Agak lama aku tak kayuh basikal aku ni. Kayuhan ringan pun tak buat, apatah lagi kayuhan berat. Member2 dlm BBB dan yang sewaktu denganya agaknya dah lama lupakan aku. Kali terakhir aku masuk acara besar adalah PCC Kajang hujung tahun 2007. Dapat le 3 stiker...boleh le tu..Pas tu aku terus bersara. Alasannya pasal dapat baby baru. Tak leh nak kuar pagi2. So banyak le acara2 yang aku terlepas. Tapi pasal minat, aku tetap ikuti perkembangan dunia Basikal Gunung ni..(Mountain Bike..he he).
kalau tengok dekat2, sarang lelabah pun ada.
Akhirnya Dis 2008 aku keluar dari persaraan. Alamak, semput oiii..maklum le lama tak kayuh. Basikal aku pun dah mula uzur, siap ada sarang labah2 tu...pasal lama beno tak usik. Kayuhan ekstrim pertama selepas bersara, adalah kat Ladang Tuan Mee, Tasik Puteri. Makin banyak teres2 baru yg nak dilayan..teruja oii..maklum la lama tak terjun bukit. Tapi sayang tak leh nak layan semua teres...pasal basikal aku meragam. Krank jem le pulak. Apa lagi, pas tu gi kedai Samy le cari krank baru. Tapi harga barang basikal gunung ni dah mahal le.. Dulu XT buleh dapat RM450 je, ni dah RM600. Terperanjat beruk aku. Tu harga kedai Samy masa kedai kayu tepi sungai. Kalau kedai Baru ni..tak tau le...So aku angkat SLX je laa..tu pun RM420 bawak balik pasang sendiri.
ni le dia krank yg tak sempat nak pasang...
Baru le nak pasang, dah aku eksiden motor le pulak...tak leh kayuh lagi laa..bersara lagi. Nampak gayanya lama le aku bercuti dari mengayuh. Member2 lama ramai yg tanya, dah gantung basikal ke?...aik..belum lagi. nanti le dah sihat nanti aku kayuh semula. Aku dengo kat Putrajaya ada trek baru..Fuyooo..best layan downhill tu..Tengok gambo2 kat forum BBB aduhhh..macam nak test pegi jeee. Tapi tu la, lama tak kayuh ni, macam dah hilang skill jeee.. tenaga memang dah tak de pun. Tak pe laa, pas ni aku pasang krank baru aku tu dulu, pas tu kayuh ringan2 keliling rumah dulu...cari stamina balik tu. Pas tu baru buleh join balik member2 MTB semula..
2 comments:
Nice bike, BTW. \m/
Thank Rokatua!!
Post a Comment