Thursday, February 11, 2010

Blaze Of Glory

Aku punggah2 bilik stor. Terjumpa pulak CD lama ni... Lama dah tak dengar/tengok. Lupa dah yg aku ada CD ni. Apa lagi, terus tangkap kamera, ambik gambo le...lighting tak cantik, so ni je la yang jadi. Ini adalah album solo Jon Bon Jovi. Runut bunyi(sound track) dari filem Young Guns II. Diterbitkan pada 1990. Semua lagu dicipta oleh Jon sendiri. Ada 11 buah lagu.. Dan sudah tentu lagu paling berhantu ialah Blaze of Glory. Aku suka album ni, lagu2 ala2 koboi gitu... Tak berapa country & westren pun. Tapi koboi rock laa....

Lagu Blaze of Glory ni, bass dimainkan oleh Randy Jackson(judge American Idol), guitar solo oleh Jeff Beck..(pehhh rangup). Acoustic guitar oleh Aldo Nova (aku tak kenal). Dan Jon sendiri main 12 string acoustic guitar. Sesiapa peminat tegar Jon Bon Jovi patut ada album ni. Errr..filem Young Guns II ni aku tak ingat la... Tapi dibarisi ramai hero2 popular pada zaman penghujung 80's. Macam Emilio Estevez, Kiefer Sutherland(siri 24), Lou Daimond Phillips (La Bamba), Christian Slater(hero popular 80an) dan ramai lagi le...yg lain aku tak berapa kenal.
Nanti le aku sedut balik cerita ni..boleh tengok semula. Sementara tu, layan lagu2 dlm album ni aje laa...Blaze Of Glory!!!!!

8 comments:

Ijau D. Koceng said...

lagu blaze of glory ni ada 2 versi kan? versi soundtrack dan versi album... aku lg suka versi soundtrack yg dulu mmg slalu aku dgr. klu versi album (mcm dlm crossroad) ada kureng sket kekoboiannya...

eddie dewanaga said...

young guns 1 dan young guns 2 merupakan cerita pasal legenda willian h. bonney atau billy the kid.

sapa yg suka tengok bandit dalam filem2 cowboys, movies ini recommended.

blaze of glory adalah jiwa sebenar jon bongiovi.

Portdy said...

versi soundtrack dia ada cakap2 sikit dialog sebelum intro dia...

peh album ni antara Ost yg terbaik lah...I love "miracle", "Santa fe" "Dyin' Ain't Much of a Livin"

cayalah bro, ini cd pun dah kira rare kot

SkiD said...

Ijau...
Betul!! dan memang...

eddie naga...
Betul...memang cerita pasal Billy the kid...cuma aku dah tak ingat jalan ceritanya...

Portdy...
Tu la pasal...lama sangat tersimpan...hingga terlupa kewujudannya...

berteromber said...

eleh..aku pun ada cd ni...hahahaha..

tapi memang album ni best arr...hasil kerja solo Jon terbaik setakat ni..suka aku tengok video clip Blaze Of Glory tu..terasa kekoboiannya...

Takilala said...

perghh... ambik gambar atas lantai tu... huh-huh huh-huh
Album koboi rok. Best ni. CD aku x de, kaset je.. tu pun brader aku punya.

gayour said...

gua sangat suka dengan album solo mr.jon bon jovi ni. berbeza dari album bon jovi.

"And I hope someone will pray for me
When it's my turn to die... PRAY FOR ME !!!....."

dying ain't much of a livin

deaf-angel said...

aku suka aku suka...

Sante Fe gerek sey..
lirik dia " south of heaven, i wont go to heaven if the devil has its way "

dying aint much of a living pun best

blood money pun gerek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...