Monday, February 23, 2009

Down-grade My Kancil


Setelah jemu dengan Kancil 850 aku yg ku beli pada 2002 (Last model lampu petak sebelum kuar lampu mata belalang). Maklumlah hutang dah nak abis bayo. Apa patut aku buat untuk aku teruja semula untuk memandu keta tu. Ada jugak terlintas nak tangkap Viva baru...tapi kena berhutang lagi...panjang lagi..leceh laaa...Akhirnya aku buat keputusan mudah. Gear manual ku tukar ke auto. Baru tak rasa penat meredah jem. Lagi pun clutch keta aku tu pun dah nak abis. So awal tahun ari tu, aku berbincang dgn bapak aku, nak pinjam keta dia sementara aku tukar gearbox keta aku. Bapak aku yg lagi advance ni terus mencadangkan aku convert enjin terus...tu idea baik. Kebetulan adik aku dan adik sepupu aku memang makenik kereta. So aku terus call dia bertanyakan berapa bajet perlu aku sediakan. Dia orang kata kalau buat sendiri, dalam RM3000 cukup le...Maka projek aku pun bermula.


Enjin L5 Turbo yg aku beli



Dashboard Mira L5


Memula survey enjin dulu..banyak gak le laman forum kat tenet yg bincang pasal enjin mira turbo aku jengah. Akhirnya aku serahkan kat adik sepupu aku pilih enjin. Cari punya cari, dapat le enjin L5 Turbo. Aku beli half-cut, separuh badan, dgn gearbox auto dan dashboard. Enjin dah ada...so bila nak hantar keta? Enjin dah ready kat bengkel(lebih tepat lagi rumah Pak Usu aku)Aku kat KL, makenik aku kat JB...so raya cina yg lepas aku pun bawak balik Kancil aku ke JB. Seingat aku ni le kali ke 2 Kancil aku menerjah JB sejak aku pakai keta tu. Balik dgn famili aku lak tu. Adusss sempit sakan lak rasanya...beg baju lagi, anak lagi. He he he. Dapat le aku bayangkan kalau orang yg hanya ada keta Kancil tu aje, sebagai keta utama...Syukur le aku ada keta yg lain (Yg tu biasanya wife aku yg pakai).




So pada masa ni Kancil aku dah transform jadi Kancil Turbo. Kenapa aku kata down-grade?? Pasal dari 850 jadi 660. tu la pasal...cuma ada turbo le. Camana rupa keta tu sekarang, aku pun tak tengok lagi. masih di JB pada adik aku. Dia tengah test running lagi, katanya laaa. Aku sebenarnya dah tak sabo2 nak tengok Kancil Turbo aku tu... Tapi nanti la, kalau adik aku kata semua dah ok, baru le aku balik JB untuk test power...hehehe..

Tunggu kisah seterusnya, bila aku balik ke JB nanti...tunggguuuuu!!!!

6 comments:

Abang Ben said...

Kalau berminat nak trade CD IRON MAIDEN double CD tu, aku ada tradelist kat sini

http://koleksirockmetal.blogspot.com/2009/01/cds-for-saletrade.html

berminat dengan album pertama, Killers, Piece Of Mind, Number of the Beast, Powerslave dan Live After Death.

SkiD said...

Bentara..
Buat masa ni aku sayang nak jual koleksi tu...Kalau buleh nak tambah, lagi ada...hehehe

PuteriSatu said...

loor...pasal keta ke..? orang lelaki klu tak citer pasal keta..tak sah!!!

encikb adalah bersifat separa sementara. tiada yang kekal... said...

saya dulu kerja sub-kontrek.
buat job pakai l2S.
ikot nasib, l2S paling lasak untuk kegunaan kasar. pernah load rotor/airkon/wire rope/penumpang gemok dan masa yang sama turon naik genting sempah. syukor takda masalah.

tapi l5 lagi gah.

hahaha.

J said...

skid,
berapa fc L5 nih?
gua tgk bonet tu takde airscoop utk intercooler, tak bg problem ke? atau skang lu dah pasang bonet berscoop.

gua ingat nak upgrade turbo gak la..

emmett grunge said...

Dan cerita (seperti diatas) tidak bersambung2 sampai ke hari ni.ni dah thn 2017.nak masuk thn 2018 dah.agaknya dah jual kot kancil turbo beliau tu 😅

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...