Thursday, May 07, 2009

Tesla-Five Man Acoustical Jam


Kali ni aku nak ketengahkan album rock live yang lain sikit. Tesla-Five Man Acoustical Jam. Kerana CD aku dah tak de kat dalam gerobok CD aku, so aku tak dapat le nak cerita detail pasal album ni. Semua cerita ada kat dalam inlay dia. Mungkin CD tu ada pada Bro sorang ni, dia memang pengulas album rock era 80an dan pengumpul metarial lama. Sampai keset Apache aku pun ada pada dia.
Apa yang aku ingat, album ni le yang membawa fenomena unplugged. Masa album ni keluar belum lagi bermula penggunaan kata ‘unplugged’ ni. So tajuk album ni pun tak sebut unplugged. Selepas ni le semua berebut2 buat konsert unplugged. Bukan band rock aje, sampai artis pop pun buat jugak. (serupa jugak le dengan konsert rock+okestra tu).
Album ni kuar tahun 1990. Dirakam kat konsert di Trocadero Theatre, Philadelphia Pennsylvania. Album ni kuar selepas album album studio kedua mereka The Great Radio Controversy. Album ‘great radio’ ni le yang memperkenalkan aku dengan Tesla pada tahun 1989. Bila aku dengar album ‘great radio..’ ni, terus aku teruja nak cari album pertama mereka, Mechanical Resonance.
Berbalik semula pada album Five Man Acoustical Jam ni. Sebenarnya album ni almost acoustic le. Pasal dalam lagu Love Song, Frank Hannon ada main gitar karan masa solo dia. Album ni ada 14 track. Lagu-lagu dari album pertama dan kedua, dan 4 cover version lagu dari The Beatles, Five Man Electrical Band,Creedence Clearwater Revival dan Rolling Stone.Pada seseluruhannya album ni ok le..Pasal aku memang minat guitarist rock yang main acoustic, pasal terserlah skillnya. Macam mana dia orang buleh buat konsert acoustic ni?..Semua ceritanya ada dalam inlay CD album ni. (Nanti le aku mintak Bro ni buat ulasan lanjut).
Apa-apa pun layan lagu dari album Five Man Acoustical Jam- Love Song.
Dan lagu yang hit dalam album ini, Sign (lagu asal Five Man Electrical Band)

9 comments:

berteromber said...

haha...memang ada pada aku...kata dah pencen...haha..

aku baru je dapat upgrade ke cd The Great Radio Controversy bln lepas...nanti rajin2 kalau ada masa aku review la..

SkiD said...

Aku agak dah!! Pencen?..tak jugak..kekadang kena teringat...ada nilai sentimantel tu.

berteromber said...

yg ada pada aku..

5150 (cover tak der),Edge Of Thorn, Double Trouble dan Tesla ni...tu aje..lain takder ha...hehe..

berteromber said...

oo..satu lagi lupa Chameleon..

SkiD said...

eh! ada lagi tu...Ugly Kid Joe? apa lagi ek!!...

deaf-angel said...

salam

baca ni teringat kat satu kawan lama dulu, dia suka betul kaset 5 man accoustical jam ni.

ni memang antara 1st yang live unplugged siap release cd dan video

gayour said...

ramai yang tak tahu akan kehebatan dan original idea band tesla ni buat live cara akustik. orang mula tahu dan tegila2 dengan unplugged sejak nirvana merakamkannya. damn!
tesla patut mendapat kredit dalam mencipta fenomena ni walau ada rakaman akustik lebih awal lagi.
sebuah album yang hebat. gua dah layan( hingga ke hari ini ) sejak diterbitkan.

SkiD said...

deaf angel,
memang ni le bermulanya era unplugged.

Bro Gayour,
Betul tu, patutnya Tesla yg dapat kredit...

eddie dewanaga said...

tesla ni gua kurang ikut... ada takde gua dengar lagu diorang 'last action hero' tu je...

itupun sebab gua beli soundtrack filem 'anol susah-nak-eja' tu...

anol susah-nak-eja = arnold schwarzenegger

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...