Tuesday, April 27, 2010

Ku Dihalaman Rindu....

Alamak....macam tajuk blog Deaf le pulak...memang pun..aku tengah rindu...rindu nak balik rumah. Kali ni aku out-station agak lama. Lama dah tak buat keja camgini. Lama dah tak update blog. Kerja aku kali ni membawa aku menyusuri Sg Pahang. Dari muara kat Pekan sehingga ke cantuman Sg Pahang dan Sg Tembeling. Jauh tu...dekat2 300km. Lama lagi nak siap.
Walaucamana pun, kalau sempat aku balik jugak hujung minggu. Boring jugak, hari2 tengok sungai aje. Aku nak cerita pasal sungai Pahang. Besar sungai ni..lebarnya hingga 600m. Dari kelebaran dan kebesaran sungai ni...memang takut kalau naik bot. Dengan pulau2 kat tengah2 sungai ni...kalau kat muara, ada lebih 200 pulau kat dalam sungai ni...boleh sesat pusing2 nak balik ke jeti. Kalau tengok air tu...rasa kalau jatuh boleh lemas je jawabnya. Tapi pada hakikatnya...air sungai ni cetek atau tohor(kata org Johor). Kalau kawasan muaranya..(area Pekan)..ada yg parat pinggang je airnya...kalau mudik ke hulu lagi...lagi cetek...parat betis je...

Maka kerap le bot aku sangkut. Apa lagi, kena turun tolak le...mula2 takut jugak. Tapi pasal air paras lutut je...tolak laa. Cuma kekadang takut jugak kalau2 ada 'kapal selam'...tapi sungai Pahang tak de le rekod 'kapal selam' mengganas. Kalau sg Serawak, jangan buat main.

Aku rasa tu je la sempat aku cerita kali ni...layan je la gambar2 yg ada ni...kalau aku ada masa, aku upload lagi gambar2 sungai ni..

Benteng pasir di tengah sungai..menunjukan yg sungai ni tak dalam.

Budak kecik pun boleh menyeberang jalan kaki.

Camp tempat aku tinggal...di Paloh Hinai.

Enjin bot yg selalu tersangkut pasir. Bot ni kalau laut dan pulau sesuai le.

Rumah yg kitaorang sewa jadi Camp.

Perkampungan nelayan...syok jugak duduk kg ni.

Jeti di muara Sg Pahang.

Sewaktu turunkan bot kat Pekan.
Nota: Kapal selam tu aku bagi istilah untuk buaya...
Jangan sangka buaya tenang, tak de air...hehehehe!!

3 comments:

Portdy said...

buaya tenang, tak de air? hehehehe


apa pun brader gua sorang ni makin handal mmemoto gua nengok

deaf_angel said...

take on me...
take me on....

mana review haha

gayour said...

bestnye! bestnye!dapat jalan2 naik bot!
gua jeles!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...