Tuesday, May 19, 2009

Aku Dan Kerja Aku

Pintu masuk dan pondok guard.

Kali ni aku buat post yang tak de kena-mengena dengan rock atau muzik. Aku nak cerita pasal kerja aku. Sebenarnya bukan pasal kerja sangat pun. Pasal tempat aku buat kerja. Lokasi kerja aku pada hari semalam. Kira macam 'sehari bersama SkiD'. hehehe!


Jalan masuk. Pandangan dari atas.

Lokasi kerja aku semalam adalah di 'Pergunungan Kemensah'...kat mana tu?...Kat Hulu Klang, dalam hutan simpan Gombak. Nama tempat ni lebih glamour dengan panggilan 'Kem Ghafar Baba'... ye! Tun Ghafar Baba, bekas timbalan Pedana Menteri Malaysia tu! Tapi nama pada signboard 'Institut Budaya Baru Melayu Selangor'. Dengan nama yg sebegitu...dah tentu le tempat ni dipunyai oleh sebuah parti melayu yang terhebat kat tanah melayu ni. Takkan MIC punya pulak.

Ada projek pembangunan baru ditengah-tengah hutan.
Apa yang menariknya tempat ni?..Menarik kerana sunyi sepi ditengah hutan simpan dan gunung ganang. Pada masa ni tempat ni tak berpenghuni. Cuma ada Pak Guard Bangla 2 orang kat pondok guard. Aku difahamkan tempat ni untuk seminar puak-puak Umno dan Kerajaan Umno. Tapi kerana sekarang, Selangor diperentah oleh parti yang dikatakan pembangkang, so tempat ni sunyi sepi le.




Kerja-kerja potong tanah sedang giat dijalankan. (dapat kelulusan J. Alam Sekitar ke ni?)

Agak seronok berkerja di kawasan ni. Cuaca agak redup dan sejuk sikit le berbanding kat area KL. Dengan bangunan yang ada dan tanpa penghuni, serta suasana yang sunyi sepi...aku bayangkan tempat ni macam ghost town. Maklum le buat kerja berdua je. Sorang kat sini, sorang kat sana...bila dengar bunyi pelik-pelik je, mula le terbayangkan adegan-adegan seram, ala-ala cerita zombi gitu. hehehe!! Kekadang handphone berbunyi pun buleh terperanjat. Tetiba je memecah kesunyian. Takut ke?..tak jugak, kerana hari siang dan dah biasa pun buat kerja-kerja kat tempat cam gini. Tapi Alhamdullilah, tak de le benda pelik-pelik terjadi. Cuma salakan anjing liar, tah dari mana datangnya menganggu seketika kesunyian tempat ni.




Bangunan Pentadbiran. Sunyi sepi....
So tengok sendirilah gambar-gambar yang sempat aku upload. Moga-moga tempat di tak jadi projek gajah puteh. Kalau gajah duduk buleh buat cap kain pelekat. hehehe!!


mengasah skill fotografi...walaupun tak de DSLR.


Bangunan asrama yang kosong


Bunyi air menitik dari paip pun buleh kedengaran. Bertapa sunyinya....

Menuju puncak!!!..macam lagu AF le pulak.


Rumah untuk VIP. Namanya pun sempena orang kuat Umno.


Salah satu nama rumah tumpangan untuk VIP.


Cantik..ala-ala chelet gitu...


Dari tempat yang paling tinggi kat sini.



8 comments:

Dr. Bentara said...

kerja apa daaaa?

SkiD said...

Abg Ben,
Kerja aku mencerap benda ghaib!! hehehe!..Tak de la. Mencerap point GPS. Tak glamour pun. Tu pasal tak masuk dalam ini cerita.

JAIRO said...

kasi point gps patut la masuk tempat2 terpencil hahahaha tapi view dia cantik!!!!

eddie dewanaga said...

tempat jin bertendang tu, suatu pembaziran. bikin kem bina semangat kan bagus untuk budak2 nak ambik exam...

joegrimjow said...

ooh
suasana kampungg

deaf-angel said...

wasted gitu takde orang pakai.

ASENG said...

salam bro....ko aku wat survey gak...tp kat abu dhabi skrg...hehehe,keje ngan sape?

Hadizam said...

Cantik..kem ghaffa dulu program sentuhan kasih buat d situ..tp rumah atas bukit tu.port pontianak lh pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...