuk terutama persiapan nak sambut raya atau kenduri kawen. rumah dicat, dihias cantik dengan langsir, dodol dikacau,lemang dibakar, orang kampung begotong royong, gulai kawah dimasak, doa dibaca, selawat diucap, kompang dipalu, pengantin tesengeh2 atas pelamin.
sampah/daun2 kat laman disapu, pasu2 bunga disusun cantik, salam diberi dan tetamu bebondong2 datang ". itu yang gua gambarkan bila tengok gambo rumah2 lama lu tu.
rumah itu menyimpan bejuta kenangan bersama tuannya dan pastinya ia menangis kesedihan ya amat kerana ditinggalkan...
rumah ni macam ada jiwa,
kalau selalu ditinggalkan hilanglah jiwanya
nice pic..
12 tahun aku pernah pergi ke area maran, pahang..pergi di sebuah kawasan kampung...lupa lak nama kampungnya...'
persekitarannya amat cantik, tenang..dgn hijau2 pokok2...sungai2 yg jernih..udara fresh..
jenjalan kat situ, bertemu dgn org2 kg yg peramah...bila dia tgok org2 muda mcm kitorg masa tu...sayu jer pandangan mereka..munkin terkenang anak2 mereka yg berada di kejauhan..seminggu di sana..amat sukar nak jumpa budak2 muda...susah nak jumpa pemuda2 yg melepak2...rata2 budak2 kecik jer yg ada...munkin diorg takder..berhijrah ke bandar besar..mencari rezeki di sana..Tinggallah orang2 tua yg kesepian di kampung...terasa sayu bila melangkah pergi...
Post a Comment