Emm!! bila aku mula jadi Mat Metal ni?? aku pun dah tak ingat hujung pangkalnya. Tau2 je dari New Wave dan Top 40 zaman 80's, tetiba menggila dengar lagu2 batu ni pulak. Mula asalnya aku minat lagu2 yg ada bunyi guitar. So aku minat le dengar Band2 mainstream 80's padal awalnya. Contohnya, aku minat Toto, Styx, Journey, Reo Speedwagon dan banyak lagi le...Masa zaman aku sekolah dulu, terutamanya masa tingkatan 4 dan 5, aku tengah kuat layan Micheal Jackson, Duran Duran, Spandau Ballet, Men At Work dan memacam lagi le, sambil-sambil tu aku belajar dengar Scorpions, Deep Purple, Dio... Siapa yg pengaruh aku?...Sapa lagi kalau bukan anak jiran aku dan classmate aku. Nama glamournya masa tu Lek!! Pas tu ada lagi sorang yg kuat mempengaruhi aku. Budak kampung aku gak. Sori bro, gua tak ingat nama lu, tapi rupa lu tetap gua ingat. Lama tak jumpa, tah idup tah tidak lagi. Yg gua ingat lu anak Manap Tampoi. Kalau orang kampung aku tentu kenal la... Mamat ni le yg memperkenalkan aku dgn band2 rock yg baru dan terkini.(pada ketika tu la). Banyak koleksi keset dia yg dia bagi aku pinjam. Antara yg aku ingat, Def Lappard, Ratt, Bon Jovi,...dan dia le yg mengajak aku beli keset Scorpions- Love at the First Sting, masa album tu kuar. 1984 aku di tingkatan 5, lepas baca review kat NST edisi Ahad kat libary sekolah. Balik tu terus gi kedai keset, nyonya kedai keset tu kata, panas lagi ooo, baru sampai ooo!!! masa tu cetak rompak le..berleluasa. Apache lum ada lagi masa tu!!
Tu sebabnya, album2 yg aku beli masa dia dizaman dia kuar, memang melekat kat kepala aku. Tak seperti album2 yg aku dapatkan kemudian, contohnya aku beli keset Scorpions- Blackout, selepas aku dah ada album Love at the First Sting. Bukan masa dia betul2 kuar. Ok nanti pas ni aku akan citer album2 yg aku minat dan aku beli keset tu masa dia baru release!
Ok aku teruskan citer pasal aku dan Metal ni, 1986 aku berhijrah ke KL. Senang cerita, sebelum 1984, KL tak rock beb!! JB lama dah rock!!! Aku ingat lagi cuti sekolah 1984, aku lepak KL. So layan le guitar Kapok kat tepi lombong Kg Pandan.(Lombong tu dah tak de sekarang, dah jadi MRR2). Aku layan lagu Always Somewhere, tak de sorang pon tau aku bawak lagu sapa!! Sedangkan lagu tu le aku jem tepi sempang kat kg aku!! Bebudak sebaya aku masa tu semua tau!! Kat KL bebudak situ yg sama sesama jem tepi lombong dgn aku tu, hanya tau lagu Jamal Abdillah je. Tapi bila aku berhijrah tahun 1986, KL dah kenal rock. Pasal rock melayu pun tengah mula memuncak. Battle of the Band, Search pun baru kuar Langit dan Bumi. Dan Apache pun mula mengembangkan sayap cetak rompaknya. Dan aku pun mula mendalami lagi Band2 heavy metal yg ada dan yg baru kuar. Keset Full album pertama yg aku beli masa kat KL, Tak silap aku Iron Maiden, Somewhere in Time. Pasal masa tu baru je release album tu...panas lagi ooo... dan seterusnya yg lain2 lagi...dan pelahan2 aku tinggalkan Pet Shop Boy, A-Ha, Tears For Fears, dan sebagainya....Dan masih aku ingat, pada masa tu tiap kali aku balik kampung, adik aku yg sorang ni (blogger tegar dah sekarang ni, popular blog dia). mesti selongkar beg baju aku. Tengok tape apa yg aku bawak balik....begitu lah ceritanya....
9 comments:
skidrow,
gila rare koleksi lu bro,semua keset first printing nampaknya...
gua pun banyak juga kumpul keset ni, separuh dah berbunyik tikus dah...
tapikan keset yang tak lutsinar gua perasan lagi tahan dari keset yang lutsinar tu...
contohnya "Ramli Sarip - Warisan" dengan "Search - Mentari Merah" gua masih boleh dengar lagi, tak yah repair apa pun..
yep, kaset ko ni semua the real ori kaset zaman dulu.
aku pun membesar cam ko jugak..cuma aku tak tinggalkan the pop side tu huhu. Men At Work tetap berhantu
tapi ni ler, aku teringin nak nengok Journey live. Toto dah nengok and dua jam lebih of super duper time of my life.
errr haha..
Apa ko cakap tu, JB lama dah rock..
I think its true la, dulu2 bahagian selatan dah lama dah rock hehe
biasa la...jb kan rock n roll city..hehe..
dulu zaman sekolah rendah thn 81/82..budak2 sekolah aku dah bantai lagu Scorpions masa konsert sekolah...band2 kerja kawin masa tu pun mana ada main jamal abdilah..mesti scorpions deep purple punya...
wahh...ada simpan lagi eh kaset2 tu...ingat dah kena wakaf semua...huhu..
kaset2 lama gua byk dah bercendawan dah beb... putih je kat tape tu...
anyway, sesekali walking down the memory lane ni mmg seronok siot!!
Portdy..
Keset2 tu masih buleh bunyi lagi tu, cuma agak tenggelam sikit le.
deaf...
aku tak tinggal terus pop side tu, dah tua2 ni layan lagi..Lebih2 lagu leleh Journey..suara Steave Perry..peh berhantu...
Berteromber..
Aku pun dulu masa konsert hari guru nanyi lagu Kojo no suki tu...
eddie...
Betul betul betul...!!!
salam,
haih...takkan menjengah je...silelah folo..wat cam blog sendiri..Mya lagi suke kalo ramai orang yang komplen + komen membina..bes bes...anyway, thanks for dropping by...Mya folo yu \:D/
Mya...
I follow...macam kata Abg Jem, Sinar Pagi!!!
Skid,
Alahai..p la ajak kengkawan yang berstatus AYAH lawat blog mya...suh depa amek awards tuh skali..terharu gak bila ada kaum AYAH nak melawat blog mya kan..even mya blom begelar IBU..hehe [awek cun lagi neh..prasan plak dah]
Post a Comment