Friday, March 19, 2010

Pesta Belon Panas Putrajaya

Cuti sekolah datang lagi. Kali ni aku tak pergi jauh. Pasal anak aku yang sulung ada tusyen. Maklum le nak ambik PMR ujung tahun ni. Jadi cuti sekolah ni jalan dekat2 je.

Kali ni aku ke Putrajaya(lagi?). Nak tengok Pesta Belon Panas kononnya yang berlangsung buat kali keduanya. Aku pergi sesi petang. Mengikut aturcaranya, belon panas akan dinaikan pukul 5.30 petang..sampai le ke malam. Tahun ni masa dilanjutkan hingga kul 9.00 malam. Petang agak redup sikit. Kalau sesi pagi dah tentu le panas.

Tapi cuaca petang ni agak mendung dan berangin. Aku tengok ramainya yang bawak DSLR. Dengan lenses yang mahal2 dan panjang2. Segan pulak aku nak keluar kemera aku. Pakai lens murah je pulak tu. Sebenarnya ada diberi tiket percuma kepada 200 orang fotografer untuk mengambil gambar belon panas dinaikan dari dekat. Aku teringin jugak nak ambil tiket tu...tapi..... Pertama malu pasal kemera pakai lens murah je...kedua..aku kena jaga anak...so camno nak ambik gambo...ambik dari luar pagar pun jadi laa.

Tunggu punya tunggu...belon panas tak naik2 lagi...katanya cuaca kurang elok. So kena le tunggu lagi...

Last2 aku and famili jalan2 kat tepi tasik je...menikmati pemandangan tasik waktu petang..
Ramai la member2 fotografer yang tengah outing shoot model le..pemandangan le...
Aku pun tumpang sekaki le..


Puas juga tunggu....belon panas tak naik2 jugak. Jam dah pukul 6.30 dah....

Penat dah melayan kerenah anak bungsu aku ni...

Akhirnya...belon pun dipanaskan...masa tu aku jauh ditepi tasik dah. So ingat nak le pegi dekat2
nak tengok. Aku pun beransur2 le ke tapak menaikkan belon panas.

Baru nak sampai dekat dah dengar pengumuman, Belon Panas tak jadi dinaikkan kerana cuaca tidak mengizinkan...maka tak dapat le aku nak tengok belon panas diudara.

Hari pun nak senja...so balik je laa...

Errr...part two..Candid di pesta belon panas Putrajaya akan menyusul....tunggu.....!!!

8 comments:

Ijau D. Koceng said...

pic 1 - aku ingatkan replika hindenburg tadi

pic 8 - fokus anak ke fokus kapel pelok2 kat blkg nun?

pic 12 - mcm apa nama tugu kat washington tu? scene sama mcm dlm game fallout 3

SkiD said...

Ijau...
pic 1- terbang betul tu..bukan replika...
pic 8- hahaha! yg fokus couple tu pun ada gak..tunggu versi candid.
Pic 12- tu tiang tugu alaf baru..kalau tak silap aku le namanya...

eddie dewanaga said...

bro Ijau.. tugu kat Washington tu nama dia Washington Monument.


bro Skid.. nice set of shots!

berteromber said...

untung tak hujan...Jb dah start musim hujan dah..apa kebelon pun tak leh naik dah..

deaf-angel said...

fren

nampak memang cam best..

ada darth vader kan? hooo mesti majestik masa belon vader naik

Dr. Bentara said...

gambar cun le!

Portdy said...

gua ada kat sini tapi tak menyempat nmak pegi

SkiD said...

Eddie...
Biasa2 je tu...raw dari kemera..tak de ubahsuai....

Berteromber...
Ni pun dah nak musim hujan...

Deaf...
Tak sempat nak tengok belon melayang di udara...kena kensel pasal cuaca.

Ben...
Thank..

Portdy...
Laaa...apasal tak singgah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...