Tuesday, May 05, 2009

Test Drive-Kancil Turbo L5 Standard.

Akhirnya, dapat le aku bawak balik Kancil aku ke KL. Setelah sekian lama dilenjan oleh mekanik merangkap adik aku. Pada keseluruhannya aku puas hati le dengan prestasi enjin L5 ni. Pickup mencanak walaupun dgn tranmisi auto dan enjin standard mendad. Top speed aku tak pasti, tapi masa kat highway utara-selatan, meter cecah dinding tu..

Kedai sparco sahabat aku (towkey tak sahabat le)
Kerana suspensi masih lagi standard, so top speed agak tak stabil. Jadi aku pun melowedkan suspensi. Apa lagi terus jumpa sahabat kat Speed Zone, pengedar barang-barang racing. Aku minat nak pakai spring H&R.. tapi sahabat aku kata pakai Sparco dah le, tu pun dia suruh aku test pakai dulu, rasa dulu camana. Apa-apa pun terima kasih le... Ko memang sahabat aku, so apa lagi, turbo timer blitz ko tu tolak-tolak le kat aku...hehehe!.

Kerja-kerja menukar spring.
Kesimpulannya, kereta aku agak stabil bila koner. Prestasi memecut dan handeling agak memuaskan. Dari segi luaran dan bodykitt...aku tak ubah satu apa pun. Kancil tetap Kancil. Standard mendad tu. Biarkan cam tu. Biar orang tak sangka apa isi dalam bonet tu.. Setakat ni aku dah test pickup, setakat MyVi standard tu... lauk je laaa..hehehe!

Banyak benda lagi yang aku nak upgrade. Tapi 'kementerian kewangan' aku kata "banyak duit awak?"...so aku stop dulu le setakat ni. Lagi pun keta ni dia yg pakai... Aku bawak motor je hari-hari. Ok! lepas ni aku akan citer camana nak endos geran dgn no enjin baru... next entry le...



4 comments:

Muda said...

Aku rasa setakat enjin 660 tak kemana pung...kalau berani hujung minggu ni kita test ngam kancil LC135 aku jalan gi RAwang pukul 5.30- 6.00 hari kerja sahaja...

SkiD said...

Muda,
Fuyoo...takut aaa...L5 aku gerenti tinggal kalau dgn LC ko masa jalan jem!! hehehe!!

eddie dewanaga said...

hehehe...
kalau corner stabil, pick-up mencanak, handling cantik, spring dah rendah, meter cecah dinding, pastu boleh gigit myvi standard, dah boleh masuk 'need for speed carbon' tu...

boleh kawan dgn volkswagen golf...


*bro... lu punya pick-up single coil ke atau humbucker???

eh, itu gitar karan... oops!

SkiD said...

eddie..
Ha Ha Ha... Lu buat gua gelak le..apa2 pun thank for visit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...