Emm!! bila aku mula jadi Mat Metal ni?? aku pun dah tak ingat hujung pangkalnya. Tau2 je dari New Wave dan Top 40 zaman 80's, tetiba menggila dengar lagu2 batu ni pulak. Mula asalnya aku minat lagu2 yg ada bunyi guitar. So aku minat le dengar Band2 mainstream 80's padal awalnya. Contohnya, aku minat Toto, Styx, Journey, Reo Speedwagon dan banyak lagi le...Masa zaman aku sekolah dulu, terutamanya masa tingkatan 4 dan 5, aku tengah kuat layan Micheal Jackson, Duran Duran, Spandau Ballet, Men At Work dan memacam lagi le, sambil-sambil tu aku belajar dengar Scorpions, Deep Purple, Dio... Siapa yg pengaruh aku?...Sapa lagi kalau bukan anak jiran aku dan classmate aku. Nama glamournya masa tu Lek!! Pas tu ada lagi sorang yg kuat mempengaruhi aku. Budak kampung aku gak. Sori bro, gua tak ingat nama lu, tapi rupa lu tetap gua ingat. Lama tak jumpa, tah idup tah tidak lagi. Yg gua ingat lu anak Manap Tampoi. Kalau orang kampung aku tentu kenal la... Mamat ni le yg memperkenalkan aku dgn band2 rock yg baru dan terkini.(pada ketika tu la). Banyak koleksi keset dia yg dia bagi aku pinjam. Antara yg aku ingat, Def Lappard, Ratt, Bon Jovi,...dan dia le yg mengajak aku beli keset Scorpions- Love at the First Sting, masa album tu kuar. 1984 aku di tingkatan 5, lepas baca review kat NST edisi Ahad kat libary sekolah. Balik tu terus gi kedai keset, nyonya kedai keset tu kata, panas lagi ooo, baru sampai ooo!!! masa tu cetak rompak le..berleluasa. Apache lum ada lagi masa tu!!
Khazanah aku dedulu, banyak yg dah hilang. Sayang tul...tak leh nak riak..hehehe!Tu sebabnya, album2 yg aku beli masa dia dizaman dia kuar, memang melekat kat kepala aku. Tak seperti album2 yg aku dapatkan kemudian, contohnya aku beli keset Scorpions- Blackout, selepas aku dah ada album Love at the First Sting. Bukan masa dia betul2 kuar. Ok nanti pas ni aku akan citer album2 yg aku minat dan aku beli keset tu masa dia baru release!
Ok aku teruskan citer pasal aku dan Metal ni, 1986 aku berhijrah ke KL. Senang cerita, sebelum 1984, KL tak rock beb!! JB lama dah rock!!! Aku ingat lagi cuti sekolah 1984, aku lepak KL. So layan le guitar Kapok kat tepi lombong Kg Pandan.(Lombong tu dah tak de sekarang, dah jadi MRR2). Aku layan lagu Always Somewhere, tak de sorang pon tau aku bawak lagu sapa!! Sedangkan lagu tu le aku jem tepi sempang kat kg aku!! Bebudak sebaya aku masa tu semua tau!! Kat KL bebudak situ yg sama sesama jem tepi lombong dgn aku tu, hanya tau lagu Jamal Abdillah je. Tapi bila aku berhijrah tahun 1986, KL dah kenal rock. Pasal rock melayu pun tengah mula memuncak. Battle of the Band, Search pun baru kuar Langit dan Bumi. Dan Apache pun mula mengembangkan sayap cetak rompaknya. Dan aku pun mula mendalami lagi Band2 heavy metal yg ada dan yg baru kuar. Keset Full album pertama yg aku beli masa kat KL, Tak silap aku Iron Maiden, Somewhere in Time. Pasal masa tu baru je release album tu...panas lagi ooo... dan seterusnya yg lain2 lagi...dan pelahan2 aku tinggalkan Pet Shop Boy, A-Ha, Tears For Fears, dan sebagainya....Dan masih aku ingat, pada masa tu tiap kali aku balik kampung, adik aku yg sorang ni (blogger tegar dah sekarang ni, popular blog dia). mesti selongkar beg baju aku. Tengok tape apa yg aku bawak balik....begitu lah ceritanya....
antara keset2 asal aku dulu, kotak dah lama hilang!!!