Sunday, May 30, 2010

Selamat Tinggal Paloh Hinai.

Akhirnya...siap la kerja2 aku menyusuri Sg Pahang Fasa 1, dari Pekan ke Chenor. Kini masuk ke Fasa 2 dari Chenor-Temerloh-Jerantut. Akhirnya Paloh Hinai (hotel penginapan-dlm gambar) aku tinggalkan. Kini team aku menginap kat 'hotel' baru le pulak..di Temerloh.
Banyak kenangan semasa tinggal di Paloh Hinai ni. Walaupun hanya lebih kurang sebulan, tapi seronok. Suasananya yg sunyi sepi. Jarang nampak orang muda. Awek2 jauh sekali. Kalau ada pun masa malam minggu pasar malam. Pun sombong2 belaka...hehehe! Kata bebudak aku, kalau tak de Yamaha SS, tak payah ngayat le..hehehe..Pajero buruk, tak laku oiii...
Apa lagi yg menarik di Paloh Hinai ni... sarapan paginya, aku tiap2 pagi makan roti canai. Tu je la satu2nya kedai makan kat sini. Kedai 'jeti'nya, tempat bebudak ni beli 'power stick', setiap kali balik kerja.
Sepanjang aku kerja kat area ni..banyak jugak le tempat2 menarik yg aku singgah. Antaranya..Tasek Chini, Hutan Lipur Berkelah...nanti le aku buat entry khas pasal tempat2 yg aku singgah ni..
Pasal hotel baru aku kat Temerloh... Tak le berapa best kalau banding dgn Paloh Hinai. Halaman tak luas..maklum le nak parking 'lori' kitaorang.. Payah oii.. Cuma dekat dgn bandar Temerloh je la... senang nak bertenet. Ada wifi free kat kedai mamak. Lagi...patin patin patin...gulai ikan patin tempoyak...sodap tu!! Tak caya test le!! Ni pun aku kena buat sepecial entry pasal patin ni... nanti le kalau senang2 nanti...

4 comments:

berteromber said...

tak abis lagi?...berapa bulan dok pahang ni?...tu hari aku turun Shah Alam teringat ko takder...malas la nak singgah Sg Buaya..

SkiD said...

Lama lagi rasanya...mungkin sampai hujung bulan jun ni...

deaf_angel said...

carik makan

gayour said...

terima kasih atas gambo2 yang meruntun jiwa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...