Tuesday, March 22, 2011

Pangkor Island Beach Resort

Nama pun bunyi dah grand dan mahal. Tapi memang mahal pun. Tak pe la, sesekali nak rasa gak cuti2 macam orang kaya. Err ke memang kaya pun. Heheheh!! Pulau Pangkor ni biasa je la. Tak de apa yang menarik sangat pun... shopping pun tak de apa sangat...ikan kering, sotong kering... tu je, maklum le pulau nelayan. Pantainya pun dah tak banyak yang menarik. Tapi pantai tempat aku menginap ni kira private le. Hanya untuk guest hotel ni aje. Orang luar tak leh masuk. Kawasan resort ni agak besar. Ada pondok single kat gigi air laut. Difahamkan yg tu paling mahal dalam resort ni. Aku duduk kat Ocean Wing. Betul-betul mengadap laut. Selak langsir bilik nampak bikini...errr nampak laut laa!!


Anak aku bermain air laut.
Kalau nak melepak2 tengok laut, memang sesuai le bercuti kat sini. Nak keluar pun jauh. Aku siap sewa kereta untuk jalan2 keliling pulau. Sewa kereta RM60 sehari. Kalau jalan2 keliling pulau dengan teksi van pink tu lagi mahal. Dengan ada kereta sewa ni senang nak gi makan kat luar. Pasal makan kat hotel ni, almaklum le mahal le sikit.

Bilik penginapan aku..yg tingkat bawah sekali...terjun balkoni terus ke pantai.
Aku tak mandi laut pun. Aku memang penuhkan masa aku dengan mengambik gambo je. Macam paparazi le pulak. Petang pertama nak layan sunset. Tapi mendung le pulak. Petang kedua baru dapat yang cun punya. Kerana golden hour sunset ni pendek sangat waktunya.. aku tak semapat nak tukar lens wide-angle. Layan dengan lens biasa je la.

Bangunan utama resort.

Yg belakang tu..Spa.

Gambo waktu malam. Aku ambik pukul 1.45am

Sunset petang pertama..tak berapa nak cantik pasal mendung.

Sunset hari kedua...baru ngam.

Cuaca agak cantik masa tu, cuma hujan waktu pagi.

Layan sunset laaaa...

Last...
Kalau nak ke resort ni, tak perlu naik boat yang biasa tu dari jeti Lumut. Pasal dia ada boat khas untuk penginap hotel ni. Naik dari jeti Lumut dan turun kat jeti hotel ni sendiri..Apa nama jeti tu pun aku tak ingat. dekat2 dengan airport Pangkor ni.

3 comments:

Rafiq Othman said...

gambar cantik dah abg din..gambar skodeng awek2 je yg tak nampak..heheh

SkiD said...

Gambo skodeng ada...paparazi le katakan!! Tapi tak boleh le letak kat sini. Tengok sorang2 je...Wakakakakah!!

Portdy said...

takde gambo bikini tak mau lah tengok huh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...